ISU PANAS PAS

Oleh makyong

Bukan tidak mengambil tahu mengenai isu semasa sehingga selepas seminggu perkara itu berlaku barulah penulis ingin membincangkan mengenainya. Sebenarnya, kali ini penulis mengambil tindakan menunggu dan melihat sejauh mana isu yang cuba dipanaskan oleh pihak-pihak tertentu dan memerhati apakah sebenarnya yang terjadi dan siapakah yang layak bertanggungjawab.

Sudah lama tidak kedengaran isu-isu politik yang hebat sehingga boleh menggegarkan Negara. Isu yang boleh menarik perhatian orang-orang kampung yang kebiasaannya malas untuk ambil tahu isu-isu yang kurang menarik.

Tragedi yang berlaku pada 8 September yang lalu, kali ini menjadi satu isu yang begitu panas atau sengaja dipanaskan oleh pihak tertentu. Tragedi tersebut juga, kali ini begitu menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dan tidak ketinggalan orang-orang kampung yang menjadi sasaran pihak tertentu agar isu itu dijadikan bualan.

Negara pimpinan Pak Lah, sekarang ini amat susah bagi pihak pembangkang untuk mencipta isu yang akan diambil perhatian oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Paling tidakpun hanya penyokong yang berada di bandar atau di pejabat sahaja yang mengikutinya.

Pemimpin pembangkang, Pas terutamanya sudah makin hilang taring. Pemimpin pembangkang yang lain seperti Keadilan hanya wujud secara fizikal tapi tidak berada di hati rakyat. DAP pula hanya menumpang kepopularan individu dalam menghidupkan partinya.

Pemimpin Pas makin kabur dipandangan rakyat. Mereka sudah lama ketandusan idea bagi memanaskan suasana politik. Suasana yang boleh menaikkan kembali nama-nama pemimpin Pas. Suasana yang berupaya meningkatkan kembali ingatan rakyat kepada mereka.

Rusuhan di Terengganu, jelas membuktikan Pas berada dalam keadaan terdesak. Dikala rakyat sudah mula tidak menghiraukan Pas, dikala rakyat sudah begitu yakin dengan kepimpinan BN, Pas mengambil tindakan agresif agar mereka dapat menimbulkan beberapa isu selepas terjadinya tragedi tersebut.

Dari awal tadi, penulis sudah katakan bahawa penulis telah mengambil tindakan menunggu dan melihat. Apa yang penulis dapati adalah pemimpin Pas mula bertindak sejurus selepas tragedi tersebut.

Seorang demi seorang pemimpin Pas mula menjalankan tugas masing-masing. Mereka mula mencanang pelbagai cerita. Seorang demi seorang pemimpin Pas yang sudah lenyap di hati rakyat, muncul mengambil peluang menggilap kembali potret di mata rakyat. Pemimpin parti pembangkang lain seperti Keadilan dan DAP turut menumpang popular. Apa yang lebih menarik lagi adalah pengakuan Mat Sabu mengenai tragedi malam itu.

Mat Sabu merupakan salah seorang pemimpin yang sudah sekian lama menghilangkan diri dimana beliau kurang muncul dalam aktiviti-aktiviti Pas. Beliau antara pemimpin Pas yang semakin hilang di hati rakyat, tapi tiba-tiba muncul memberi kenyataan mengenai tragedi di Batu Buruk.

Inilah masanya. Isu panas telah dicipta. Hanya dengan memberi sedikit imbuhan kepada belia-belia yang tidak memahami permainan politik dan hanya mengerti untuk berhibur, pengaruh politik boleh tingkatkan. Perkara sebegini biasa dilakukan oleh pemimpin Pas.

Dalam masa penulis menunggu dan melihat perkara ini, penulis turut membuat research mengenai kehebatan Pas dalam menyusun atur ‘program’ seperti di Batu Buruk.

Mengimbas kembali Pilihanraya 2004, belia-belia sebegini juga dijadikan sasaran. Tidak perlu diambil contoh di kawasan lain kerana kawasan Mursyidul Am Pas sendiri mengatur ‘program’ yang sama.

Belia-belia yang berminat untuk berhibur secara konvoi bagi memeriahkan suasana pilihanraya dengan mengelilingi kawasan sekitar Kota Bharu dan membunyikan hon sebagai memberi semangat telah diberi imbuhan berbentuk wang tunai dan petrol percuma di stesen Petronas Pulau Melaka, milik Nik Aziz.

Mereka diarah menghuru-harakan dan menyerang bilik gerakan BN DUN Chempaka (kawasan Nik Aziz) dengan dikepalai oleh penyokong Pas sehingga FRU terpaksa dipanggil. Bukan sekadar kerosakan di kawasan sekitar tetapi kenderaan-kenderaaan petugas dan penyokong BN yang berada di tempat tersebut turut mengalami kerosakan teruk. Lebih teruk lagi apabila rumah calon BN bagi kawasan tersebut juga turut menjadi sasaran mereka sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan keadaan.

Kejadian sebegini jelas membuktikan bahawa Pas amat berpengalaman dalam mencetuskan huru-hara dan isu yang tidak bermoral ini. Jadi tidak hairanlah dalam keadaan Pilihanraya Umum hampir menjelang, Pas pula tiada isu yang ingin dibangkitkan, mereka mencetuskan satu propaganda yang boleh dimain dan dilagukan sementara menunggu pilihanraya diumumkan.

Kalau di Terengganu, propaganda Pas boleh membangkitkan sikap agresif belia dan memaksa pihak berkuasa bertindak menggunakan senjata, tidak hairan juga jika propaganda mereka selepas ini akan membangkitkan kembali tragedi Memali.

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    perantau said,

    hmmmm….pas dh gerun skrg nih…..tunggu jer lah lps semua yg dikehendaki polis disoal siasat……nasib kau ler pas, cpt sangat buat tindakan…x pasal2 makan diri sendiri

    konon2 nk jdkan isu p/raya tapi……..tersalah budget masa nampaknyer

  2. 2

    aku said,

    umNO yg gerun…guna kn polis dan ISA nk takut kn rakyat… ingat rakyat bodoh mcm ko ke? paklah tersalah budget ingat rakyat boleh tertipu ngan islam had-had hari ke? sory le..huhuhu

  3. 3

    hamPAS nyior said,

    hahahahaa rakyat memang x terima islam had-had hari yg ko dan puak pas dok canang tp rakyat amat menerima dan memahami apa itu konsep islam hadhari…….

    puak pas memang takut ngan polis dan ISA sbb ko dan puak pas tahu bahawa polis dan ISA amat bijak mencari kebenaran jd kalo dh tertangkap jgn haraplah ko nk kelentong……rakyat x bodoh tp ko tu yg bodoh…dok bawah tempurung jer


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: