BANDARAYA ISLAM TAKLUKAN PAS

Oleh makyong


“Siapa pun boleh buat slogan.Apakah cukup slogan itu setakat tiada pusat karaoke,rumah urut,disko dan pusat hiburan lain.”

Kenyataan yang dipetik dari agendadaily bertajuk “Kota Bharu…hanya slogan” perlu diperbetulkan. Tidak salah memberi pendapat tetapi biarlah ia bertepatan.

Bukan niat untuk menidakkan tetapi sekadar untuk memperbetulkan. Penulis agendadaily sepatutnya lebih tahu mengenai parti-parti pembangkang seperti Pas yang bijak mereka sesuatu semata untuk menarik perhatian rakyat dan semata untuk menutup kelemahan kepimpinan parti tersebut.

Slogan yang diwujudkan oleh kerajaan Pas Kelantan seperti yang dipersoal atau dipertikai oleh sahabat penulis iaitu Kota Bharu Bandaraya Islam, sebenarnya sudah lama menjadi tanda tanya sesiapa sahaja yang melawat Kelantan. Adakah dengan ketiadaan pusat karaoke, rumah urut, disko dan pusat hiburan lain menyebabkan slogan tersebut digunapakai oleh kerajaan Kelantan?

Sebenarnya slogan tersebut hanyalah untuk menutup semua mata penyokong Pas dan rakyat Kelantan serta orang luar Kelantan supaya tanggapan mereka sebagaimana tanggapan penulis agendadaily dan sahabat-sahabatnya terhadap negeri Kelantan di bawah kepimpinan Pas.

Kelantan memang terkenal dengan sekolah-sekolah pondok dan guru-guru agama semenjak dahulu kala. Identiti itu masih lagi menjadi milik Kelantan. Namun, ia hanya tinggal sejarah kerana Kelantan kini yang kononnya diperintah oleh ulama sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.

Kelantan terutama Kota Bharu tidak sunyi dari hiburan-hiburan yang mengasyikkan sebagaimana negeri-negeri lain. Jangan kata orang Kelantan hanya mengenali karaoke setelah berhijrah ke Kuala Lumpur. Jangan kata orang Kelantan hanya boleh ke rumah urut apabila out station ke Kuala Lumpur. Jangan kata orang Kelantan belajar menari dan berjoget ketika bercuti di Kuala Lumpur.

Kenapa Kuala Lumpur? Kerana itulah tempat yang palaing popular bagi orang Kelantan dan itu sajalah nama tempat yang paling senang bercerita kepada orang-orang tua dan orang kampung.

Sri Cemerlang, pusat karaoke paling popular di Kelantan. Banyak lagi tempat-tempat karaoke kecil dan terbuka seperti di restoran-restoran. Kawasan Menteri Besar Kelantan sendiri pun ada pusat karaoke.

Bandar Kota Bharu itu sendiri ada banyak rumah-rumah urut tetapi bagi menutup mata pelancong, rumah-rumah urut tersebut diberi nama yang lebih sedap dibaca seperti rumah tumpangan. Namun, bukan sahaja menumpang tetapi servis urut mengurut disediakan.

Jalan Pengkalan Chepa, pusat disko yang begitu popular bagi mereka yang kepingin untuk berdansa. Kalau namanya pusat disko, tidak hairanlah kalau adanya minuman keras. Sebagaimana keadaan pusat disko di tempat atau negeri lain, begitu jugalah pusat disko di Kota Bharu.

KB Mall, Billion, antara penyumbang kepada hiburan-hiburan lain yang diharamkan oleh Nik Aziz dan Pas ketika mula-mula memerintah Kelantan. Kini, semuanya sudah berubah termasuklah pemikiran, pemakaian dan niat serta cara pemerintahan Nik Aziz dan Pas di Kelantan. Tidak hairanlah kalau ia berubah sekalipun kerana keadaan Pas di Kelantan makin kritikal. Sebanyak mungkin undi perlu ditarik walaupun terpaksa menggadai harta rakyat, mengenepikan hukum Islam atau menghina bangsa sendiri.

Janganlah pula agendadaily merasakan artikel ini adalah cubaan untuk mempertikaikan kewibawaan penulis agendadaily, tetapi ia sekadar memperbetulkan dan memperjelaskan lagi maklumat yang diperolehi oleh penulis agendadaily.

8 Respons so far »

  1. 1

    sikong said,

    meh ramai2 gi berdangdut kat kelate

  2. 2

    tuxhacker said,

    woi babi, KL Tu bandaraya zina,arak,judi.
    semoga allah melaknatmu

  3. 3

    chempaka said,

    tuxhacker…….

    mung ni ketinggalan…..kalu Allah nk laknat, dgn mung skali Allah laknat sbb mung lindung tempat2 maksiat lain terutama kawase Pas…..

    KL tu, mung toksoh oyak tempat maksiat…..rata2 ore tahu doh, kerajaan pun tok rajin nafi tapi kelate ni Paskato bwh pimpinan ulama’ tapi penuh dgn pembohongan…tpt maksiat rata2

  4. 4

    samad said,

    sokmo dh 2…kale cepo tempat sedap bromen…aaaahhh3…jm pakat sekodeng……jenis tino muroh n jate galok…meme punoh ranoh habis bangso..maruah ternoda n sume pengaruh barat blako..n pemimpin xmain peranan penting…balasoh pun xdok ore mano doh..sdar la anok nayu…jgn igt hdup kito nk suko2 jah..pk kuargo kito etek..kalu kno ko kuargo kito gak xko malu muko 2?baik buat kijo hk pekdoh..ado pitih gak nikoh..pah2 bromen nk bromen pun….

  5. 5

    aku said,

    kpd cempaka…

    ko tahu pulak kl tu tmp maksiat…yg ko dok undi umNO lg tu nape? tahu pulak ko pasal maksiat? pelik btl la org umNO nie…huhuhu

  6. 6

    hamPAS nyior said,

    kl tu diakui kerajaan byk tpt hiburan yg boleh membawa kpd maksiat tp tpt2 tetap dipantau supaya tidak melampau……tp kelantan yg diwar2kan oleh puak pas negeri yg dok bwh kepimpinan ulamak pun sama jer……huh paku dulang paku serpih……

  7. 7

    hassan said,

    ya betul, nik aziz isytihar bandaraya islam tu semua orang pas sokong dan ikut tapi yang jadi masalah yer kaki-kaki umno saje yang suka dangdut, karoeke, judi tu, ingat 100% orang kelantan tu semua pas ka, semua sokong ka apa kerajaan kelantan buat.
    Woi!!! puak-puak umno se-malaysia jom judi dan karoeke dangdut di kelantan, kita ikut mak yong

  8. 8

    aziz satar said,

    golongan kuat agama tak tahu sebab dia orang tak meronda waktu malam,lepas masjid balik terus.hari jumaat pergi dengar kuliah tok guru.dulu sekitar tahun 2001 terdapat pusat maksiat berdekatan pejabat pas.siapa tahu?orang pasir mas,tanah merah,jeli k.krai,tumpat mungkin tak tahu dimana sri cemerlang,malah sesetengah ketua cawangan pas tak pernah dengar nama sri cemerlang.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan komen