DEWAN DUN KELANTAN CUBA KELABUI MATA RAKYAT DARI ISU SEBENAR

chempaka menulis :

Bimbang dengan pembongkaran yang cuba dilakukan oleh pihak BN, ADUN Pas sekali lagi cuba menutup penyelewengan yang dilakukan.

Isu kekecohan sengaja diperbesar-besarkan dengan meng’highlight’’ ADUN Paloh – YB Nozula Mat Diah sebagai puncanya.

Isu sebenarnya adalah cubaan ADUN Bukit Tuku-YB Datuk Mohd Zain Ismail yang bertanya dalam soalan tambahannya mengenai sebab pembatalan tersebut sedangkan pelancaran projek AFTA City di Rantau Panjang telah dirasmikan sendiri oleh anggota Exco sendiri.

Soalan tambahan itu adalah susulan daripada ketidakpuasan hati daripada jawapan Zulkifli Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia negeri yang hanya menyatakan pembatalannya tetapi enggan menyatakan sebab-sebabnya.

Disebabkan soalan tambahan tersebutlah yang seolah-olah cuba membongkar kelemahan kerajaan negeri, Zulkifli Mamat telah bertindak memperlekehkan Mohd Zain dengan diikuti kata-kata memperendahkan ADUN tersebut dan juga kata-kata tidak sopan seperti ‘jakun’.

Walaupun berkali-kali diarahkan oleh Speaker dewan supaya Zulkifli Mamat menjawab soalan-soalan tersebut, beliau tetap dengan kedegilannya dan arahan tersebut hanya dijawab dengan sindiran yang berterusan oleh Zulkifli Mamat terhadap Moh Zain.

Perasaan tidak puas hati mengenai persoalan tersebut yang ditambah pula ketidaktegasan Speaker dewan terhadap Zulkifli telah memaksa Ketua Pembangkang, ADUN Kok Lanas dan ADUN Paloh turut mendesak beliau untuk menjawabnya.

Namun sindiran dan kata-kata kurang ajar sebagai jawapan Zulkifli yang juga merupaka Ketua Pemuda Pas Negeri bagi soalan berbangkit tersebut telah menyebabkan Nozula hilang sabar dan cuba menerpa ke arah Zulkifli.

Namun tidak ada apa yang berlaku hanya kekecohan akibat pertikaman lidah dan kemudiannya Nozula bertindak keluar dewan dan sidang diteruskan oleh speaker tanpa jawapan daripada Zulkifli mengenai soalan Afta City yang terbengkalai. Zulkifli juga tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh speaker kerana melanggar perintah Speaker dewan.

Apa yang boleh dibanggakan oleh Pas, sound effect yang ditokok tambah di dalam video menyebabkan ia kelihatan amat dahsyat bagi sebuah dewan persidangan!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: