TERGADAI LAGIKAH HARTA RAKYATKU?

 Oleh makyong

Kadang-kadang terasa bangga juga berada di bawah kepimpinan Pas di Kelantan. Semuanya hendak dibuat dengan segera untuk rakyat. Hendak menjadi orang pertama melaksanakan sesuatu yang negeri lain masih dalam perbincangan supaya Kelantan tidak akan ketinggalan. Penanaman pokok gaharu, memberikan cuti bersalin selama 60 hari kepada wanita bersalin dan pengasas kepada projek Jihad Ternak.

Penanaman pokok gaharu dan cuti bersalin masih lagi baru dilaksanakan. Mungkin kita takkan nampak lagi kesannya. Tetapi sebagai negeri pertama (pengasas) projek Jihad Ternak, sudah banyak kesan yang kita dapat lihat.

Cuba kita imbas kembali bagaimana perancangan dan sehingga perlaksanaan projek tersebut.

Projek Jihad Ternak atau dikenali dengan nama projek kambing Jamnapari ini telah diilhamkan dan diideakan oleh Husam Musa. Beliau kemudian telah membawa rakan kongsi dari Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad iaitu Datuk Amin Pipet dan Muhamad Fauzi Daud ke Kelantan bagi mengusahakan projek berkenaan.

Bagi menyokong projek tersebut, Husam dengan murah hatinya telah membeli (dinasihatkan oleh orang yang menceritakan hal ini agar jangan dipersoalkan di mana wang pembelian itu diambil dan bagaimana kaedah dan caranya, nanti Husam marah)  beberapa ekor kambing Jamnapari dengan harga RM66,400 (Ringgit:Enam puluh enam ribu empat ratus sahaja)! Kemungkinan juga bilangan kambing tersebut makin bertambah kerana tiga daripada lima ekor kambing yang diberikan kepada pencerut, Ismail Mat Yusuf, 53 dari Kg. Baru Dua, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan telah diambil balik oleh Husam kerana Ismail dikatakan tersalah cakap mengenai projek tersebut.

Ismail yang telah menerima kambing-kambing kurus tersebut melalui satu skim yang dipelopori oleh Husam telah memelihara kambing Jamnapari yang diberikan sebagai hak beliau sebagai orang miskin sehingga gemuk dan bunting. Ismail yang boleh dikatakan rapat dengan Husam dan boleh diibaratkan kuli Husam kerana turut menjaga dan merawat serta mencari rumput rumpai untuk kambing peliharaan Husam terpaksa menerima hakikat bahawa kambing beliau ditarik balik.

Ismail turut dikatakan telah membawa mulut dan tersalah cakap mengenai sikap dan perilaku Husam yang telah memesan 22 ekor kambing jenis Jamnapari dari saudagar kambing di Kuala Lumpur tetapi tidak tahu membayar. Diceritakan juga bahawa jika tidak segera dibayar, kambing-kambing yang dipesan itu akan diambil balik.

Cerita-cerita ini telah dibawa oleh Ismail kepada rakannya yang juga ‘bekerja’ di rumah Husam dan ia telah sampai ke telinga Husam dan menyebabkan Husam murka. Maka, sebagai balasannya Husam mengarahkan agar kambing-kambing tersebut diambil balik melalui seorang Tok Penghulu di kawasan tersebut.

Biarlah pasal Ismail tadi sebab kemungkinan itu adalah kesilapan Ismail, seorang lelaki tua yang sudah berumur lebih setengah abad, yang hidupnya mencerut rumput, yang telah membocorkan kelemahan kerajaan Kelantan. Tetapi kita kembali kepada projek Jihad Ternak yang sebenar.

Projek yang dicetuskan oleh Husam tetapi sekarang tidak diakui mengenai penglibatan beliau dalam projek tersebut kerana dikatakan Exco Pertanian, Dr. Nik Mazian Nik Mohamed (DUN Gaal) yang seharusnya bertanggungjawab dan menanganinya.

Kenapa Husam tiba-tiba tidak mengaku sedangkan ia adalah hasil dari pemikiran beliau? Sepatutnya Husam berbangga kerana idea tersebut katanya untuk membantu rakyat yang miskin maka, disebabkan itulah ia dinamakan Jihad Ternak!

Tetapi apabila projek tersebut gagal, Husam menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau di dalam projek itu. Beliau juga menafikan bahawa kerajaan negeri Kelantan tidak terlibat dengan projek tersebut.

Nik Mazian disalahkan 100% dalam kegagalan projek itu. Siapa yang hendak bertanggungjawab jika projek yang melibatkan modal awal kira-kira RM6.5 juta tidak berhasil. Ladang kambing yang terletak di Gong Chenak, sekarang ini sudah menjadi pusat pertumbuhan lalang!

Sekali lagi sebagai rakyat Kelantan amat berharap sebagai negeri yang sentiasa menjadi negeri pertama melakukan sesuatu, fikir-fikirlah terlebih dahulu. Fikirlah menggunakan kepala otak bukannya menggunakan kepala lutut!

Rakyat Kelantan tidak mahu penanaman pokok gaharu nanti akan menjadi satu musibah lain pula kepada rakyat dan negeri. Sedangkan negeri lain masih lagi berbincang dengan lebih mendalam mengenai buruk baiknya, kerajaan Pas Kelantan pula tanpa berfikir panjang dan berbincang serta menyiasat lebih lanjut sudahpun melaksanakannya.

Takkanlah selepas berjuta disia-siakan dalam projek Jihad Ternak, hendak ditambah pula jutaan ringgit lain dan akhirnya terpaksa menjual harta rakyat di bumi tercinta, negeri Kelantan negeri serendah sekebun bunga kepada pihak asing di luar Kelantan mahupun Malaysia kerana bagi menampung kerugian lain yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    perantau said,

    hah, projek jihad ternak? memang terer lah husam mereka2 benda2 camni supaya jadi duit tambahan beliau…

    org kampung dengar pun bagus jer tp rupa2 nyer ko hanya menghabiskan duit rakyat jer!

  2. 2

    aku said,

    klu ko x tahu apa2 x payah nak ulas la…

    umNO dok berabih duit rakyat berjuta2 g angkasa lepas tu boleh pulak…semua brg naik (BN)…pandai sungguh umNO nie

  3. 3

    hamPAS nyior said,

    hebat sungguh penulis nih…..bleh dapat maklumat sampai camtu….cerita lg biar terbongkar terus pasal penipuan dan kelemahan puak pas nih……

    oooooo kalo crita dia makin terbongkar pandai plak soh org tkyah ulas…..hahhahahaaha dah sah ko nih katak bawah tempurung si ‘aku’ oiiiiiiii…..dgr crita dr org tp malas membaca utk dptkan info….akhirnya nk komen pun ikut apa org lain crita…..fakta yg x betul….nasib ko ler si ‘aku’ oiiiiiiii dok bodoh cam gitu jer lah….kwang kwang kwang


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: