PENGUMUMAN KEINSAFAN KERAJAAN PAS KELANTAN

Oleh makyong

Kerajaan Pas Kelantan telah mengambil tindakan bijak dengan mengumumkan diantaranya melalui Harakahdaily bahawa seluas 36,000 hektar hutan simpan kekal (HSK) diwartakan sebagai kawasan tadahan air! Adakah kerajaan Pas Kelantan sudah mula menyedari akan kesilapan mereka yang lalu?

Husam Musa telah mengumumkan bahawa seluas 26,200 hektar HSK dibahagian Barat Kelantan, 3,000 hektar HSK di Selatan Kelantan dan 6,700 hektar HSK di Timur Kelantan telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air dan tidak boleh diusahahasilkan untuk sebarang aktiviti termasuk perlombongan, pembalakan dan kerja-kerja pembangunan hutan seperti menebang pokok, membuka tanah dan sebagainya.

Daripada keluasan tanah yang diwartakan itu, jika dikira sama ada menggunakan kalkulator, sampoa atau dicongak maka jumlah keseluruhan adalah sebanyak 35,900 hektar sahaja.

Belum lagi penulis menceritakan lebih lanjut, sudah terbukti dan jelas bahawa Pas yang diwakili Husam Musa cuba untuk memperbodohkan serta mengelirukan rakyat Kelantan dengan bermain angka! Kekurangan 100 hektar bukanlah satu keluasan tanah yang sedikit.

Namun, seluas-luas kawasan tadahan air yang diwartakan itu, Husam memberitahu bahawa Lojing tidak termasuk dalam senarai kawasan yang digazetkan sebagai kawasan tadahan air. Husam…..Husam…..kenapalah terlalu bodoh dengan memikirkan rakyat Kelantan terlalu bodoh untuk mempercayai apa saja yang diwar-warkan oleh Pas.

25,000 hektar tanah Lojing sudah digondolkan. Bukan setakat digondolkan malah tanah-tanah di Lojing telahpun diniagakan dan hasilnya telah pun kenyang di makan oleh kroni-kroni Pas. Macam mana tanah yang sudah licin ibarat kepala manusia yang botak, tiada rambut hendak berfungsi menahan atau memerangkap air dari terus mengalir ke bawah?

Apa yang lebih penting, Pas yang diwakili Husam sebenarnya hendak menutup kisah Lojing yang digondolkan dengan mengumumkan kawasan-kawasan lain yang dijadikan kawasan tadahan air. Bagi mereka, jika isu Lojing dilupakan oleh rakyat maka akan berkuranganlah dalam fikiran rakyat Kelantan mengenai pembongkaran penyelewengan pemimpin Pas Kelantan terhadap harta rakyat Kelantan.

Advertisements

4 Respons so far »

  1. 1

    pendeta said,

    kalo Lojing Pas tak taram mesti takyah pikir banyak pasal kawasan tadahan air….yerlah luas Lojing pun 25k hektar……

  2. 2

    chempaka said,

    elehhhhhh kalo Pas b’jaya tutup kebotakan Lojing tu…..mungkin Pas ada kemungkinan nk tutup kejahatan dier dr rakyat

  3. 3

    aku said,

    mcm anuar musa tutup duit PPRT yg dia songlap kn… pandai membela nasib rakyat umNO…huhhuhuhu

  4. 4

    hamPAS nyior said,

    betul kata chempaka…..kalo pas berjaya tutup kebotakan lojing mana mungkin pas tak bijak nk tutup kejahatan mereka….sbb tu si ‘aku’ nih sajer nk alih crita yg membuatkan rakyat marah nih dgn isu lapuk…..

    udah ler ‘aku’……baik ko tobat


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: