TUNTUT KEADILAN – PERLUKAH PERHIMPUNAN BERSIH DI KELANTAN?

Oleh makyong

Makin lama makin jelas ketakutan parti Pas untuk menghadapi pilihanraya. Mereka bimbang satu persatu kepincangan dan penyelewengan yang mereka lakukan dibongkar.

Disebabkan terlalu bimbang dan fikiran juga makin bercelaru, menyebabkan Pas mengambil tindakan tidak logik dalam satu sidang dewan di Kelantan. Mereka sudah tidak tentu arah sehingga segala lakonan yang ditunjukkan selama ini tidak dapat diteruskan lagi. Mereka seolah-olah cuba mempertahankan agar segala tindak tanduk mereka selama ini tidak didedahkan oleh pihak BN.

Dalam kejadian semasa Sidang Dewan, Rabu lepas membuktikan bahawa Pas semakin gentar dengan tindakan UMNO Kelantan yang membongkar tindak tanduk pemimpin Pas yang meneraju Kelantan.

Pas yang semakin gelisah telah mula menunjukkan belang kezaliman dan ketidakadilan melalui Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan menggantung keanggotaan dan mengusir ADUN Paloh, YB Nozula Mat Diah.

Sebelum ADUN Paloh tersebut diusir, beliau telah lima kali bangun dan meminta izin daripada Speaker Dewan, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah untuk membahaskan usul Ucapan Menjunjung Kasih Atas Titah Sultan Kelantan. Namun speaker tersebut tetap tidak mengizinkan dan terus member laluan kepada ADUN Bukit Tuku yang tidak mahu berucap.

Usul Sultan Kelantan yang juga turut menyebut mengenai kepentingan rakyat serta pembangunan Kelantan, telah menanam minat Nozula untuk memberitahu masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasannya yang berada jauh di pedalaman Gua Musang yang tidak pernah diambil tahu oleh kerajaan negeri.

Beliau juga yang sentiasa mengambil berat dengan keadaan kawasannya ingin berucap kerana beliau merasakan menjadi tanggungjawab baginya mendapatkan jawapan dari pihak pemerintah. Beliau inginkan penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai ‘ladang rakyat’ yang telah menipu belia dengan memanggil mereka untuk ditemuduga dan dijanjikan tempat tinggal untuk majukan ladang tersebut tapi akhirnya ia hanya tinggal sebagai angan-angan dan janji-janji kosong.

Tentunya sebagai wakil rakyat, masalah tersebut disampaikan kepada beliau. Tapi dengan tindakan yang tidak adil itu, ia seolah-olah sengaja diarahkan untuk menyekat ADUN Paloh tersebut dari bersuara.

Ini adalah kerana kemungkinan persoalan yang akan dibangkitkan itu telah diketahui oleh pihak kerajaan negeri, maka nama ADUN Paloh tidak disenaraikan bagi membahaskan usul Sultan Kelantan telah dijadikan alasan. Walhal, nama YB Nozula Mat Diah berada pada giliran kedua dalam senarai yang diberikan oleh pihak ADUN Barisan Nasional.

Walaupun ditegur kesilapan Speaker tersebut dan diminta secara baik agar melupakan kejadian tersebut dan ia dibawa berunding oleh YB Adhan Kechik (Bukit Bunga), beliau tetap dengan keputusan untuk menggantung keanggotan Nozula di bawah peruntukan perintah 51(3). Tetapi, bagi menutup kesilapannya itu Speaker tersebut menyebut pula bahawa Nozula masih boleh menyertai mesyuarat keesokkan harinya mengikut peruntukan 51(5).

ADUN Bukit Bunga yang juga merupakan seorang peguam menjelaskan bahawa tindakan Speaker tersebut adalah tidak adil dan telah mengabaikan peraturan Dewan. Beliau turut mengesahkan bahawa senarai nama yang dijadikan alasan oleh Speaker tersebut hanyalah sebagai panduan untuk menjaga masa dan ia tidak sama sekali termaktub dalam peraturan.

Jelas di sini bahawa Pas sebenarnya selama ini tidak adil dan banyak membuat penipuan. Segala kebaikan, kelembutan dan ketelusan yang ditunjukkan hanyalah lakonan semata-mata tetapi disebabkan terlalu gusar dengan pilihanraya akan datang di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semuanya tidak dapat lagi meneruskan lakonan tersebut!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: