JANGAN CABAR UNDANG-UNDANG NEGARA

Oleh liPAS

 nazri_aziz.jpglim_kit_siang_dap_leader_210304.gif_41650464_karuna203.jpg

 “Jangan campur tangan urusan Malaysia”

Apakah kewarganegaraan sebenar Lim Kit Siang? Persoalan demikian perlu kita bangkitkan kerana tindakan beliau terhadap dewan Parlimen. Jika 25 Oktober lepas kita dikecohkan dengan tindakan Lim Kit Siang membawa lelaki warga asing ke Parlimen untuk memberi pandangan mengenai sistem demokrasi dan keselamatan negara.

Setelah sebulan, Lim Kit Siang sekali lagi cuba mencabar negara dengan membangkitkan isu kenyataan Ketua Menteri Tamil Nadu, M. Karunanidhi yang cuba mencampuri urusan negara ini dan beliau seolah-olah menyokong kenyataan Ketua Menteri tersebut.

Dalam kenyataannya, Ketua Menteri tersebut telah menulis surat dan menggesa Perdana Menteri India, Manmohan Singh supaya mengambil tindakan segera bagi membantu masyarakat India di Malaysia. Beliau meminta Perdana Menterinya mengambil segala langkah yang perlu berhubung dakwaan wujudnya “layanan buruk dan penderitaan” kaum India di negara ini.

Kenyataan yang seolah-olah mencampuri urusan negara itu benar-benar mencabar kepimpinan negara dan satu amaran keras diungkapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz terhadap Ketua Menteri tersebut agar tidak mencampuri dalam urusan Malaysia!

Nazri Aziz juga mengingatkan agar M. Karunanidhi menjaga dan mengawal negaranya dengan baik-baik kerana apa yang berlaku di negara ini sama sekali tidak membabitkan Tamil Nadu.

Adakah India terlalu aman dan tidak pernah berlakunya kejadian seperti yang dilakukan seperti Hindraf sehingga Ketua Menteri tersebut bertindak seolah-olah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa India akan bertindak untuk “menyelamatkan” kaumnya?

Tahukah M. Karunanidhi mengenai salasilah perjuangan Hindraf yang bertujuan menghancurkan negara itu sehingga memaksa Perdana Menterinya bertindak mencampuri urusan di Malaysia?

Atau, jika benarlah M. Karunanidhi ingin memperjuangkan 20,000 penyangak yang menyertai perhimpunan Hindraf itu, bawalah mereka ke India kerana Malaysia hanya memerlukan rakyat pelbagai kaum yang bijak menilai dan tidak bertindak mengikut emosi serta tahu menghormati kepimpinan negara dan menghargai serta menyayangi keharmonian dan keamanan negara sedia ada.

Lim Kit Siang juga cuba membangkitkan kemarahan kaum India apabila mempersoalkan mengenai tindakan Mohamed Nazri yang melabel mereka yang menghadiri perhimpunan haram Hindraf sebagai penyangak.

Namun, pendirian Mohamed Nazri mengenai penglabelan tersebut adalah jelas kerana 20,000 individu yang menyertai perhimpunan tersebut tidak mendapat permit daripada polis dan pemerintah mahkamah juga sudah diperoleh untuk menghalangnya.

Tetapi, apa yang terjadi adalah pihak polis pula dibaling dengan batu dan besi sehingga mengakibatkan kecederaan kepada beberapa orang polis.

Nazri menyambung, tindakan P. Uthayakumar dengan menyediakan dokumen berunsurkan hasutan dengan niat menimbulkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan dan dalam masa yang sama mewujudkan perasaan marah rakyat Malaysia khususnya orang Melayu beragama Islam terhadap Hindraf, akan dikaji dan jika didapati sahih maka pihak Peguam Negara diminta mempertimbangkan untuk mendakwanya di bawah Akta Hasutan.

Dalam masa yang sama jangan ketinggalan untuk menyiasat niat Lim Kit Siang yang membangkitkan isu-isu tersebut dan penyertaan beliau dalam mana-mana perhimpunan haram. Siasat juga kewarganegaraan beliau kerana kemungkinan wujudnya dua kewarganegaraan kerana segala tindak tanduk Lim Kit Siang seolah-olah terjamin kedudukannya di negara lain jika apa-apa terjadi kepada Malaysia!

Advertisements

2 Respons so far »

  1. 1

    Pemuda hari ini said,

    Kita hantar Lim Kit Siang balik ke negaranya…baru padan muka.

  2. 2

    nyampah tengok muke anwar said,

    aku mmg bebulu tgok muke kit siang!!…cm sial!!!..anak dia pun mcm sial!…dua2 mmg SIALL!!!…klu aku dpt aku siang2 2 eko anak branak tu cm ikan kt pasar!!!..dasar muke kimak!..pengkhianat!!!…suroh dia dudok singapore laa!..kt sana byk cine!!!..g jd kaki bodek lee kuan yew!!!..haramjadah!..geram btol aku tgok muke anjing sekor tu!!!


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: