LAPORAN BPR AKAN MENJAWAB ISU PENYELEWENGAN PAS

chempaka menulis:

po_01_big.jpg

Nozula Mat Diah (kanan) bersama Mohd. Adhan Kechik yang mewakili Barisan Nasional menunjukkan dokumen yang akan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah pada sidang media di Kota Bharu, semalam. – Bernama.

 

Alang-alang tidak diberi peluang untuk membawa suara rakyat mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh beberapa pemimpin kerajaan negeri ke Sidang Dewan Undangan Negeri malahan digantung keanggotaannya, ADUN Paloh, Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik telah mengambil keputusan bersama untuk melaporkan permasalahan tersebut ke Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Nozula yang yang pada sidang 21 Oktober lepas telah digantung keanggotaannnya mengikut peruntukan perintah 51(3) dan kemudiannya dibenarkan menyertai semula pada 22 Oktober mengikut peruntukan 51(5).

Semalam, Nozula sekali lagi digantung keanggotaannya bersama-sama Mohd Adhan yang turut menjadi mangsa kezaliman Pas dengan alasan menghina Dewan kerana mendakwa Speaker tidak berlaku adil dan mengabaikan peraturan DUN. Penggantungan itu akan berterusan sepanjang tempoh enam bulan jika mereka enggan memohon maaf.

Kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak berniat langsung untuk mendengar luahan rakyat melalui mereka, kedua-duanya telah membuat laporan pada pukul 12.45 tengahari semalam serta menyerahkan pelbagai dokumen yang berkaitan termasuk dokumen bank, baucer dan pelbagai dokumen lagi yang boleh dijadikan bukti atas pernyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri berkaitan.

9 laporan utama yang dibuat adalah :


1.       Salah guna kuasa oleh seorang anggota Exco negeri Kelantan


2.       Penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB)


3.       Kegagalan pengurusan AKSB kerana kroni yang dilindungi Exco terbabit


4.       Pembinaan kedai oleh Majlis Daerah Machang


5.       Pembelian kambing Jamnapari yang melibatkan dana Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK)


6.       Penyelewengan kawasan balak yang kononnya untuk dibuka ladang getah sedangkan ia bertujuan mendapatkan hasil balak


7.       Penyelewengan pembelian lot tanah Mukim Gual Periok


8.       Laporan keatas Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Pengarah KPK


9.       Pembangunan Bandar Baru Tunjong yang melibatkan percubaan menjual tanah rezab Melayu

 

Kesembilan isu yang dilaporkan oleh kedua-dua ADUN tersebut pastinya membuat setiap yang terlibat tidak tidur malam. Apatah lagi apabila dalam suasana Pilihanraya Umum hampir menjelang tiba.

Apakah mereka merasakan dengan menghalang ADUN BN bersuara boleh menyembunyikan segala penyelewengan yang dilakukan?

Bukankah lebih baik jika Speaker Dewan DUN Kelantan tidak bertindak bodoh dengan menafikan hak mereka untuk bersuara. Adakah Speaker tersebut terlalu dungu untuk memikirkan salah satu tugas dan tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah menyuarakan suara rakyat ke dalam sidang DUN?

Cuma apa tugas dan tanggungjawab pemimpin kerajaan Pas Kelantan adalah bersiap sedia untuk menghadapi BPR. Maklumat dan dokumen berhubung penyelewengan terancang Pas untuk disiasat telahpun berada di tangan BPR. Pandai-pandailah nak menjawab depan BPR nanti.

Advertisements

15 Respons so far »

  1. 1

    Taraknama said,

    repot jangan tak repot….
    mudah2an percubaan kali ke 300 nie berjaya
    menjumpai penyelewengan PAS….
    insya’allah mudah2an BPR cepat pegi KELANTAN
    kawe pon nak tengok episode nie apa kesudahannya
    jangan dok diam udah lee lepas nie…..

  2. 2

    ibnuabbas said,

    BAGUS,BAGUS….Tapi jgn bertindak cepat dan tegas terhadap kerajaan Kelantan sahaja. Terengganu juga, selangor lagi, Melaka dan lain2 negeri.

    kebal sungguh pemmpin pa ni ye. tak pernah ada yg sangkut kes rasuah. kalau takat tuduh, dua2 belah boleh tuduh.

    kita tengok siapa yg kena……

  3. 3

    liPAS said,

    ko jgn risau ler Taraknama…memang BPR dh gi kelantan punnnn…..dah mula siasat punnnnn….ko tggu ler nanti…ko tatau ker yg puak Pas kat kelantan nun dok gelisah…..sblm ni x penah direpot..ni kali pertama repot dibuat siap dgn bukti2……pasni ko mesti nyesal sokong Pas

  4. 4

    liPAS said,

    hahaha ko pun satu ibnuabbas…..sblm ni memang gertak2 jer sbb nk bg peluang Pas ni berubah……majukan kelantan…tapi nmpk nya degil dan rasa berkuasa sangat, ko tengok ler lepas nih…..

    sebelum nih, kat mana2 negeri pun memang BPR bertindak….ko jer tatau sbb dok asyik belai janggut ko tu….

  5. 6

    aku said,

    kpd lipas…

    nk gertak ke mmg x de bukti kukuh…hehehe…
    smp skarang pun x de dgr lg BPR jmp bukti ada rasuah kat kelantan… mesti puak2 umNO tension kn…huhuhu..

    baik belai janggut dr belai maksiat…

  6. 7

    aku said,

    norzula tu x brapa cerdik sgt…mcm mana la umNO pilih wakil untuk btanding ya… wakil mcm norzula tu patut wakil boxing siam je…huhuhu

  7. 8

    hamPAS nyior said,

    elehhhhh ko cakap besarlah ‘aku’ oiiiiii……mana taknya kalo ko yang jadi hakim, ko yang jd polis pastu ko jugak yang jadi pencuri…..agak2 ko, ko nak hukum diri ko sdiri tak???? sdiri mau ingat lerrrr……

    geng2 pas tu memang tak belai maksiat sebab geng2 ko dok buat maksiat…..tapi akhirnya lepas cam gitu jer….mana tak nya kalo ko jadi hakim syariah, jadi pegawai pencegah maksiat pastu ko sdiri dok bermaksiat kat hotel, dalam keretapi……agak2 ko, ko nak buat hukuman kat ko sdiri tak????

    ko kata nozula x berapa cerdik maksudnya ko kata pengundi2 kat paloh tu bodohlah sbb org2 dun paloh lah yg pilih nozula…..cuba ko kira, hitung dah berapa lama nozula jd wakil rakyat kat situ sbb dia rakyat kat situ suka kat dia dan dh berapa lama pas dok usaha nk menang kat situ tp x berjaya kwang kwang kwang……ko nih bodohlah tak bleh nilai yg mana baik yg mana buruk……

  8. 9

    TarakNama said,

    aku heran la hangpa nie…
    taksub tak mau2 dgn UMNO…
    aku lagi suka kalau PAS kena dakwa dan TERBUKTI
    jika puak2 PAS nie menipu dan kepala dongga
    bukan apa kalau terbukti puak2 nie pon nipu kira
    depa seangkatan dgn UMNo saja..cakap tak serupa bikin
    bikin tak serupa cakap….

    selama nie aku tgk dah berbakul2 berlori2 bukti pihak PAS bagi
    dan jawab hujah UMNO selama nie…perkara nie yg buat aku
    tertarik sokong PAS…ada hujah dan bukti serta FAKTA…
    bukan bising penuh juboq ada taik…tak guna beb

    buat apa sokong BANGSA dok tah di mana
    geng hindraf pon maju lagi dari melayu ini apa barang
    takkan taksub tak mau2 sangat dgn puak2 UMNO nie
    kalau mereka nak berubah nak buat pemerintahan
    untuk kesejahteraan rakyat aku tak kesah siap aku sokong lagi
    dan blog aku tu akan ku tembak plak PAS sampai lubang cacing

    nie skrg nie apa UMNO buat kat golongan bawah sana…
    dekat election baru nampak muka…nu…Barang Naik apa UMNo buat
    nu Minyak Masak tak ada satu malaya apa UMNo buat…nu tape
    correct correct correct apa UMNo buat…tu baru ketua hakim
    macamana lagi dgn Ketua itu Ketua ini yg besaq2 kat Malaysia
    takkan tokei judi buat percaturan jugak…

    haru beb haru…kalau dah tahu kereta tu dah tak mampu nak
    beri khidmat kat tuan dia..asyik nak mampos ja tengah jalan…
    ko pon tentu pegi repair pastu pomen pon dah tak mampu
    repair SAh ko beli baru beb…

    UMNO nie pon mcm nie laa dah KIRA MONOPOUS dah 50thn lama sangat
    sampai lupa dasar perjuangan mereka…yg ingat nak bolot harta buat harta
    tunjuk kemewahan pada rakyat….

    UDAH la tu…jilat sikit2 dah laa….

  9. 10

    Pepijat said,

    Semasa Annuar Musa menjadi Menteri. Kes projek ikan koi dan ladang orkid di Bukit Sireh, Kuala Krai yg gagal teruk dan jutaan ringgit duit rakyat diselrwengkan sehingga 2 orang pengarahnya kena hukum krn rela menjadi ‘kambing hitam.’Sepatutnya sebagai Menteri Bung Anuar patut dibuang atau letak jawatan dalam parti UMNO kerana dialah orang yg bertanggung-jawab spt Ibrahim Ali yg dibuang parti, tapi mengapa tidak krn dia pandai berputar-belit. Sebagai rakyat Kelantan jati,kita ingat sampai bila2 Anuar mewar-warkan krn nak jadi hero Tamil dgn kata, ” Raja adil Raja disembah, Raja tidak adil Raja disanggah”.Inikah sikap anak Kelante yg nak memimpin rakyat Kelante. Senenarnya inilah budaya ore UMNO. Ada projek, maka ore UMNO boleh habuan. Kita dengar projek dibuat habis berbillion2, tapi tak nampakpun. Duit berjuta2 dibelanjakan utk projek2 di Kelante tapi duitnya diberi kpd ore UMNO semua utk dpt modal utk pilihanraya.

  10. 11

    manikurai said,

    SELAGI MANUSIA DINAMAKAN MANUSIA ………

  11. 12

    manikurai said,

    PAS pun sama….. projek slogan je ber talu2 singbord je besar2…., BIUAT LAH KERJA DENGAN IKHLAS UNTUK TOLONG RAKYAT….. JANGAN BIARKAN KEMISKINAN DIKAMPUNG2 YANG DILIHAT OLEH SEBELAH MATA OLEH TOK WAKIL……. BERI BANTUAN TAK MELEPASKAN MEREKA DARI KEMISKINAN…… TAPI BUKA LAH PELUANG PEKERJAAN UNTUK MEREKA BEKERJA……BAGI MELEPASKAN DIRI DARI KEMISKINAN…. SEBAB KEMISKINAN ITU MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN……. JAGAN JADIKAN PARTI SEBAGAI HALANGAN…

    SIAPA BUAT TAK PENTING TAPI TUJUAN DISEBALIK PROJEK ATAU PROGRAM ITU PENTING….

    WUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN ADALAH TANGUNGJAWAB KERAJAAN MEMERINTAH………

    PERTINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT JUGA TANGGUNGJAWAB KERAJAAN MEMERINTAH……

    MENJAGA PENJAJA,,, PENIAGA KECIL…..JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN MEMERINTAH……..
    KESIAN PENIAGA SAYUR …IKAN….AYAM….. DI PASAR BESAR…BILA ADANYA GAINT……. PACIFIK…..TESCO…. NAK BERSAING DENGAN DEMO NI….

    17 TAHUN MEMERINTAH UBAH LAH KEADAAN INFRASTRUKTUR DALAM PASAR TU…..KEPADA KONSEP YANG DI BUAT OLEH GERGASI PASAR RAYA…….

  12. 13

    muhd said,

    bukan ke norzula bakal disaman RM6 juta oleh exco negeri kelantan sebab wat tuduhan tanpa bukti. sembilan penyelewengan tu hanyalah rekaan semata-mata untuk memburukkan kerajaan negeri kelantan. padan muka, sape suh jolok sarang tebuan. terima lah padahnya..

  13. 14

    manikurai said,

    muhd …. baru disaman…..belum masuk mahkamah pun… awak awak2 PAS ni dah jatuhkan hukuman…..

    tunggu bicaralah kalau dah saman….. siapa yang bersalah atau tidak…heheheheh…..

    KITA TUNGGU PERBICARAAN DIMAHKAMAH….. LEBIH BANYAK CERITA MENARIK PENYELEWENGAN AKAN DIBONGKAR…..

    TAKUT LE TU…..

  14. 15

    umno sarkas said,

    umno dh trtekan nk komen pon xguna…


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: