AZALINA, KETUA SETIAUSAHA ATAU ZURAIDA?

Oleh makyong

Sungguh lantang Zuraida Kamaruddin menggesa Pak Lah supaya memecat menteri kabinet beliau seperti Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Wanita KeADILan ini seolah-olah tidak mengambil iktibar atas apa yg terjadi kepada mantan Presiden Keadilan atas tindakan melulu Penasihat PKR itu sehingga memakan diri sendiri. Agaknya setakat itu sahaja mentaliti pemimpin Keadilan sehingga membuat gesaan yang tidak berasas.

BPR satu badan yang berkuasa untuk membuat siasatan dan seterusnya membuat tindakan pun belum beri keputusan. Tapi Zuraida awal-awal lagi sudah buat keputusan.

Memang melucukan sikap Zuraida, tak ubah seperti pemimpin dokongan beliau Anwar Ibrahim. Kalau sebelum ini kita banyak mendengar tanggapan dan keputusan impian Anwar terhadap sesiapa sahaja yang beliau tidak sukai. Nampaknya, ilmu tersebut sudah diturunkan kepada anak buah beliau.

Lebih melucukan lagi apabila Zuraida turut menggesa agar Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletak jawatan! Janganlah sekadar untuk menyokong kenyataan Presiden sendiri maka tuduhan dan gesaan melulu ditujukan kepada pihak yang tidak sahih kesilapannya.

Kenalkah Zuraida pada orang yang dituduh? Pada orang yang digesa oleh beliau untuk meletak jawatan?

Kalau Azalina, mungkin Zuraida boleh kata siapa tak kenal menteri yang berjiwa kental itu. Atau mulut cabul Zuraida itu boleh kata lebih teruk lagi mengenai Azalina walaupun beliau hanya mengenali Azalina secara luaran sahaja. Hanya sebagai Menteri Belia dan Sukan juga mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia yang banyak memberi impak negatif kepada pembangkang!

Kalau diceritakan berlebihan mengenai Azalina, Zuraida mungkin akan kata penulis nak ampu Azalina atau blog ini milik Azalina. Tambahan pula apabila Azalina mengumumkan untuk mengetuai cyber war terhadap pembangkang.

Tapi kalau Ketua Setiausaha KBS yang berkhidmat bukan berasaskan politik, bolehkah Zuraida kenali dengan lebih jelas? Tahukah Zuraida pengalaman KSU tersebut? Tahukah Zuraida tahap kecemerlangan KSU tersebut?

Wahai Zuraida, kalau nak mengampu sekalipun pandang-pandang dan tengok-tengoklah sikit. Sejauh mana pengalaman kau jika dibandingkan dengan KSU tersebut?

Wan Azizah yang Zuraida ampu sekalipun tak boleh dibandingkan dengan KSU KBS. Pengalaman KSU tersebut terlalu luas dan lama malahan sudah masak dengan pentadbiran sesebuah kementerian.

Tahukah Zuraida bahawa setiap tindakan Menteri terhadap kementerian yang diterajui pula memerlukan perbincangan dengan KSU? Dan KSU KBS pula bukan calang-calang orang. Anwar Ibrahim yang pernah berada dalam pentadbiran Negara pun pasti akan bersetuju dengan kekaliberan KSU KBS sekarang! Bukan sebab lain, hanya kerana KSU KBS sekarang adalah yang terbaik antara yang terbaik!

Takkanlah Zuraida hendak mempertikaikan akuan Anwar mengenai KSU tersebut? Tidak takutkah Zuraida akan kemurkaan Anwar terhadapnya kerana menjadi penderhaka yang menidakkan kata-kata dan akuan Anwar?

Zuraida…Zuraida….Janganlah pula kerana terlalu hendak mengampu pemimpin atasan parti Keadilan yang sudah semakin gentar dengan pasukan cyber war Azalina, Zuraida sanggup menunjukkan kebodohan sendiri kepada penyokong-penyokongnya.

Kalau nak hapuskan Azalina dan pasukan cyber warnya sekalipun, gunalah cara lain. Atau sekurang-kurangnya buatlah research terlebih dahulu. Barulah sokongan makin bertambah.

Tapi sekarang akan jadi lain ceritanya. Penyokong mesti berfikir, tak cukup dengan Anwar yang tak habis-habis buat onar, pemimpin sayapnya pula bertindak bodoh. Pasti Azalina, KSU dan KBS akan lebih popular kerana tindakan bodoh Zuraida dan pemimpin-pemimpinnya.

Nampak gayanya bukan Azalina yang kena pecat atau KSU yang letak jawatan tapi Zuraida ditolak penyokong!

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    perantau said,

    saper tk kenal zuraida?? ketua wanita paling bodoh n bangang yg aku kenal kat mesia nih……tak tahu fakta tapi main cakap jer…kang tk pasal2 tunjuk kebodohan diri sendiri

  2. 2

    bridget srikandi said,

    weii..kaulah BODDOOHH…sah sah BODOH pergi sokong umno bn bodoh..jangan cakpa orang bodoh kalau dah tau diri tu bodoh!!Zuraida seorang pemimpin wanita yang berkaliber sgt berkarisma….nak compare with all those menteri yg takde hala tuju tu..takde tandinganla..sume lembiiikkk!!!tau cakap jee nakperjuangkan hak wanita..tp,HABUK pun takde!!mcm bagusss!!!

  3. 3

    hamPAS nyior said,

    kwang kwang kwang bridget srikandi konon…..takyah ler ko nk ngaku srikandi kalo ko pun bodoh cam zuraida…..buat tekaan ikut suka ati….hahahahhaha memang dasar geng PKR….disebabkan bodoh dan bangang maka dgn mudah dan senang diperbodohkan oleh anwar….


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: