PAS DALAM USAHA MENJUAL NEGARA?

astronaut.jpg

Bukti! Sheikh Muszaphar (Malaysia) ketika memasuki Soyuz 15-S

Oleh makyong 

Tahniah dan syabas kepada Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang telah berjaya menjalankan misi ke angkasa. Itulah ucapan daripada seluruh rakyat Malaysia malahan negara lain turut berbangga dengan kejayaan tersebut.

Lain pula ceritanya dengan lidah utama Pas, Harakahdaily yang telah mengutuk habis-habisan mengenai misi tersebut! Pemimpin pujaan Pas sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut mengucapkan syabas dan berbangga apa yang telah diusahakan oleh Kerajaan Malaysia dengan menghantar rakyat Malaysia ke misi tersebut.

Harakahdaily telah menuduh bahawa kerajaan Malaysia membazirkan duit untuk menghantar rakyat Malaysia menjalani misi penyelidikan di angkasa. Manakala Nik Aziz pula memuji dan menggalakkan usaha tersebut.

Hah, yang mana satu penyokong Pas nak terima. Kenyataan Harakah atau pujian Nik Aziz. Nampaknya, sangat jelas sudah ada percanggahan pendapat antara pemimpin utama dengan lidah utama.

Sepatutnya pembaca dan penyokong Harakahdaily sudah dapat menilai bahawa hasil penulisan yang terkandung di dalam Harakahdaily hanyalah tuduhan melulu serta rekaan cerita yang sekadar untuk melariskan jualan dan meningkatkan penerbitan Harakah serta untuk menarik minat dan menambah sokongan pelayar internet.

Harakahdaily turut mengagungkan kenyataan negara asing, negara yang diketuai oleh bangsa Yahudi mengenai kutukan mereka terhadap negara kita dengan mengatakan Malaysia “bodoh” kerana menghabiskan duit dengan menghantar Dr. Sheikh Muszaphar ke misi angkasa. Sedangkan kita rakyat Malaysia sudah maklum bahawa negara asing sentiasa cemburukan kita terutama apabila Malaysia mencapai kejayaan kerana kita hanya sebuah negara kecil tetapi boleh berjaya seperti negara besar yang lain.

Kalau tidak takkan NASA tidak mengiktiraf angkasawan Malaysia sebagai Astronaut (angkasawan) tetapi hanya menggelarkan Dr. Sheikh Muszaphar sebagai Spaceflight (penumpang kapal angkasa)! Gelaran sebegitu tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia kerana bukan setakat seluruh rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia melihat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, warganegara Malaysia memijak sendiri tangga kapal angkasa Soyuz TMA-10 pada 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam (waktu Malaysia) dan sekali lagi pada 21 Oktober 2007.

Apa yang lebih dikesalkan, Harakahdaily sebagai lidah utama Pas, sebuah parti yang diketuai oleh rakyat Malaysia dan beragama Islam telah turut serta mengutuk dan memperkecilkan usaha tersebut.

Turut di perkecilkan dengan membandingkan kejayaan Afghanistan yang telah menghantar angkasawan sejak 19 tahun dahulu. Kalaulah Pas yang menggunapakai lidah Harakahdaily ini ditakdirkan memerintah Malaysia 50 tahun dahulu, sudah tentu Malaysia belum lagi dikenali dunia.

Sikap Pas yang tidak tahu berusaha untuk maju dan hanya tahu mengkritik dan mengutuk usaha-usaha kerajaan pasti akan merendahkan lagi taraf Malaysia di mata dunia. Dan, sudah pasti kalau ditakdirkan Pas yang memerintah Malaysia pada masa akan datang, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi kehidupan penuh kedaifan.

Dengan pemikiran Pas seperti sekarang, sudah pasti rakyat dan negara Malaysia akan dijajah kembali oleh bangsa asing kerana Pas terlalu taksub mempercayai dan menerima setiap kata-kata orang luar atau bangsa asing sebagaimana yang sudah terjadi di “negara” pimpinan Pas, negeri Kelantan!

2 Respons so far »

  1. 1

    anakmalaysia said,

    aku yang berdarah Kelantan pun malu nak mengaku.. teruk betul ape yang PAS dah buat pada Kelantan.. xde perubahan langsung.. malu aku, kenapa la aku ade pertalian darah Kelantan.. hancusssss..

  2. 2

    hamPAS nyior said,

    nasib ko ler anakmalaysia….tp apa kata ko ler perjuangkan kelantan supaya tidak terus berada bwh pas…..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan komen