AGENDA 30 MINIT ULAMAK PAS

chempaka menulis :

Lama sungguh chempaka tidak menulis. Menceritakan dan mendedahkan kisah-kisah benar yang telah dilakukan oleh pembangkang. Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional yang masih mengekalkan pemerintahan. Insyaallah, Melayu akan terus dijulang dan disanjung tinggi selagi BN berdiri teguh di Malaysia.

 

Berkali-kali putraon9 hubungi chempaka untuk menceritakan berita-berita sensasi, tapi apa kan daya chempaka tidak dapat menunaikannya. Bukan chempaka dah jadi wakil rakyat (sebagaimana sesetengah blogger yang tidak pernah kenal rakyat tapi dijulang kerana pandai memburukkan kerajaan) apatah lagi Menteri Besar atau Perdana Menteri.

Dalam masa sibuk dengan pilihanraya, sibuk jugalah chempaka menguruskan hal keluarga. Maka, chempaka pun pulanglah ke kampung di Kelantan untuk menguruskan pembelian lembu, tempahan itu dan ini. Kampung chempaka berada di bawah taklukan Menteri Besar Kelantan. Bertuah betul CHEMPAKA!

 

Maklumlah berada di bawah kuasa seorang Tok Guru yang dikatakan ulamak pastinya hidup akan tenteram, penguasaan agama juga tentunya meluas yang tidak akan menyebabkan gejala sosial yang berleluasa, hal-hal berkaitan Islam amat dititik beratkan. Maka, aman damailah rakyat di bawah kepimpinan ulamak besar ini!

Itulah tanggapan orang-orang yang buta tuli. Melihat pada sesuatu yang tidak nampak sendiri dan mendengar pada perkara yang tidak pasti. Asalkan seorang yang berserban, berjanggut, berjubah dan pandai membaca ayat-ayat al-Quran, maka dipercayai bulat-bulat.

Tidak perlu bercerita perkara-perkara lain yang mungkin akan didedahkan oleh chempaka di waktu dan masa yang lain, insyaallah. Cuma apa yang ingin dikongsi bahawa kemungkinan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Chempaka ini, ditaklukan Menteri Besar Kelantan akan rosak akidahnya jika terus menpercayai bulat-bulat apa yang disebut oleh MB ini atau orang-orang seangkatan dengannya.

 

Bukan tuduhan tapi kenyataan, yang dilihat sendiri dengan mata kepala chempaka ketika berada di kampung. Di mana terjadinya satu kejadian yang sudah menjadi satu kewajipan bagi yang hidup iaitu kematian. Bukan itu yang menyedihkan tapi ada sesuatu telah terjadi.

Arwah tersebut merupakan pengikut PAS dan telah meninggal dunia pada jam 11 malam. Maka, disebabkan arwah adalah pengikut setia maka anak saudaranya yang juga merupakan pengikut setia (menantu kepada orang yang diura-urakan akan jadi calon PAS PRU-11 & 12 tapi tak jadi) telah berjaya membawa MB Kelantan yang juga merupakan wakil rakyat DUN Chempaka untuk menyembahyangkan jenazah bapa saudaranya itu, keesokkan harinya.

Apa yang menyedihkan setelah jenazah tersebut dimandi dan dikafankan dan sudah bersiap sedia untuk disembahyangkan, jenazah tersebut terpaksa menunggu YAB Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan selama lebih kurang 30 minit. Ini adalah disebabkan MB Kelantan ini tidak dapat tiba pada waktu yang ditetapkan walaupun telah diberitahu jangkaan masa untuk menyembahyangkan jenazah tersebut dan beliau diminta untuk megimamkannya.

Sekali lagi kejadian yang menyedihkan berlaku dimana setelah disembahyangkan, sekali lagi jenazah terpaksa menunggu di tangga rumah. Nik Aziz dan orang-orangnya sekali lagi cuba menunjukkan ‘kekuasaannya’ dengan menghalang laluan jenazah dengan bersalam-salaman orang ramai di tangga rumah tersebut.

Tidak cukup dengan apa yang dilakukan, jenazah sekali lagi terhalang laluannya apabila kenderaan yang membawa jenazah tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan kerana kereta yang membawa MB Kelantan ini berada di hadapan dan sedang menunggu Nik Aziz yang sedang bersalam-salaman. Sekali lagi jenazah terpaksa menunggu pemimpin yang dipujanya selama hidup, lebih kurang 30 minit!

ADAKAH JATUH MARUAH SEORANG MENTERI BESAR JIKA LALUAN DIBERI TERLEBIH DAHULU KEPADA JENAZAH ?

chempaka pun bukannya seorang TUAN GURU tapi sebagai orang Islam kita semua mengetahui bahawa tidak baik melewat-lewatkan sembahyang jenazah dan menghalang perjalanan jenazah. Apatah lagi setelah jenazah itu sudah siap dikafankan, maka kita mestilah melakukan dengan segera sembahyang jenazah itu.

Bukan untuk mereka-reka cerita tetapi inilah kenyataannya. Selama di kampung, chempaka cuba bertanya-tanyakan orang kampung. Mereka memaklumkan perkara sebegini sering berlaku dimana Nik Aziz sering tiba lewat sekiranya ada yang meminta beliau mengimamkan sembahyang jenazah.

Semata-mata untuk kepentingan politik, agama sanggup dipermainkan. Inilah agaknya yang dinamakan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM yang sering dilaungkan oleh PAS. Jangan sampai rakyat rosak akidah kerana terpedaya dengan as-sunnah Nik Aziz dan orang-orangnya yang memungkinkan kita terpesong.

Advertisements

6 Respons so far »

  1. 1

    putraon9 said,

    tu diaaaaa……chempaka dah mai…….skali dia keluar cerita, baru hang semua tau siapa sebenar pemimpin besar mereka yang berjanggut sampai ke lutut, berjubah tebal, berserban sebesar helmet kat kelate nun……

    huh, harap2 janganlah plak PAS nih jadi ajaran sesat yang bertauliah plak…..jangan plak tahi yg di uli kecil pastu dikatakan jamu pun kita percaya cam kes ajaran Ayah Pin dulu….nauzubillah

  2. 2

    hamPAS nyior said,

    mana bleh chempaka……nanti martabat seorang tuan guruk jatuh…..sapa2 pun tak kira jenazah ker apa ker, tuan guruk kena dok depan…..bukan apa takut tersembam senang nak angkat sebab dok depan skali orang mudah nampak…..

    skang nih makin nyanyuk, lagilah lupa masa yg orang bagitau….

  3. 3

    penulis_cyber said,

    apa kata buat jaringan sesama blogger pro kerajaan ? tentu bagus…ada sahabat buat yahoogroups di http://penembak-tepat.blogspot.com….Mungkin banyak boleh dikongsi bersama nanti….jom ramai ramai kita gerakkan askar kita menembak sasaran pena di hadapan kita yang menggunakan agama demi politiknya…….

  4. 4

    mizie said,

    Rasuah Politik Pasca PRU-12?

    Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato’ Abdul Rahman Dahlan (BN – Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat (“PR”) untuk melompat parti.

    Sila layari http://www.rembau.net

  5. 5

    ginjoy666 said,


    Mustahil Orang Kristian Bisa Menjawab

    mustahil-kristen-bisa-menjawab.blogspot.com

  6. 6

    hasme zam said,

    kat kelantan jarang sekali orang Umno jadi imam, tak kiralah imam jenazah ke ….rasanya mungkin sebab org umno jarang pi masjid, nak pi masjid takut terdengar kuliah2 agama dan sekaligus terdetik nak masuk pas.

    Kenapa dari dulu Allah buat manusia yang memusuhi islam, termasuk zaman nabi. Sehinggakan pak saudara sendiri menjadi musuh. Adakah sebab nabi berada dalam landasan yang salah? fikir sejenak tanyalah iman. adakah anda rasa lebih warak dari tok guru?


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: