PAS MAKIN TIDAK WARAS

oleh liPAS

Pas sekali lagi menunjukkan kegelisahan mereka untuk menghadapi pilihanraya apabila menuduh UMNO merahsiakan tarikh pilihanraya dan secara terang-terangan mengaku bahawa mereka duduk dalam keadaan ‘tidak selesa’.

Apakah Pas terlalu takut dengan kewibawaan Pak Lah sehingga isu tarikh pilihanraya kerap kali dimainkan. Ketakutan Pas untuk menghadapi pilihanraya itu telah membuat mereka berada dalam keadaan kecelaruan sehingga terpaksa menimbulkan perbandingan dengan sistem demokrasi negara lain.

Apakah sistem yang digunakan zaman kepimpinan Pak Lah itu tidak sama dengan kepimpinan Perdana Menteri sebelum ini. Kenapa pada musim ini baru Pas nak mempertikaikan mengenai pengumuman tarikh pilihanraya? Sedangkan kepimpinan sebelum ini juga, tarikh pilihanraya akan diumumkan bila-bila masa yang difikirkan sesuai oleh Perdana Menteri setelah mengambil kira keadaan ekonomi dan kesediaan negara.

Dalam keadaan yang tertekan dan terdesak, Pas turut menggarap cerita agar dilihat oleh rakyat bahawa pelbagai masalah dan perkara salah telah ditimbulkan oleh kerajaan. Sehingga segala bantuan dan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat turut dipertikaikan.

Bagi kerajaan, sudah menjadi tanggungjawab untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Pertikaian yang dibuat oleh Pas mengenai projek yang yang dilaksanakan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, seolah-olah memberi satu pandangan jelas mengenai pendirian Pas.

Andai kata Pas ditakdirkan memerintah negara, rakyat tidak akan diberi kemewahan dan keselesaan hidup dan Pas akan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan kerana bimbang menjadi seperti kata pepatah “jilat ludah sendiri”.

Apa guna menjadi pemerintah jika keselesaan dan bantuan tidak dapat disediakan oleh kerajaan untuk rakyat yang memilih meraka sebagai peneraju negara?

Selain itu, Pas turut mempertikaikan Kementerian Pelajaran yang dituduh cuba memancing undi. Apakah dengan memberi sedikit “bonus” kepada para pendidik bagi membalas penat lelah mereka melahirkan ramai ilmuwan menjadi satu kesalahan atau dosa? Bukankah Islam sendiri menggalakkan kita menghormati dan menyanjung tinggi para pendidik yang mana pada zaman dahulu dipanggil Tok Guru.

Jabatan Penerangan yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat melalui rencana, hiburan, berita dan sebagainya juga dipersalahkan. Bagi Pas, rencana sejarah penubuhan negara, maklumat terkini yang terjadi setiap hari di dalam atau luar negara, pendekatan dan pendedahan ilmu agama secara terbuka yang dapat ditonton dan didengar serta tersebar secara meluas telah memberi satu kecaman kepada mereka.

Tidak hairanlah jika Pas menghalang para pengikut taksub mereka dari membaca surat khabar dan menonton televisyen. Bagi mereka maklumat-maklumat yang diberi oleh kerajaan akan menampakkan kelemahan mereka sebagai pembangkang. Mereka bimbang jika pengikut mereka juga turut ‘tersedar’ bahawa Pas tidak pernah memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat.

Disebabkan itulah Pas menyelar semua kementerian yang dianggap akan memberi kesedaran dan membuka mata rakyat yang dibutakan oleh Pas dan pembangkang.

Kini, Pas mula menyerang SPR terutama Pengerusi SPR yang dituduh dengan pelbagai tohmahan. Tetapi Pas lupa bahawa kata-kata seseorang yang berada di dalam keadaan bercelaru dan tertekan boleh menyebabkan segala apa yang terbuku di dalam hati terhambur keluar tanpa boleh disekat lagi.

Apa yang pasti, Pas sebenarnya belum bersedia untuk menghadapi pilihanraya apabila Setiausaha Agungnya sendiri berharap agar pilihanraya tidak diadakan dalam masa terdekat. Macam mana nak bersedia apabila selama ini pemimpin Pas hanya berkerja mengumpul harta dengan menggondol segala khazanah rakyat.

Disebabkan ketidaksediaan pemimpin Pas lah, segala cerita direka supaya rakyat turut berada dalam kekeliruan. Dan, inilah puncanya segala cerita yang ditimbulkan yang tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal yang waras kerap kali dimainkan oleh Pas dan pembangkang.

Advertisements

6 Respons so far »

  1. 1

    pendeta said,

    hahahahhaah memang puak2 Pas nih dah gerun giler….menggeletar seleruh badan Pas….bangunan Pas kat jln raja laut pun dah senget sebab semua puak Pas dok kelam kabut nak “sambut” pilihanraya……

    persediaan praya memang puak Pas ni tak buat sebab dok pikir cerita2 setrusnya utk disuapkan pd rakyat

  2. 2

    chempaka said,

    Pas x waras sbb pemimpin dier x waras…..

  3. 3

    aku said,

    aku rasa pmimpin umNO lg x waras…tol naik, mintak naik, barang2 kperluan naik, tp pmimpin dok mlancong luar negara, suruh rakyat bjimat cermat tp pmimpin umNO joli duit rakyat… gejala rasuah semakin byk smp kn org bpr pun rasuah, org besar polis pun rasuah…waras sungguh pmimpin umNO…sistem khakiman hancur mcm dlm citer hindustan…waras sungguh pmimpin umNO… apa nak jd ngan pmimpin umNO yg islam had-had hari nie?

    pikir la skit…guna kpala otak tau..jgn kpala lutut…

  4. 4

    liPAS said,

    Pas memang dah terlalu takut dengan kewibawaan Pak Lah….kamu dah lupa ker dulu Pak Lah pernah kata dia akan bersihkan rasuah…

    inilah hasilnya…Pak Lah dah membersihkannya…..dan Pas turut bimbang kerana Pak Lah telah mengota janji2nya….takut segala apa yang mereka buat dapat dibongkar oleh Pak Lah dan penyamaran disebalik janggut, serban, jubah diketahui rakyat bahawa ia hanya penipuan kepada rakyat semata-mata utk meraih undi

  5. 5

    aku said,

    kpd lipas

    aku rasa pak lah n umNO yg TERLALU takut…takut ngan suara rakyat…
    bersih kn rasuah..? makin byk ada la….janji apa yg pak lah kotakn.. janji kontrak kerajaan bg kat anak2 n kroni…klu janji tu aku pecaya la..huhuhu

    paklah berselindung ngan islam had-had hari je…

  6. 6

    hamPAS nyior said,

    hohohohoho…..ko dgn puak dh takder idea nk kenakan pak lah sbb tu mcm2 perkara yg x logik ko reka…..

    udah ler…..tobat ler ‘aku’ oiiiiiii…..ko tu dh ler katak bwh tempurung pastu tahu dgr citer dr mulut org jer….tatau perkembangan semasa tp ada ati nk mengata kat pemimpin yg bg ko idup senang kat mesia nih…..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: