DAP MAKIN LUNYAI….

oleh liPAS 

Sudah ketandusan idea dan berada dalam keadaan terdesak. Itulah yang boleh dikatakan mengenai keadaan pembangkang sekarang ini.

Setelah kecewa dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin negara dengan pelbagai tuduhan dan propaganda, DAP cuba mencipta satu lagi isu yang bukan saja tidak melambangkan perjuangan kepada kepentingan rakyat dan negara Malaysia malah seolah-olah cubaan untuk menghina negara.

Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP) dengan bangga dan angkuhnya cuba membawa isu keselamatan negara dengan membawa seorang lelaki warga asing, Manjit Sokhai ke Parlimen yang mendakwa diri beliau dipukul mat rempit.

Lebih menghairankan lagi dengan tindakan Ketua Pembangkang itu, kes tersebut masih lagi dalam siasatan polis tetapi Lim Kit Siang sudahpun “mengizinkan” lelaki tersebut memberi pandangan negatif terhadap sistem demokrasi dan keselamatan di Malaysia.

Siapakah lelaki tersebut sehingga beliau dilayakkan oleh DAP untuk untuk memberi pandangan mengenai sistem demokrasi dan keselamatan negara di Parlimen? Adakah beliau seorang pemimpin negara? Adakah beliau dihantar oleh negaranya untuk mewakili Kanada bagi menyatakan pandangan negara tersebut mengenai Malaysia?

Tidak tahukah Lim Kit Siang yang juga merupakan Ketua Pembangkang, seorang yang dihormati oleh Ahli Parlimen dalam parti-parti pembangkang bahawa selagi kes tersebut masih lagi dalam siasatan polis, tidak ada sesiapa yang boleh membuat kenyataan mengenainya waima Perdana Menteri! Kenyataan-kenyataan tersebut dibimbangi akan mengganggu perjalanan penyiasatan polis.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, Lim Kit Siang dianggap kurang ajar kerana tidak menghormati sistem yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia tetapi lebih menghormati warga asing yang tidak tahu asal usulnya. 

Kenyataan yang “dihalalkan” oleh Lim Kit Siang itu pula bukannya berbentuk pujian tetapi mengutuk Malaysia. Itulah yang lebih membanggakan Lim Kit Siang dan DAP kerana kenyataan mengutuk tersebut sememangnya sudah dirancang oleh mereka. DAP sengaja mencipta isu agar ia boleh digunapakai untuk sekali lagi menjatuhkan kredibiliti pemimpin negara.

DAP sudah banyak membuat kesilapan. Kali ini DAP sekali lagi membuat tanggapan yang salah apabila menganggap bahawa rakyat Malaysia terlalu bodoh untuk mempercayai segala isu yang dibangkit dan dicipta oleh mereka.

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 2

    anakmalaysia said,

    si Lim ni mmg mcm parasit.. elok dibuang negara jek.. x sedor diri menumpang.. salahkan datuk nenek kamu dulu le pasai ape p setuju dgn kontrak sosial yg dah dirangka.. skrg nak bising² plak.. klu betoi x setuju, p la S’pore tu ke.. x pun p balik tanah besar kamu tuh.. dok dlm hutan.. sorg pun x kaco..

  2. 3

    hamPAS nyior said,

    hah betol anakmalaysia……anak cucu x sedar dek untung…..penat2 jer nenek moyang setuju kontrak tu utk kebaikan dan kesenangan anak cucu tp skang nih anak cucu plak nk tunjuk terer……halau jer org x sedar diri camni nih….


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: