NAMA DYMM AGONG SEKALI LAGI CUBA DIPERGUNAKAN

Oleh makyong

BERSIH…….satu nama yang hangat diperkatakan buat masa kini. Bagi Bersih, Malaysia diibaratkan kain putih yang tidak lagi putih kerana dipalit dengan kekotoran.

Bersih sebagai penganjur perhimpunan haram pada 10 November lepas dengan didalangi Anwar Ibrahim, telah mengajak penyokong taksub pembangkang untuk berkumpul dan menanam perasaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Ia juga membuktikan bahawa Bersih bukanlah berniat untuk membersihkan apa-apa yang mereka rasakan tidak bersih atau dengan nama lain kotor.

Para penyokong yang ingin menyertai perhimpunan tersebut dikehendaki memakai warna kuning, sama ada baju, topi, riben, tudung, armband, headband atau apa saja yang berunsurkan kuning benar-benar dapat menguningkan kawasan perhimpunan tersebut.

Sepatutnya bila kita menyebut bersih atau membersih atau pembersihan maka lebih mudah untuk difahami bahawa ia sesuatu yang kotor atau lebih mudah lagi sesuatu yang hitam perlu ditukar menjadi lawannya iaitu putih.

Dengan seruan “Kuningkan Malaysia”, BERSIH telah cuba untuk menguningkan negara dan menanamkan budaya kuning kepada rakyat dan ia amat jelas dengan apa yang berlaku pada Sabtu lepas. Kalau disebut fikiran kuning atau budaya kuning, kita amat memahami bahawa ia bermaksud satu perbuatan atau perlakuan yang tidak boleh diterima oleh adat budaya kehidupan kita di Malaysia.

“Kuningkan Malaysia” juga jelas membuktikan bahawa BERSIH bukan niat mengadakan perhimpunan dan menghantar memorandum untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan peribadi. Ia diadakan untuk kepentingan perjalanan politik Anwar Ibrahim yang telah mendalangi perhimpunan tersebut.

Daripada laporan yang diterima penulis, walaupun parti-parti pembangkang seperti Keadilan, Pas dan DAP telah mengerah seluruh pemimpin-pemimpin mereka dari segenap pelusuk Malaysia seperti Ketua Peringkat Negeri/Bahagian/Kawasan/Cawangan/Ranting, penghulu lelaki mahupun wanita, penyelia kawasan dan sebagainya, Bersih masih tidak mencapai apa yang mereka hajati.

Daripada bilangan penyokong yang datang, tindakan bijak dan professional pihak polis serta keselamatan dan yang paling mengecewakan terutama bagi Anwar ialah penerima memorandum tersebut hanya oleh pegawai istana bukannya DYMM Agong.

Andai kata DYMM Agong sendiri yang berkenan untuk menerima memorandum tersebut, sudah pasti Anwar boleh menyebarkan cerita kepada rakyat bahawa DYMM Agong sendiri telah merestui slogan “Kuningkan Malaysia” Anwar. Lebih teruja lagi bagi beliau jika episode 10 November lepas melihatkan kemunculan DYMM Agong adalah satu skrip drama yang berbunyi, “Anwar turut disokong oleh DYMM Agong untuk meneruskan karier politik beliau” akan terus diwayangkan!

Anwar silap kerana walaupun DYMM Agong merupakan seorang yang lemah lembut namun, tidak bermakna Tuanku mudah untuk dipermainkan oleh Anwar dengan perhimpunan serta perarakan yang tidak direstui kerajaan, rakyat dan lebih utama DYMM Agong sendiri tidak langsung merestui tindakan “kuning” tersebut. Takkanlah Anwar juga berniat untuk mengguna-gunakan dan mempermainkan nama DYMM Agong sebagaimana yang dilakukan oleh orang suruhan Anwar, Raja Petra?

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    pendeta said,

    memang kurang ajar si malaun Anwar nih…..kalo terdesak sekalipun tkyah ler nak mempergunakan nama agong……

  2. 2

    aku said,

    umNO sblm nk ckp pasal kuasa agong n sultan…baik cermin diri dulu…
    sapa yg dok menghakis kuasa sultan sblm nie? dan sapa yg tabal sultan baru di kelantan sblm nie?

    jawapan nya : UMNOOOOOOOOOOOOOOOOOOO…..

  3. 3

    hamPAS nyior said,

    hahahahhaha si ‘aku’ katak bwh tempurung…..hanya dgr crita dr mulut org tanpa ada pengetahuan sdiri….baik ko check sapa sebenarnya buat benda tuduhan ko tu……ko cari ler fakta @ crita sebenar kat bwh tempurung ko tu kalo ada…..

    ermmm mesti puak pembangkang frust giler bila perhimpunan dan memorandum ko x dilayan…..pk ler dulu seblm nk buat sesuatu jgn dok jd bodoh ikut sajer aper yg org suruh…..kwang kwang kwang


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: