PAS KEGERSANGAN – ASAL BOLEH…

Oleh makyong 

Politik Malaysia sekali lagi digegarkan dengan pengumuman penubuhan parti politik baru yang akan mewakili kaum India, Parti Bersatu India Malaysia (MIUP). Parti baru tersebut dipimpin oleh seorang ahli perniagaan yang juga merupakan bekas Ketua Bahagian Parti Keadilan Kepong yang telah keluar dari parti tersebut, Datuk S. Nallakaruppan.

Pengumuman menggemparkan bagi orang-orang politik telah menarik minat Pas untuk mengumumkan kesediaan mereka untuk menjalin hubungan dengan parti Nallakaruppan. Pas tanpa perasaan ragu-ragu mengumumkan bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti termasuk parti baru yang ditubuhkan oleh Nalla.

Jika kita imbas kembali tujuan MIUP ditubuhkan, kewujudannya adalah atas dasar dan tujuan memperjuangkan peningkatan tahap kehidupan kaum India khususnya bagi golongan belia dan penduduk kawasan pendalaman. Penubuhan parti itu juga dibuat setelah mendapat maklum balas daripada peringkat akar umbi sejak empat bulan lalu (dari artikel ini ditulis).

Nalla juga menyatakan bahawa beliau keluar dari PKR dengan alasan parti itu tidak berminat membantu masyarakat India.

Pas pula melalui Dr Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas menyatakan bahawa tidak menjadi masalah bagi Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana parti selagi tujuan dan dasar perjuangannya selari atau tidak bercanggah dengan tujuan dan dasar perjuangan Pas.

Tujuan dan perjuangan MIUP jelas dinyatakan oleh Nalla sendiri, tetapi apakah Pas sendiri belum jelas dengan perjuangan mereka?

Bukankah Pas memperjuangkan penubuhan negara Islam? Pas sebelum ini tidak pernah atau menyatakan secara terbuka bahawa mereka sebenarnya memperjuangkan rakyat Malaysia keseluruhannya, termasuk kaum-kaum lain sebagaimana yang dilaksanakan oleh  BN selama ini.

Sudah berubahkah perjuangan sebenar Pas? Atau sudah terpesongkah Dr Hatta Ramli dari perjuangan sebenar Pas sehingga membuat kenyataan sebegitu?

Sebenarnya, Pas betul-betul berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup berkerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun dan sanggup mengubah perjuangan mereka bila-bila masa asalkan mereka diterima oleh pihak kedua yang ingin mereka sertai.

Bagaimana sebuah parti yang dikatakan sudah lama bertapak di Malaysia terpaksa menumpang pengaruh sebuah parti yang baru didaftarkan tidak sampai 1 bulan (14 September 2007)? Sudah terdesak sangatkah Pas sehingga tidak dapat mengenalpasti lagi keberkesanan parti tersebut?

MIUP ditubuhkan selepas 4 bulan mendapat maklum balas daripada akar umbi! Ini bermakna, MIUP bukanlah satu parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan kaum India, tetapi ia ditubuhkan untuk kepentingan Presidennya.

Hanya dengan maklumbalas sesingkat itu, Nalla berusaha keras untuk menubuhkan parti yang akan menonjolkan dirinya.

Lebih diragui apabila diwaktu pengumuman penubuhan parti tersebut, Nalla ditemani Ezam, bekas Ketua Pemuda PKR yang telah meletak jawatannya dan  keluar dari PKR lalu menubuhkan Gerak.

Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Nalla dan MIUP? Kalau benar Nalla berniat untuk memperjuangkan kaum India, tidak cukupkah dengan perjuangan MIC selama ini?

Kalaulah Nalla benar-benar berjuang untuk kaum India, kenapa Nalla tidak meneruskan perjuangan MIC sebuah parti yang sudah berdiri kukuh dalam membantu meningkatkan lagi tahap kehidupan kaum tersebut?

Banyak cara yang Nalla boleh lakukan, apatah lagi Nalla sendiri merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Tidak lain dan tidak bukan, Nalla ingin mempromosikan diri sendiri manakala Pas pula terdesak sehingga sanggup berkerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka dapat menumbangkan kerajaan. Itulah perjuangan sebenar Pas!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: