BILA LAGI MASANYA?

PENGHASUT PERLU DIAMBIL TINDAKAN

chempaka menulis:

rusuh.jpgpicture148.jpgmh_01_big.jpg

Perhimpunan haram Batu Buruk, Bersih dan Hindraf. Siapakah dalang disebaliknya?

Dalam menjatuhkan kepimpinan negara, makin banyak pihak yang bersekongkol dan berpakat untuk menjayakannya.

Jika dahulu, pembangkang melayangkan risalah-risalah dan surat layang memburukkan pemimpin kerajaan. Tetapi pada hari ini pembangkang mula menghasut melalui laman web, mereka-reka cerita yang karut-marut asalkan boleh dijadikan pencuci mata dan dibualkan sebagai halwa telinga.

Kalau dulu, Malaysia-Today dianggap laman web penghasut paling utama di Malaysia sehingga sanggup mengaitkan nama Yang DiPertuan Agung, tidak ketinggalan lama web parti-parti pembangkang seperti Keadilan, DAP dan Pas.

Namun, hari ini laman web Harakahdaily – lidah rasmi Pas, bukan setakat menyampaikan berita mengenai Pas dan memburukkan BN malah lebih maju lagi dengan mereka-reka cerita yang berunsurkan hasutan serta mempengaruhi kaum-kaum tertentu.

Pas, sebelum ini penyokongnya diyakini hanya memperjuangkan Islam (agama) bukannya kaum dan tidak sama sekali akan berjuang untuk yang bukan beragama Islam, sudah mula membelitkan lidahnya dengan turut sama memperjuangkan hak-hak kaum lain yang bukan beragama Islam.

Artikel-artikel Harakahdaily yang lebih kepada unsur menghasut benar-benar boleh membuatkan semakin banyak lagi perhimpunan yang akan dilakukan oleh mereka yang termakan hasutan tersebut. Kalau sebelum ini perhimpunan dan rusuhan di Terengganu dan kemudian perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur.

Perhimpunan terbaru yang dilakukan oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF) bukan saja mendapat sokongan Anwar Ibrahim yang kita tahu sentiasa berbelit-belit lidahnya malah Harakahdaily turut bersekongkol dengannya.

Adakah Pas yang diwakili Harakahdaily sudah mula berubah perjuangannya?

Samy Vellu mewakili MIC pun tahu bahawa Hindraf bukanlah melakukan tindakan yang baik malah S. Nallakaruppan yang dulunya penyokong kuat Anwar Ibrahim pun sudah mula sedar bahawa pemimpin kesayangannya itu tidak pernah memperjuangkan kaum India dan hanya BN satu-satunya parti yang menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia.

Kenalkah penulis Harakahdaily, siapa sebenarnya Hindraf? Ambil tahukah Harakahdaily sebelum ini mengenai gerakan Hindraf? Tahukah Harakahdaily mengenai aktiviti sebenar Hindraf?

Kalau itu semua tidak dapat dijawab oleh penulis Harakahdaily yang merupakan lidah rasmi Pas, yang mewakili pemimpin Pas dan antara yang menyokong tindakan Hindraf, maka disarankan Harakahdaily ditutup dari terus beroperasi.

Kekacauan

Penulis bukan memberi saranan yang berunsurkan dengki tetapi kalaulah sebuah pertubuhan haram yang bercorakkan militan dan aktiviti utama mereka adalah menubuhkan kuil-kuil Hindu secara haram dan kemudiannya mempertahankan secara kekerasan bagi mencari simpati dunia barat.

Kemudian mereka konon-kononnya akan menjadi penyelamat bagi menghalang operasi merobohkan kuil-kuil haram tersebut. Mereka akan bertindak mendapatkan perintah mahkamah yang sudah diketahui tidak akan berjaya kerana kuil tersebut ditubuhkan secara haram. Apabila gagal mendapatkan perintah mahkamah, muncullah kumpulan bersenjata parang di hadapan kuil tersebut bagi menentang Polis atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Ingatkah Harakahdaily dan penyokong taksub parti yang tidak berpendirian seperti Pas, Keadilan, DAP mengenai kejadian pada 2001 di Kampung Medan, Selangor sehingga mengakibatkan 6 orang terbunuh? Siapakah yang mencetuskan pergaduhan diantara kaum Melayu dan India?

Sebelum itu, peristiwa kemunculan kuil haram di Kampung Rawa, Pulau Pinang yang juga mencetuskan peristiwa berdarah. Pembinaan kuil yang berhampiran dengan masjid yang kemudiannya mengadakan upacara keagamaan yang bising ketika umat Islam di masjid berdekatan sedang solat Jumaat.

Walaupun tapak baru disediakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan diarahkan berpindah, siapakah yang menghasut agar tidak menghiraukan arahan tersebut dan akhirnya mengakibatkan provokasi seterusnya tercetus pergaduhan antara orang Melayu dan India pada 27 Mac 1998?

Kumpulan penghasut itu juga turut membuat kacau di Rimba Jaya, Shah Alam baru-baru ini. Pemuda-pemuda Hindu dihasut supaya berhimpun beramai-ramai konon-kononnya untuk mempertahankan kuil tersebut walaupun persetujuan telah dibuat antara pengurusan dan sami kuil tersebut dengan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk berpindah.

Membaling batu dan maki hamun terhadap penguatkuasa MBSA adalah tindakan yang telah mereka lakukan sebagaimana kejadian pada 25 November lepas. Namun, kejadian di Shah Alam dilaporkan terdapatnya senjata-senjata seperti parang telah disembunyikan di kawasan berdekatan bagi tujuan mencetuskan satu lagi tragedi. Nasib baiklah penguatkuasa MBSA bertindak bijak dengan tidak melayan kumpulan tersebut dan menangguhkan peribihan kuil tersebut dan ia terpaksa dilakukan pada jam 2.00 pagi.

Sudah tiba masanya

gambar_150.jpg

 JADI MANGSA: Sub Inspektor Chew Choon Peng cedera bahagian kepala (gambar kecil) dan mendapat 11 jahitan ketika demonstrasi Hindraf

Kalaulah pertubuhan sebegini sama ada tindakan mereka sebelum diberi nama Hindraf lagi, disokong dan digalakkan oleh sebuah parti Islam seperti Pas melalui Harakahdaily, Keadilan melalui Anwar Ibrahim sendiri, maka sudah tiba masanya untuk difikirkan oleh rakyat betapa tidak prihatinnya pemimpin-pemimpin Melayu ini.

Kalaulah hal-hal sebegini pun tidak diambil tahu oleh pemimpin-pemimpin dalam mana-mana parti pembangkang, adakah perkara-perkara lain yang lebih penting dan berat seperti hak-hak kaum di Malaysia, kesensitifan penganut-penganut agama di Malaysia serta kemajuan dan pembangunan sosial dan ekonomi semua kaum di Malaysia akan menjadi tumpuan mereka?

Sudah tiba masanya untuk kita semua renung dan fikirkan segala jasa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia kini tanpa membezakan kaum dan agama. Segala kemewahan dan kesejahteraan hidup yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Kemakmuran dan keamanan yang sentiasa dijaga untuk keharmonian hidup rakyat Malaysia.

Pedulikan semua hasutan petualang negara dan sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas dan setimpal terhadap mereka yang menjadi dalang segala rusuhan, perhimpunan dan hasutan. Tidak perlu dikecualikan walaupun orang tersebut berjanggut sampai ke lutut, walaupun orang itu pernah dipenjarakan, walaupun dia pernah menjadi pemimpin negara, walaupun ketua bagi kumpulan tertentu, walau siapa sahaja mereka yang bertujuan untuk menghuru-harakan negara.

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    aku said,

    pandai la ko bodek puak2 umNO ya… sudah la… nmpk bodoh sgt ko bodek puak2 nie… rakyat x bodoh mcm ko tu

  2. 2

    hamPAS nyior said,

    ko nih aku rasa jenis malas membaca sbb tu ko bg komen pun sesuka ati dan sama saja…..hahahahahaa ni lah jenis pembangkang…..belum pikir baik buruk, asalkan kerajaan pusat (BN) yang buat tindkan terus ko kata tak betul walaupun memberi keuntungan pada rakyat tp kalo puak ko puak pembangkang buat sesuatu yg x berfaedah hanya utk keuntungan diri sdiri terus ko setuju dan puji…..kalo dh katak bwh tempurung nih..ginilah jadinya…kwang kwang kwang


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: