SERANGAN PARTI ATAU PERIBADI?

Oleh makyong 

Baik sangatkah Naib Yang diPertua Pas Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali sehingga beliau tidak boleh dianggap mempunyai musuh peribadi? Mulia sangatkah beliau sehingga hanya orang yang berkaitan dengan parti politik sahaja sanggup menyerang beliau?

Setahu makyong, Suhaimi Ghazali hanyalah manusia biasa bukannya wali atau sesiapa yang boleh dianggap tidak mempunyai musuh persendirian. Musuh yang tidak berkaitan dengan parti tapi berkaitan dengan hal-hal peribadi Suhaimi.

Kalau Suhaimi atau Pas Kawasan Pandan nak buat laporan polis sekalipun, tidak perlulah membuat tuduhan melulu mengatakan serangan tersebut dibuat oleh AJK Pemuda UMNO Cawangan di Kg. Pandan. Nanti akan jadi seperti kata pepatah mematah dulang paku serpih, tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini.

Buat saja laporan polis, dan sama-sama kita lihat siapa yang bersalah. Semasa buat laporan tersebut jangan lupa bawa sekali risalah yang diedarkan kerana kemungkinan ia boleh dijadikan bahan bukti.

Bagi yang dituduh nanti, jangan lupa cari saksi terutama mereka yang turut menerima risalah yang diedarkan Suahimi serta berada di sekitar atau paling berdekatan dengan Suhaimi ketika serangan tersebut. Jangan lupa juga untuk membawa risalah asal yang diedar oleh Suhaimi.

Makyong percaya, serangan tersebut dibuat bukan antara ‘orang UMNO’ dengan ‘orang Pas’ tetapi antara ‘pencetus kontroversi’ yang mengedar risalah tersebut dengan ‘mangsa’.

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    perantau said,

    ni lagi sekor….kalo kena pukul pun patut ler……

    yg ko gi edar cerita karut marut yang konon2 ko kater risalah Ramadhan tu pehal….kalo aku pun aku tibai cukup2…

  2. 2

    aku said,

    x de modal keluar kn isu nie

  3. 3

    hamPAS nyior said,

    dh lama aku bc artikel nih tp taknk komen apa…..tiba2 aku tertarik nk komen plak bila si katak bawah tempurng si ‘aku’ nih buat komen……memang ler ko nih tkikut perkembangan semasa…katak bawah tempurung!

    kalo ko nk tahu, harakahdaily pun ader keluarkan citer nih dulu…..maknanya ko nk kata kat sini lidah rasmi pas pun tkder modal gak nk keluar isu……kwang kwang kwang


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: