PAS TERDESAK, MULA MENCIPTA HUKUM BARU

Oleh makyong 

Bukan untuk mengungkit kisah orang yang telah meninggal dunia tapi tidak cukup dengan apa yang dilakukan oleh arwah bapanya, anak pula mengikut jejak. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik.

Dalam keadaan Islam sendiri tidak pernah menyuruh umatnya bersusah payah untuk Islam, seorang yang digelar ustaz keturunan Fadzil Noor, Ahmad Fawwaz Dato’ Fadzil telah menyeru kepada kaum wanita Islam di Malaysia untuk menuntut hak solat Jumaat.

Semua orang Islam sudah sedia maklum bahawa solat Jumaat adalah tidak diwajibkan kepada wanita sebagaimana yang diberitahu oleh Imam Nawawi :

Solat Jumaat adalah wajib kepada orang Muslim melainkan 4 golongan sahaja iaitu hamba abdi, wanita, kanak-kanak dan orang sakit.

Semasa zaman Rasulullah s.a.w. pun, baginda tidak mewajibkan atau menyuruh umatnya yang berada di dalam 4 golongan tersebut menjalankan solat Jumaat.

Ini adalah kerana mereka dari golongan wanita telahpun melaksanakan ibadatnya yang tidak ternilai seperti melahirkan anak untuk suami.

Kalaulah Ahmad Fawwaz ingin memberi nasihat kepada wanita-wanita, adalah lebih baik mencadangkan sesuatu yang tidak melanggar norma-norma kehidupan dan terutama sekali hokum hakam.

Lebih baik Ahmad Fawwaz membuat rujukan yang lebih mendalam daripada orang-orang yang lebih berpengalaman di dalam ilmu ini kerana beliau sendiri pun masih lagi dalam proses pembelajaran.

Janganlah Ahmad Fawwaz berlagak pandai kerana beliau sebenarnya yang berada di Mesir sudah lama tidak mengetahui perkembangan semasa.

Tahukah Fawwaz bahawa setiap hari Jumaat, jabatan dan agensi kerajaan serta kebanyakan syarikat swasta telah menyediakan program khas yang berbentuk majlis ilmu untuk golongan wanita? Tahukah Fawwaz bahawa bukan sahaja hari Jumaat, namun ada sesetengah jabatan atau syarikat menyediakan program keilmuan pada hari dan waktu tertentu?

Sudahlah Fawwaz, jangan hendak mempersendakan perjuangan wanita seolah-olah merendah-rendahkan kewibawaan wanita Malaysia dengan meminta wanita menuntut hak solat Jumaat!

Kerajaan tidak pernah menghalang tetapi wanita Islam Malaysia sudah cukup mengerti dan memahami hukum tersebut.

Advertisements

6 Respons so far »

  1. 1

    suaramerdeka said,

    benggong ke ape si fawwaz ni..

  2. 2

    anakmalaysia said,

    mmg sah mengong.. tah ape ape ntah.. nti bakal jadi fatwa baru umat PAS la tuh.. same mcm fatwa si Hadi dgn si Nik Ajis nti.. mmg betol² parti sesat alaf baru.. ape la kamu ni sume org PAS, akai ada kaaa..?

  3. 3

    chempaka said,

    nk tunjuk terer lerrr tu…..blja pun x abi ader ati nk buat fatwa baru….cit pooodah

  4. 4

    aku said,

    kpd anakmalaysia

    parti tu sesat ke awak tu x de pengetahuan agama…parti umNO lg sesat…parti sekular…

    ustaz umNO lg nk tunjuk terrer n bodek lebih…

  5. 5

    hamPAS nyior said,

    sesat ler tu kalo pandai2 buat fatwa cam gitu…..nama pun Parti Ajaran Sesat….apa lg mau pertikai?

  6. 6

    K.A said,

    sila nyatakan bukti bhawa beliau membuat kenyataan bgitu……


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: