TEBUS DOSA – “Banyak Tipu Rakyat Ketika Bersama Pas”

Oleh makyong 


Beliau bukanlah nama besar dalam politik negara. Beliau cuma tokoh sederhana dalam Pas di era 70-an dan 80-an. Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Paling cekal, katanya, ‘menikmati’ ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam.

Ustaz Omar Khalid – dulunya berjanggut, berjubah dan berserban tetapi kini menukar gaya hidup lebih ‘moden’. Tetapi tetap mempunyai sifat tawaduknya kepada perjuangan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Perjuangannya tetap satu – menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.


“Dulu, masa dalam Pas, saya simpan janggut, berserban dan berjubah kerana diminta oleh pemimpin Pas. Mereka kata, bila simpan janggut, rakyat akan nampak kita warak, baik dan beriman. Ini akan memudahkan sokongan orang Melayu (Islam) kepada Pas,” katanya.


Kini, Ustaz Omar sudah sedar bahawa pemimpin Pas yang berjanggut, berserban dan berjubah cuma bertujuan untuk menggabui mata orang Islam sahaja. Mereka tidak ikhlas melakukan segala bentuk sunnah Rasulullah itu.


“Lebih baik saya tidak berjanggut daripada menyimpan janggut tapi tidak ikhlas. ALLAH akan laknat kita di dalam api neraka,” tegasnya.


Beliau seorang bersahaja tetapi merupakan seorang penceramah yang penuh dengan fakta. Pokoknya, Pas yang menjadikan dirinya hebat di mata perjuangan parti, tetapi berdosa kepada ALLAH kerana berbohong besar.


Menurutnya, pembohongan ini dibuat semata-mata untuk menarik rakyat menyokong Pas. Pelbagai fatwa dikeluarkan kerana diajar oleh tok gurunya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


“Saya merupakan anak murid yang paling disayangi oleh Nik Aziz (Datuk). Saya berada di bawah ‘ketiaknya’ ke mana saja pergi dan sanggup melakukan apa saja demi untuk perjuangan Pas,” demikian katanya.


Sebagai bukti ‘anak emas’ Datuk Nik Aziz, Ustaz Omar pernah diberi tugas menggantikan Mursyidul Am Pas sebagai tenaga pengajar di Kelab (Pejabat) Pas Kota Bharu pada hari Jumaat.


Setelah bergiat selama 35 tahun dalam Pas, segala-galanya berubah bila Pas berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990. Perjuangannya yang dikecapi melalui Pas sejak tahun 1956 bertukar menjadi medan permusuhan yang amat besar kerana semata-mata ALLAH telah membuka hidayah kepadanya.


Fakta yang jelas, katanya: “PAS TERLALU BANYAK MEMBOHONGI RAKYAT”. Paling besar pembohongan Pas ialah ingin mewujudkan perundangan Islam di Kelantan sebaik sahaja mendapat kuasa pada pilihanraya tahun 1990.


Ustaz Omar menyambung lagi pembongkaran beliau terhadap penipuan kepimpinan Pas, “Pada kempen pilihanraya tahun 1990, kita (Pas) berjanji akan menukarkan perlembagaan Kelantan kepada Islam jika berkuasa. Nik Aziz yang memberi jaminan ini dan diikuti oleh pemimpin Pas yang lain.


Tahun demi tahun, Ustaz Omar Khalid melihat pemerintahan Pas tidak ke mana. Keadaannya tetap serupa dengan pemerintahan UMNO/BN. Hinggalah tahun 1993, beliau bertemu dengan Datuk Nik Aziz di rumahnya bertanyakan tentang perundangan Islam yang bakal dilaksanakan di Kelantan.


Lagipun, pada waktu itu pemimpin Pas telah mula menggomol balak. Kebendaan telah menjadi perhatian utama pemimpin Pas terutamanya wakil rakyat. Ini juga menjadi tajuk perbualannya dengan Datuk Nik Aziz.


Bagaimanapun, Datuk Nik Aziz memberikan jawapan yang cukup mengecewakannya. Menteri Besar Kelantan mengibaratkan Pas cuma ada kaki saja, tetapi badannya tidak ada. Maksudnya, Kelantan saja diperintah oleh Pas tapi Pusat oleh BN.


Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya.


“Setelah Nik Aziz berkata demikian, saya terus mengucapkan selamat tinggal dan tidak akan menjejakkan kaki lagi ke dalam Pas,” demikian tegas Ustaz Omar. Sejak itu, dia tidak pernah bertemu Datuk Nik Aziz sehingga sekarang.


Paling serius, Ustaz Omar berkata, beliau sanggup menerima balasan dari ALLAH jika kenyataan yang dibuatnya ketika memberi satu ceramah itu sebagai suatu pembohongan. Kesemua ucapannya adalah benar sebagai ‘membalas dosa’ yang selama ini membohongi rakyat tentang perjuangan Pas yang sememangnya tidak selari dengan kehendak Islam.


Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Pas, beliau berdiam diri beberapa lama sambil membuat perbandingan antara perjuangan yang dibawa oleh UMNO dan Pas. Akhirnya, beliau membuat satu keputusan jitu – MASUK UMNO.


Baginya, terlalu banyak Datuk Nik Aziz melakukan penipuan termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Buktinya, kata beliau, Menteri Besar Kelantan sanggup menerima kereta Mercedes yang mewah dengan menggunakan wang rakyat. Nombor platnya DH 55.


Persoalannya, “Tidak selesakah Nik Aziz (Datuk) dengan kereta Mercedes S320 yang bernombor DAB 80 itu?”. Sedangkan kereta itu juga mewah dan masih digunakan oleh kebanyakan orang kaya tapi nampaknya angan-angan Mursyidul Am Pas itu cukup besar. Khayalannya untuk menaiki kereta mewah melampaui seorang jutawan. Adakah ini selari dengan sunnah rasul?


“Kita tidak cemburu jika kereta Mercedes baru berharga hampir setengah juta ringgit (RM 1/2 juta) itu dibeli dengan menggunakan wang sendiri. Tapi dia tahu hukum hakam, sanggup pula guna harta rakyat secara boros. Boros adalah saudara syaitan. Di mana sifat ulama yang ada pada Datuk Nik Aziz?


Ustaz Omar berkata, jika beliau terus kekal dalam Pas, dirinya akan berdoasa besar. Dia tidak sanggup bersekongkol dengan parti yang membelakangkan Islam. Apatah lagi janji Pas untuk menunaikan kehendak Islam tidak tertunai sehingga kini walaupun sudah 17 tahun menerajui Kelantan.


“Kalau saya kekal dalam Pas, tentu dapatlah merasai hidup mewah. Paling tidak, dapatlah rasa duit balak sebatang dua!” katanya. Tapi hakikat perjuangan lebih memihak kepadanya untuk bersama UMNO.


Semasa dalam Pas dulu, Ustaz Omar merupakan taukeh kaset (rakaman ceramah Pas) yang sangat terkenal dengan nama Pustaka al Jihad. Kini, syarikat itu dijual kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam dan menjaja janji Pas yang tidak tertunai. Dia tidak bersedia untuk bersekongkol dengan Pas yang gagal menjadikan Islam sebagai addin.

8 Respons so far »

  1. 1

    liPAS said,

    alhamdulillah……semakin ramai pengikut Pas yang mula sedar akan penipuan Pas selama ini….yang lain bila lagi??? Nik Aziz yang dah tua ibarat rumah kata pergi kubur kata mari pun tak sedar-sedar lagi?

  2. 2

    Gambir said,

    Alhamdulillah, terbuka jugak pintu ati Ust. Omar untuk membuka kebenaran ini kepada orang ramai. Kalau orang UMNO jer dok cerita pasal keburukan Pas, orang lain kata UMNO saja-saja buat cerita. Ini kesah benar yang di bongkar sendiri oleh bekas ahli Pas yang berjawatan.

    Pikir-pikirkanlah patut lagi ke Kelantan di biarkan kepada Pas selepas PRU 12 nanti.

  3. 3

    aku said,

    ustaz tu x sanggup dok dlm pas sbb dok dlm pas x dpt pangkat dan duit… jealos la tgk puak2 umNO dok curi duit rakyat senang2 je… dia pun nak jugak…btl tak ustaz…?

    esok lusa compom dpt pingat…x caya? aku pun x pcaya…huhuhuhu…

    kpd lipas…

    pak lah apa kurang nya rumah kata pergi kubur kata mari pun tak sedar-sedar lagi…siap kawin lg tu (jean-bukan jeans levis)…huhuhuhu…
    kuat jugak PM aku nie…huhuhu

  4. 4

    hamPAS nyior said,

    sdiri buat komen sdiri pun x caya……hahahhaha itulah akibatnya kalo dok bwh tempurung pastu dgr2 crita org jer bkn sdiri mau cri fakta dan info sebenar……

    pak lah dgn n.ajis tu, sapa lg tua??? sapa lg uzur???? kalo dulu n.ajis mengata kat mahathir tp la ni dia sdiri tknk tinggalkan jawatan walaupun dinasihatkan oleh doktor pakar supaya berhenti berpoliik…..sapa yg kubur dok panggil nih????

  5. 5

    An-nasr said,

    Ustaz Omar Khalid?

    boleh ke dipanggil ustaz sedangkan dalam islam mengajar sifat As-Sabiyyah itu haram, nabi tak mengaku umat di akhirat nnt.

    ini pulak nak masuk UMNO yg bersifat perkauman dan as-sabiyyah?

    mmg crite dan fitnah direka semata2. tak masuk akal langsung.

  6. 6

    cintakan bangsa sendiri tidak boleh dianggap as-sabiyah. Nabi saw sendiri kasih akan bangsanya. cuma tidak bertentangan dengan Allah dan rasul saw. Tahniah kepada ustaz Omar Khalid atas kesedaran ini . semoga UMNO lebeh kukuh demi memperjuangkan ISLAM yang tulen dan sebenarnya mengikut Kehendak Allah dan rasul saw.

  7. 7

    fatihah said,

    AL-FATIHAH BUAT USTAZ OMAR KHALID..WALAUPUN BELIAU BERTUKAR PARTI,NAMUN PERJUANGANNYA TETAP SAMA.IAITU MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH YANG SATU..ITU ADALAH PASTI..

  8. 8

    muslimah said,

    kpd ‘Aku Berkata’..

    jgn suka membuat fitnah..fitnah tu dosanya lebih buruk dari mbunuh..kalo kau telah mfitnah ustaz omar khalid,mn kau nak cari dia & mmohon ampun keatas keterlanjuran mulut tu..beliau telah kembali ke rahmatullah..mbawa bsama Islam yang dperjuangkan..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan komen