PENDEDAHAN TAKTIK KOTOR PAS

dipetik dari infinitywar.wordpress.com

 

Sebaik sahaja Pas berjaya memerintah Kelantan pada tahun 1990, kesemua pemimpin kanan parti itu dijemput ke negeri ini semata-mata untuk mengambil kata putus dengan mengangkat darjat Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai gelaran ‘tok guru’.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Ghazali Ahmad yang mendedahkan perkara itu berkata, gelaran tersebut dianggap penting kepada Pas agar Datuk Nik Aziz yang menjadi Menteri Besar Kelantan semakin diberi penghormatan besar oleh rakyat.

 

“Kita tahu, rakyat Kelantan dan Terengganu amat menghormati seseorang yang diberi gelaran ‘tok guru’. Jadi, kita buat keputusan agar Datuk Nik Aziz diberi gelaran itu dan taktik berkenaan amat berjaya mempengaruhi rakyat untuk terus menyokong Pas,” katanya.

 

Bagaimanapun, beliau menyifatkan keputusan yang diambil oleh pemimpin kanan Pas untuk memberi gelaran ‘tok guru’ kepada Datuk Nik Aziz sebagai sesuatu yang paling kotor dalam sejarah perjuangan politik parti itu.

 

Yang jelas, katanya, Datuk Nik Aziz tidak layak untuk digelar ‘tok guru’ kerana tidak terlibat secara langsung dalam menghidupkan pengajian pondok kerana beliau banyak terlibat dalam parti.

 

“Kalau sekadar mengajar di kelab Pas dan surau, beliau masih belum layak untuk digelar tok guru. Orang yang digelar tok guru ni, merupakan tokoh besar dalam perjuangan Islam dengan menghidupkan sistem pondok dalam jangka masa yang lama,” katanya.

 

Yang lebih dikesalkan, katanya, Datuk Nik Aziz hanya berdiam diri sahaja bila dia diberi gelaran ‘tok guru’.

 

“Inilah tandanya Datuk Nik Aziz seorang yang suka dengan gelaran itu,” tambahnya.

 

Datuk Ghazali menceritakan pahit maungnya dalam perjuangan Pas yang dianggap selari dengan kehendak Islam sebelum mendapat kuasa pemerintahan melalui pilihanraya.

 

Menurutnya, bila sudah dapat kuasa, Pas mula lupa diri dan sanggup mencari harta kekayaan peribadi sebanyak mungkin sehingga melupakan halal dan haram yang ditegah oleh Islam.

 

“Semasa belum dapat kuasa dulu, kita dalam Pas hidup dengan penuh derita. Sanggup menempuh apa juga masalah, tapi bila dapat kuasa, Pas mula lupa agama dan mencari kekayaan peribadi melalui harta rakyat,” katanya.

 

Beliau memberi contoh bagaimana wakil rakyat Pas ‘berjuang’ habis-habisan untuk mendapat kawasan balak di Kelantan dan Terengganu semasa Pas memerintah negeri itu selama sepenggal dulu.

 

“Pas Terengganu di bawah Haji Hadi tidak lama memerintah negeri kerana terlalu banyak kezaliman yang dilakukannya. Tapi di Kelantan, hanya menunggu masa kerana mereka semakin hebat memperjuangkan kawasan balak untuk kepentingan sendiri,” katanya.

 

Menurutnya, jika benar Datuk Nik Aziz ikhlas dalam memperjuangkan Islam, mereka hendaklah meneruskan hasrat untuk menjadikan Enakmen Jenayah Syariah (II) di Kelantan yang tertangguh sejak lama dulu.

 

Malangnya, kata beliau, Datuk Nik Aziz dan pemimpin Pas yang lain telah terbukti gagal untuk mewujudkan undang-undang Islam kerana sibuk dengan aktiviti penjualan kawasan balak termasuk di tanah tinggi Lojing.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: