BANDAR SATELIT ISLAM SATU RETORIK PAS

dipetik dari http://www.isuhot.com

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga ADUN Pas Bunut Payong baru-baru ini dalam satu sidang akhbar mengumumkan tentang rancangan Kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan Pasir Tumboh sebagai Bandar satelit Islam yang membabitkan kos RM15.6 juta di negeri ini.

Katanya, projek terbabit akan dibina pada awal tahun depan di tapak perumahan kakitangan kerajaan negeri di Pasir Tumbuh tidak jauh dari Kota Bharu.

Ia meliputi pembinaan 218 unit rumah kedai dan pasar awam melibatkan kos sebanyak RM2.7 juta, 18 unit perumahan kakitangan kerajaan (RM4.5 juta). Selain turut dibina masjid dan hotel. Projek itu akan dibangunkan di kawasan seluas 2.73 ekar.

Turut akan dibangunkan pondok moden yang bernilai RM1.2 juta, kompleks dataran (RM3.8 juta) dan 60 gerai (RM600,000). Projek ini akan menjadikan masjid sebagai tumpuan utama.

Menurutnya lagi, masjid setinggi dua tingkat yang dibina akan dilengkapi ruang niaga, pameran dan bilik kuliah. Lokasinya di tengah-tengah pembangunan satelit berkenaan.

Lebih menarik lagi kata Takiyuddin, setiap mereka yang berurusan di Bandar Islam Pasir Tumbuh perlu menutup aurat bagi orang Islam dan bukan Islam berpakaian bersopan.

Memang seronok bagi rakyat Kelantan membaca atau mendengar janji-janji dan rancangan Kerajaan Pas Kelantan itu, hakikatnya mereka hanya pandai menabur janji dan membuat rancangan sahaja.

Rancangan membangunkan Bandar Satelit Islam bukanlah kali pertama diumumkan oleh Kerajaan Pas Kelantan. Sebelum ini dalam penggal ketiga pemerintahan Pas di Kelantan, mereka telah merancangkan pembangunan Bandar Satelit Islam Tunjong, 11 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu.

Setelah hampir 10 tahun perancangan bandar satelit Islam di Tunjong itu diumumkan, tidak nampak banyak pembangunan dibuat di situ kecuali beberapa projek yang digerakkan oleh syarikat swasta atau orang perseorangan.

Kalau tidak percaya, jenguklah ke sini apabila berkunjung ke Kota Bharu. Projek mega yang dicanangkan sekian lama seakan tidak mendapat perhatian serius Kerajaan Pas Kelantan. Selepas bertahun-tahun lama, kita tidak nampak satu pun projek yang signifikan di kawasan ini seperti kompleks masjid, terminal pengangkutan, kompleks mahkamah, pasar, bazar, ruang perniagaan, pejabat dan kediaman bercampur yang dirancangkan mereka. Bandar Baru Tunjong ini diurus di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

“Pembangunan satelit Islam (Pasir Tumbuh) ini berpaksikan kepada masjid dalam fungsi yang baru. Fungsi yang baru masjid ni ialah kalau biasanya masjid ni ada ruang sembahyang saja, tapi untuk masjid ini yang kita akan bina dua tingkat yang merangkumi ruang niaga dan ruang pameran, perpustakaan dan jugak bilik-bilik kuliah di dalam masjid itu sendiri.

“Jadi selain daripada ruang sembahyang di tingkat satu, dia akan ada di tingkat dua tu, perpustakaan, pejabat pengurusan masjid, bilik-bilik kuliah, manakala di ground floor dia tu ruang niaga dan ruang pameran serta pejabat. Itu untuk masjid yang menjadi paksilah,” jelas Takiyuddin seperti disiarkan dalam tvPas.com.

Nampaknya fungsi masjid yang menjadi paksi bandar satelit yang cuba ditonjolkan oleh Pas tidak berbeza jauh dengan Masjid Putra, Putrajaya. Jelaslah, mereka cuba meniru projek pembangunan bandar pentadbiran terancang, Putrajaya yang pernah mereka sifatkan sebagai satu projek yang membazirkan wang rakyat.

Putrajaya dalam diam-diam sebenarnya menjadi model kepada pembangunan bandar satelit di Kelantan oleh Pas. Jadi kita tidak hairan pada musim cuti ramai lebai-lebai Pas sendiri selalu melawat Putrajaya untuk menyaksikan keindahan bandar pentadbiran tersebut. Cukup lengkap dengan prasarana kelas pertama yang diserapkan dengan senibina Islam yang melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Advertisements

25 Respons so far »

  1. 1

    muhammad said,

    bandar baru tunjong sudah mula pembinaannya dengan pesat. sudah ada pelabur dari China yang ingin membuka perniagaan di situ dalam sektor perkayuan dan kompleks membeli belah. rujuk akhbar sinar harian dan buku Kelantan sejahtera 2007. usah perburukkan usaha kerajaan negeri kelantan dengan fakta yang lapuk dan ketinggalan zaman. terima kasih.

  2. 2

    manikurai said,

    minta muhamad… tunjukan dulu jambatan yang kerajaan PAS nak bina dulu…. panggil raja rasmikan tapak projek… lepas tu tak nampak2 jambatan yang nak dibina…. lepas tu pulok siapkan cross over kat pasir mas yang buat poster besar2 nak buat…… abuk pun tarak… ni kan pula BANDAR SETALIT… BANDAR SECALIT mungkin boleh

  3. 3

    manikurai said,

    MASJID PUN TAK MAMPU NAK BUAT……..

  4. 4

    wan tan said,

    bina masjid besar
    tapi tok iman ngan bilal je wat smayang
    wat mende………

  5. 5

    Adi said,

    Dah ko tak pegi sembahyang sana sapa suruh! Kerajaan buat masjid untuk kemudahan rakyat bersembahyang. Yang korang tuh tanak pergi sembahyang sebab apa? Takkan nak salah kan kerajaan juga? Atau korang ikot “mazhab” sesat mana tanak sembahyang kat dalam masjid yg dibina kerajaan?

  6. 6

    manikurai said,

    aMAT TEPAT SEKALI aDI KATA TU…..

    suluh diri sendiri dulu sebelum cari kesalahan orang……

    baiki diri sebelum baiki orang lain.

    kalau manusia tuduh manusia lain sebagai orang utang…. yang menuduh tu orang utang juga lah …… kah ka kah kah… sebab kedua2nya manusia

  7. 7

    ahmad asyri said,

    jangan hanya cakap membabi buta tanpa usul periksa. kerajaan pas dengan umno lain. umno xpe duit banyak. nak je boleh buat.sedangkan pas hendak buat projek kene tengok kewangan dulu. apa guna maju jika tidak ada keberkatan. tul x? rahmat akan datang jika negeri/negara itu berkat. masjid banyak dan besar pn tapi yg pentingnya pengisian.- tak sokong mana2.

  8. 8

    wan tan said,

    betul yang ahmad asyri cakap. kalau pegi just semayang je….kat surau belakang rumah aku boleh semayang, kat atas padang,jalan boleh wat semayang…. aku pegi masjid nak juga dengar-dengar ceramah agama, tazkirah…..yang kerajaan BN sekat ceramah kat masjid, tokoh-tokoh agama, kenakan permit dan sebagainye…masjid dah tak hidup lagi sekarang…..padan muka kat melayu yang bodoh-bodoh dari zaman sebelum merdeka lagi. ha.ha.ha padam muka kat malaysian …malaysial…..so sial.

  9. 9

    Pemuda hari ini said,

    Nak wat masjid memang perkara elok tapi wat apa kalau wat masjid dgn bandar setelit tapi tak ada orang yang nak pi.Pelabur pun tarak.Orang kelantan semua pakat lari ke negeri lain..wat apa tiru putrajaya kan dulu orang pas kata membazir so tak payah wat la.bagi rakyat kelantan makan pun lebih afdal.

  10. 10

    DOLLAH KB said,

    SALAM…NI LAMAN GAPO?TEMPAT GADOH2 KE? TIDAK MENUNJUKKAN KESATELITANMU ISLAM PUN.INSAFLAH..HAYATILAH ERTI SEBENAR SATELIT ORG ISLAM CIPTA…

  11. 11

    DOLLAH KB said,

    TGKLA WEB MBKT, XDA GADO2….XDA NAMA SATELIT PUN,TP STILL HEBAK…

  12. 12

    DOLLAH KB said,

    WALAUPUN SAYA ORE KB, SAYA TETAP SOKONG TERENGGANU, SEBAB KB SAYA TU SBENARNYA KEBOR BESAR(KAMPUNGKU)..HAHAHHAH

  13. 13

    SUPI SUPIAN PASIR TUMBOHAN said,

    NI, SEBOK2 NAK WAT BANDAR SATELIT ISLAM, ADA KEJE KOSONG DOP?KALO ADA, AKU STUJU SGT LA, KALO XDOK PELUANG KEJE…………….TOK PAYOOOOOOOOH NAK GATAI2 BUAT LA…XDOK KEJE ANG PUN.

  14. 14

    DOLLAH KB said,

    BUATLA..KAWE IKUT JA..MOLEK KAT DEMO, MOLEK LA KAT KAWE, UTK KEBAJIKE KITO ORE PASIR TUMBOH NI..

  15. 15

    DOLLAH KB said,

    BIARLA..NIAT…. DAPAT PAHALA DA…JD KE XJD, KETENTUAN ILAHI..MANUSIA HANYA MERANCANG, TUHAN MENENTUKAN…KALU JD, MUJO….JOLOR DOP…

  16. 16

    DOLLAH GANUNGNU said,

    SAYA DIPAKSA..SAYA DOLAH KB

  17. 17

    DOLLAH GANUNGNU said,

    DOLLAH KB JOM DATANG GANUNUG ADE AMMMAAMMA

  18. 18

    memalukan.. inilah mentality rakyat MELAYU ISLAM di Malaysia.. tahap intelek seseorang dapat dinilai daripada parcakapan dan hujah yang diberikan. Saya malu, saya belajar di negeri orang, dan rakyat luar banyak memperkatakan tentang Malaysia. Maafkan saya tapi ini reality… Nama Malaysia telah tercemar akibat KERAJAAN yang memerintah. Siapakan mereka? anda semua tahu.. Maafkan saya. tapi kita perlu pandai menilai. kita perlu ada kelebihan untuk melihat sesuatu melalui beberapa sudut. Its time to change.. Malaysia Boleh!

    p/s : tidak ada salahnya jika kita ingin meniru contoh2 projek yang berjaya. jika ikhlas untuk membangunkan ISLAM, InsyaAllah, keberkatan dari Allah akan kita perolehi.

  19. 19

    Org Kuat Kerajae Kelate said,

    Assalamulaikum……sedak wei duk kutuk ko kerajae kelate weh…kawe nok tanyo hok mano duk kutuk tu,mato demo boleh napok ke dok…jgn la wak tok napok…tuhan bagi mato tu utk melihat…kato tunjung xbuat???yang mydin sign MoU utk buat Mydin terbesar di Malaysia tu gapo????demo buto ko???bandar satelit pasir tumbuh….demo g tengok tanah hok pecoh dok tu….tu gapo tu…buto ko????bakpo kalu bak kelate gak,ngudoh lalu…sapo hok tiru putrajaya nyor…putrajaya buat masjid utk semaye ngan pameran jah….sapo hok pernoh bulih masok tempat lain???acu royat ko kawe????bodo la…kalu xpernah g,xsoh la kecek…apo nok megoh kalu bina masjid tapi xdok oghe????buka masaalah oghe xsir g,tapi perangcangan utk mendaulatkan masjid tu xdok…jgn jd mcm oghe trg…nyor budu ngan masjid jah…masjid comel,tp buat hiasan…nate apo lagu tu…apo mak banggo ngan trg???banggo ngan hutang bertepek2…rakyat miskin jgk…no 2 miskin dale malaysia lepah saboh…sedar la weiiiii…..doh la xdok org hok berjwtn besar org trg…buat perabih duit rakyat jah….bakpo yang orang BN ni xleh nak terimo kenyataan yang apo hok dio buat tu terlalu kurang perangcangan????????

  20. 20

    ore klate said,

    kawe lahir d teganu tp kawe dup d klate..
    kawe tabik glo aa ko krajae klate..
    xnipu duit rkyt..
    sapo gak hok bodo dup mikir klate ney sesok..
    pkir gak pnyokong2 kerajaan malaysia loni weyyy..
    mun sero kayo doh ko mun dup sokong krajaan pusat 2..
    pkir gak etep loni ekonomi sapo pege..
    ore cino..
    bke mlayu..
    kalu mun sdr mun 2 ore mlayu,bia reti malu..
    d klate 95% ekonomi mlayu pege..
    d negeri laen xlbey 30%..
    acu tgk saboh nge srwk..
    ore mlayu hok nego 5% jah weyyyyyy..
    bodo ko krajaan pst ney..
    bke nk kayo ore mlayu tp kayo ko ore luar..
    klate wlaupom pembangunan lembap,krajaan negeri guno duit sndiri..
    nk tunggu krajaan pusat wi duit mapuh xwi..
    bkpo krajaan pusat xwi??????
    aku nk tnyo hok 2..
    sapo bley jwb????
    sdgkan klate ney dup d malaysia jgk..
    baco gak berito loni..
    ekuiti ore melayu brp pratus..
    sdg kan malaysia ney ore mlayu 70%..
    tp ekonomi ore lain jgk hok pege..
    kerajaan klate loni nk wut bangunan pom adok hok ngato..
    bia laa,doh krajaan klate nk tunjuk bhawa klate bke negeri mundur…
    tgk teganu..
    samo2 laa pikir wahai ore mlayu wey..

  21. 21

    ore klate said,

    kalu sero krajaan pusat loni molep..
    ejah tlg ore mlayu laa..
    dup kayo dri sndiri jah..
    rakyat mlayu xkayo2 pom..
    ore mlayu loni bodo ko cerdik xtaw laa..
    ore lua kayo blako..
    kalu ore negeri lain 2 sero hebat oyap kat ku,bangunan2 pencakar langit 2 hok sapo????
    adakah hok ore mlayu????
    bodoooooooooo

  22. 22

    ore klate said,

    baco molep deh..
    pah2 pkir..
    aku oyap 2 berdasarkan fakta n researh hok bt..
    bke hok nipu..

  23. 23

    pembetul said,

    tapi kalu nok tengok kerajaan kelantan masih lagi tok betul masjid hok luar bandar gak pah tu kito keno kutip sendiri dana nok buat masjid. kalu nok bangunkan bandar islam pum suruhlah ore sembaye dalam keadaan bersih supaya diberkati jangan pakai kopiah warna putih je tapi mentaliti tak bersih

  24. 24

    a said,

    suruh awe adek bekki hok luar bandar…wang ehse ke byk..

  25. 25

    hamba Allah said,

    kepada orang yang kata kelantan mundur, tak maju, datang dah ke kelantan? yang dah datang tu nak tanya, jalan sambil tutup mata ke?
    di kelantan sekarang ni dah banyak pembangunan tau.
    tu yang korang semua nak kan?
    banyak dah projek yang dah siap.
    walaupun takde pencakar langit tapi sekurang-kurangnya pembangunan disini bercorakkan islam.
    tak macam pembangunan yang dijalankan kerajaan pusat. dah lah takde ciri-ciri islam, diri sendiri pun lebih kurang macam bangunan tu jugak.
    kalau nak kata kerajaan kelantan ni miskin, nak buat masjid pun mintak duit daripada rakyat, bukankah itu dapat menambahkan pahala rakyat. sekurang-kurangnya kalau dia tak pergi masjid pun, kalau masjid tu digunakan oleh orang lain, rakyat juga dapat pahala sebab telah membelanjakan wang mereka di jalan Allah. dan kalau ya sekalipun kerajaan kelantan miskin, cuba fikir, bukankah ada pihak atas kerajaan kami yang patut tolong. sebaliknya, duit disekat. nak kaburi mata rakyat, kata nak bagi wang ehsan la konon. sedangkan tu memang wang rakyat kelantan.
    so, fikir-fikirkanlah…


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: