USUL PENGGANTUNGAN ADUN BN DILULUSKAN LAGI

Oleh makyong

Baru saja minggu lepas kecoh mengenai ADUN BN memulau sidang DUN dengan kesemuanya keluar dari dewan setelah Speaker Dewan menggantung keanggotaan dan mengusir keluar ADUN Paloh.

Setelah menyedari kesilapan beliau sendiri, Speaker Dewan Kelantan kemudiannya menyebut bahawa ADUN Paloh tersebut boleh menyertai kembali mesyuarat mengikut peruntukan perintah 51(5) setelah digantung mengikut perintah 51(3).

Semalam, Speaker tersebut sekali lagi meluluskan usul menggantung keanggotaan ADUN Paloh dan ditambah seorang lagi iaitu ADUN Bukit Bunga.

Adakah dengan hanya meminta jasa baik Speaker untuk berucap bagi menggantikan ADUN Bukit Tuku yang tidak mahu berucap ketika dipanggil oleh Speaker dan meminta agar segala pertelingkahan antara Speaker dan ADUN Paloh diabaikan dan memohon agar permintaan ADUN Paloh dipertimbangkan oleh Speaker menyebabkan mereka digantung keanggotaan sehingga 6 bulan?

Kalaulah disebabkan terlalu takut dan marah dengan tindakan ADUN BN membongkar segala penyelewengan kepimpinan kerajaan Pas Kelantan, janganlah sidang Dewan dijadikan mangsanya.

Balaslah secara profesional atau Pas sudah tidak mampu menutup ‘bangkai gajah’ yang ditinggalkan. Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Pas Kelantan yang berjaya ‘diselongkar’ oleh BN Kelantan sehingga satu persatu ADUN BN cuba dikecam melalui kuasa yang ada.

Tidak cukup dengan Anwar Musa yang hanya mampu dibidas ucapannya oleh Pas, diikuti Mustapa Mohamed yang lagi disegani oleh kerajaan negeri dan kemudian disusuli penggantungan dua ADUN BN bagi melepaskan geram yang terpendam.

Apa yang menghairankan, kenapa baru hari ini usul penggantungan tersebut disebut yang konon-kononnya disebabkan tiada permohonan maaf dari mereka berdua? Kenapa ia tidak disebut ketika hari pertama kejadian itu berlaku? Malah Speaker membenarkan anggota yang digantung menyertai semula keesokan harinya.

Ingin penulis bertanya, adakah tidak layak YB. Mohd. Zaki serta YB. Zulkifli Mamat untuk digantung keanggotaannya kerana bermulut celupar ketika sidang dewan dan tidak mengikut arahan Speaker dewan ketika diarah untuk menjawab soalan yang diutarakan?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: