PENYELEWENGAN – KERAJAAN PAS KELANTAN DALAM KEADAAN GENTING

Oleh makyong

Sejak beberapa hari lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang diketua sendiri oleh Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull bersama sepasukan anggota dari Ibu Pejabat BPR Putrajaya telah menjalani operasi menyerbu sekurang-kurangnya 10 syarikat dan pejabat kerajaan di negeri Kelantan.

Jabatan Perhutanan juga turut menjadi sasaran bagi membantu siasatan berhubung kes pembalakan haram di Hulu Kelantan. Jabatan tersebut yang terletak di Kota Darulnaim telah diserbu oleh pasukan BPR kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Hasil daripada serbuan tersebut, beberapa fail yang dipercayai mengandungi maklumat berkaitan kegiatan pembalakan di negeri itu telah dibawa keluar sebagai bahan bukti.

Turut diserbu sebuah syarikat pembalakan yang beroperasi di deretan pejabat dan kedai dekat Jalan Gajah Mati di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang. Fail milik syarikat tersebut turut diambil oleh pasukan BPR tersebut sebagai bahan bukti selepas 2 jam menggeledah premis tersebut.

Selain daripada fail, BPR turut merekod keterangan daripada kakitangan syarikat dan jabatan tersebut. BPR turut menjalankan siasatan terhadap syarikat utiliti Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Memudahkan lagi operasi tersebut, apabila ADUN BN Kelantan yang diwakili ADUN Paloh dan Bukit Bunga pula telah membuat laporan mengenai penyelewengan pemimpin kerajaan Pas Kelantan di pejabat BPR Kelantan, Wisma Persekutuan Kota Bharu, tengahari semalam.

Mereka yang diiringi kesemua ADUN BN Kelantan telah menyerahkan bahan-bahan bukti seperti dokumen bank dan baucer. Kesemua bahan tersebut bagi membuktikan penyelewengan yang dilakukan oleh beberapa pemimpin negeri terhadap pengurusan dan kewangan negeri.

Nampaknya, kepimpinan Pas Kelantan sudah sesak nafas. Semakin lama semakin banyak yang akan terbongkar. Patutlah negeri Kelantan tak maju-maju berbanding dengan negeri lain walaupun banyak kelebihan berada di Kelantan seperti tempat pelancongan, kawasan bebas cukai, keluasan tanah dan sebagainya. Rupa-rupanya pemimpin Pas Kelantan telah meniagakan harta rakyat untuk mengisi poket masing-masing. Inikah persiapan pilihanraya yang diwar-warkan oleh pihak Pas?

Advertisements

6 Respons so far »

  1. 1

    myfred said,

    SO YOUNG…..
    SO NAIVE…..
    SO SAD…..

  2. 2

    aku said,

    alahai kesian nya ko ya… bodek la lg… mcm menantu pak lah (kj beruk)
    BPR pun jd anjing UMNO… bila dgr penbangkang ada rasuah laju…tp bila puak umNO rasuah senyap je…mcm pondan…

  3. 3

    hamPAS nyior said,

    ko ni….tak abis2 menonjolkan kebodohan ko…..ko tak baca suratkhabar ker??? oooo baru aku ingat ko mana baca suratkhabar….tv pun ko tak tengok sbb tu ko tatau perkembangan semasa….tu lah jd pengikut pas yg dok bawah tempurung…..

    meh aku bgtau….kalo ko nk tau, BPR dh siasat semua org tak kira UMNO atau pas atau sesapa saja…..asal ada laporan mesti BPR siasat….yg ko bimbang sangat BPR gi siasat puak2 ko tu naper??? takut ka?

    suka2 hati ko panggil kj tu beruk, org BPR tu anjing….tapi kj dah selamat dpt baby comel….takut nnt ko plak dpt anak @ cucu @ cicit yg cam beruk @ anjing sbb kena sumpahan mulut sendiri baru padan muka!

  4. 4

    manikurai said,

    nah dah terbukti siapa yang busuk hati mencaci orang… ajaran tok guru dia orang la tu…

  5. 5

    sabrien said,

    Apakah in ajaran Islam.Mencaci menyumpah.Tok Guru dok ajar tiap-tiap ari jumaat tak nak dengar.Lupa lak.Tok Guru pun menyumpah mencaci jugak.Patut la para pengikut pun ikut sama kan.

  6. 6

    niwantan said,

    ala berlakon je semua……….
    dalam hati sape yang tahu.
    kalau dah malaysian
    malaysial laaaaa korang ni

    sokong la melayu hepokrit korang tu
    me_layu
    lembik!


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: