PROJEK MEGA PAS?

Oleh liPAS

Kalau chempaka sibuk dengan urusan keluarga, hamba sendiri pula kebetulannya sibuk dengan pilihanraya. Terlibat secara langsung dengan persiapan pilihanraya benar-benar membuat hamba tidak sempat menulis. Namun, hamba tidak melepaskan peluang untuk melayari internet walaupun sekadar untuk beberapa minit.

Keputusan PRU-12 kurang mengejutkan hamba kerana keputusan rakyat sudah dijangka. Apatah lagi pengundi muda. Kuasa media internet benar-benar membawa kesan dan ramai pengundi muda yang bijak pandai tetapi tidak memahami putar belit politik terpedaya dengan rekaan cerita bloggers anti-kerajaan dan janji-janji pembangkang.

Samalah kisahnya pemimpin bijak pandai PAS yang dahulunya ADUN Kijang. Sekarang ini, YB yang hamba maksudkan telah ditukar kawasannya iaitu di Salor. Kenapa pula begitu jadinya. Bukankah PAS telah menang besar di Kijang? Kenapa pula perlu ditukar calonnya?

Kalau diikutkan hati, memang berat untuk meninggalkan kawasannya itu tapi Pengerusi Kijang Care ini terpaksa menurut perintah disebabkan bagi menjaga sokongan pengundi PAS dan memudahkan gerakan kempen.

Andaikata YB ini berkeras juga maka, susahlah agen-agen kempen PAS hendak bekerja kerana YB Husam Musa telah banyak membuat ‘taik’ di DUN Kijang.

Kemenangan calon PAS di Kijang bukanlah kerana sokongan tapi ‘kebijaksanaan’ PAS menjatuhkan pihak lawan. Calon BN pula merupakan orang baru dan juga kaum kerabat calon PAS di kawasan yang sama. Maka, senanglah pihak PAS memahami kelemahan calon BN.

Sebelum berperang, PAS telah menggunakan taktik kotor iaitu mengadakan cerita mengenai kebangkrapan calon BN dan menunjukkan dokumen yang juga dicipta mereka. Namun, kelemahan di pihak calon BN juga kerana tidak menyediakan kemungkinan taktik kotor ini akan diguna pakai oleh pihak lawan. Walaupun ia tidak benar namun taktik kotor ini amat perlu kerana bimbang mereka akan kalah hasil daripada kepimpinan Husam Musa di Kijang.

Apakah ‘taik’ yang telah dibuat oleh Husam sehingga PAS begitu yakin mereka akan kalah di Kijang jika taktik kotor tersebut tidak dilaksanakan?

Projek mega pertama Husam ialah projek Ternak Jihad. Projek ini telah mendapat sokongan ramai penduduk DUN Kijang. Malahan Husam sendiri telah turun sendiri memberi taklimat kepada penduduk DUN Kijang, menceritakan projek mega kambing Jamnapari yang bakal beliau laksanakan.

Husam juga menjanjikan pendapatan lumayan jika menukar daripada cara pemeliharaan kambing biasa kepada Jamnapari. Maka percayalah orang-orang kampung sehingga ada yang hangus modalnya kerana ketaksuban mereka terhadap kata-kata Husam.

Akhirnya, jihad hanya tinggal jihad dan kemarahan serta ketidakpuasan hati rakyat terhadap YB mereka mula berputik kerana Husam sendiri tidak mampu untuk menjawab segala persoalan.

Satu demi satu projek-projek kecil yang cuba diangan-angankan oleh Husam tapi kesemuanya tidak berjaya. Dengan harapan beliau terus dicalonkan di Kijang, Husam sekali lagi cuba membuktikan kepada kepimpinan PAS bahawa beliau masih diperlukan di Kijang.

Husam sekali lagi mencipta satu projek mega sebelum penamaan calon yang lepas. Projek ini juga bagi menutup daripada tuduhan ‘beli undi’. Beliau memperkenalkan satu projek ketam kepada hampir seluruh rakyat Kijang. Maka, berpusu-pusulah rakyat untuk menyertainya.

Bukan sekadar mencipta projek ketam malahan Husam telah memberi setiap peserta projek tersebut sebanyak RM200 sebagai ‘modal’. Modal bagi sebuah projek mega hanya sebanyak RM200? Apa yang boleh dijalankan dengan sebanyak itu?

Namun, seperti biasa Husam yang kita kenal sentiasa membuat keputusan dan tindakan membuta tuli akhirnya gagal melaksanakan projek tersebut sekali lagi membuat ‘taik’ di Kijang. Disebabkan itulah Husam terpaksa menurut perintah dan berada di DUN Salor.

Walaupun beliau menang di Salor, kemenangan tersebut memang dijangka selagi beliau berada di Kelantan kerana Husam merupakan orang kanan Nik Aziz. Walau apa cara sekalipun waima terpaksa membakar serbannya, Nik Aziz akan mempastikan Husam mesti menang!

Hari ini, peserta ‘projek ketam’ Husam sudah mati kutu. YB yang mencipta projek ini sudah ‘dilarikan’. Siapa lagi tempat untuk mereka mengadu domba mengenai kegagalan projek ini kerana sudah banyak wang dihabiskan untuk mencapai angan-angan Husam.

YB baru pula bukan tahu apa-apa pun mengenai ketam. Usahkan ketam, rakyat pun beliau belum kenal. Apa yang boleh dilakukan oleh rakyat, menampung kembali projek tersebut dengan mencari modal tambahan melalui TEKUN, AIM, MARA dan pelbagai saluran kewangan yang disediakan oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN yang dipimpin oleh BARISAN NASIONAL!

Akhirnya, BN juga tempat bergantung harap!

Advertisements

11 Respons so far »

  1. 1

    hamPAS nyior said,

    semua org kenal Husam dgn kebijaksanaan mulutnya……kebijaksanaan husam menjual dirinya kepada rakyat…..

    ibarat penjual barangan, kualiti x seberapa tapi disebabkan mulut yang bijak berkata-kata dan pandai market kan produk tersebut maka lakulah ia……guna x sampai sebulan, hancusssssss

  2. 2

    anwaribrahimdotcom said,

    Salam

    Siapa taja Anwar PRU 12 ?

    Video 6- Siapa taja Anwar ?

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com

  3. 3

    Dolah Tolol said,

    apa yang blog ni merapu pun aku tak tau

  4. 4

    watana said,

    aku bimbang jk kalu2 ko yg kotor wahai makhluq..

    jom tgk wayang cite katun ke,tamil industan ke..nak nak..?

  5. 5

    watana said,

    xda guna sayang,melayu sama melayu muslim bercakar..sama tokpek dan hindu tu kapir patut kita bercakar..bodonya bangsaku melayu..sdih2

  6. 6

    watana said,

    Dolah Tolol berkata,

    dia nak ajak kita ramai2 tgk wayang tamil..ha ha ha ha ahh!!!!

  7. 7

    watana said,

    hamPAS nyior berkata,

    ko ni bangsa melayu jnih muslim ke melayu asli sejati pulihara ajin dan babi??

    jk ko bukan melayu jnih muslim..aku tak pelik ..ha ha ha ha ha ha hu hu!!

  8. 8

    watana said,

    ko sesama melayu muslim bercakar..ingat allah taala dan nabi suka??camtu…

    jk ko bukan jnih muslim sejati..aku tak heran..x kira sape..pas ke pus ke ato pes,

    alip tendang wau…sarkis….kata s samsudin….p bjg lapok….

  9. 9

    watana said,

    pendekata..mari wat pojek ekonomi forex..lg bagus..saing bangsa asing…

    lg bagusss..asyik cakarrrrrrr jeeeeeee..ishhhhhhhhhh

  10. 10

    watana said,

    cam tak laku jerk web nih admin..ciannnnnnnnn

  11. 11

    putraon9 said,

    watana…..

    sememangnya blog ini bukan untuk dijual beli tapi sekadar untuk memberi maklumat kepada rakyat yang berada di luar atau di dalam kawasan masing-masing…..

    adakah saudara rasa tergugat dengan info yang tidak disangka akan dikeluarkan kenyataannya oleh penulis blog ini….

    usah gusar jika rasa diri berada di pihak yang benar…..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: