CALON MB PAS KELANTAN?

Oleh makyong


Walaupun berat mahu menulis tentang apa yang menjadi perbualan hangat di Kelantan ketika ini, namun inilah hakiki yang sebenar. Nik Aziz tua. Nik Aziz nyanyuk. Nik Aziz uzur. Itulah ungkapan-ungkapan yang menjadi perbualan orang-orang kampung waima penyokong Pas sendiri.


Menyedari hakikat tersebut, para penyokong Pas mula berkira-kira untuk mencari pengganti Nik Aziz bagi jawatan Menteri Besar (MB). Kalau dulu para ulama yang menjadi pilihan Pas untuk dijadikan pemimpin tertinggi. Namun memandangkan pemimpin pelapis Pas kini bukan lagi dari kalangan ulama maka, pemimpin muda dan berpendidikan tinggi diwar-warkan sebagai pengganti.


Masing-masing mula membuat promosi besar-besaran seperti Mega Sale agar diri dikenali dan disokong sebagai pengganti MB dan ia menyebabkan organisasi Pas terutama di Kelantan semakin huru-hara.


Bagi perebut jawatan tersebut, sesiapa yang berjaya menjadi Menteri Besar Kelantan akan disanjung tinggi memandangkan Kelantan merupakan satu-satunya ‘negara’ pemerintahan Pas.


Bagi merebut jawatan MB itu maka wujudlah 2 kumpulan di dalam kepimpinan Pas Kelantan. Nyata perpecahan yang semakin ketara di dalam Pas Kelantan seolah-olah mendapat restu Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat apabila beliau sendiri seperti memberi sokongan kepada salah satu kumpulan tersebut.


Cuma, sementara menunggu Pilihanraya Umum ke-12, Nik Aziz berada di dalam situasi berhati-hati supaya sokongan beliau terhadap kumpulan yang diterajui Husam Musa tidak dihidu oleh kumpulan Takiyuddin Hassan dan akan menyebabkan keadaan lebih huru-hara dan tidak terkawal.


Husam Musa dan Takiyuddin Hassan merupakan pemimpin muda yang berpendidikan tinggi, juga nama yang disebut-sebut sebagai pengganti Menteri Besar Kelantan jika Pas sekali lagi memerintah Kelantan. Pemimpin lama yang sedia ada seperti Abdul Halim Abdul Rahman, Ahmad Yakob, Buni Amin Hamzah dan lain-lain bukan lagi pilihan Nik Aziz dan penyokong Pas sebagai pengganti MB Kelantan.


Dalam usaha kedua-dua kumpulan pemimpin muda itu menjual diri masing-masing agar dilihat sebagai layak menggantikan MB Kelantan, pelbagai cara telah dibuat.


Husam Musa dengan lagak YB muda dan berfikiran moden telah mewujudkan blognya sendiri. Beliau sentiasa menonjolkan diri dalam isu-isu yang ditimbulkan oleh penulis dan pemilik blog, seolah-olah menyokong walaupun ia menghina agama, bangsa dan negara waima Yang diPertua Agung seperti kes Raja Petra Kamarudin dan Namewee.


Takiyuddin pula menjual diri dengan mewujudkan sebuah syarikat percetakan dan menerbitkan sebuah akhbar tabloid yang dikenali WASILAH. Akhbar yang menceritakan dan menokok tambah kehebatan beliau sebagai wakil rakyat. Akhbar yang menjual Takiyuddin kepada rakyat Kelantan.


Takiyuddin turut menjual diri melalui penubuhan blog tetapi tidaklah sehebat Husam kerana Husam sendiri telah dianugerahkan “Newsmaker of the Year 2003” oleh malaysiakini.com, sebuah blog yang menghina kerajaan Malaysia.


Namun, promosi Takiyuddin tidak sehebat Husam kerana disamping promosi yang dicipta oleh diri sendiri, Husam turut dipromosi oleh Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Kalau tidak, takkanlah Husam Musa yang hanya sebagai Exco dan mempengerusikan Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat telah dilantik oleh Nik Aziz sebagai jurucakap dalam segala isu di Kelantan termasuklah isu kesihatan Nik Aziz. Perlantikan beliau sebagai jurucakap telah menjadi tanda tanya serta mendapat tentangan dari beberapa pihak dikalangan Exco Kelantan sendiri.


Keadaan sebegini jelas menunjukkan bahawa Nik Aziz sengaja ingin menonjolkan Husam kepada rakyat dan seluruh warga Pas Malaysia bahawa Husam merupakan calon terbaik untuk menggantikan tempat beliau di Kelantan.


Husam juga telah diberikan kerusi yang selamat iaitu di DUN Kijang agar Pilihanraya Umum nanti kedudukan Husam tidak akan tergugat berbanding dengan Takiyuddin di DUN Bunut Payong.


Kerusi DUN Kijang tidak begitu panas kerana pemimpin-pemimpin pembangkang (BN) di Pengkalan Chepa dikatakan tidak begitu kuat disamping Parlimen Pengkalan Chepa itu sendiri merupakan kubu kuat Pas.


Manakala kerusi DUN Bunut Payong yang diduduki oleh Takiyuddin boleh dianggap panas dan boleh menggugat kedudukan YB tersebut bila-bila masa sahaja. Kedudukan yang tidak selamat boleh menjamin bahawa Takiyuddin tidak akan dilantik sebagai MB.


Sebenarnya Nik Aziz yang dinasihati oleh Husam sebagai Setiausaha Akhbar dan kemudian Setiausaha Politik beliau sebelum ini, sudah lama menyusun strategi sebegini. Namun, perkara ini tidak disedari oleh sesiapa pun melainkan kroni-kroni Nik Aziz dan Husam Musa.


Sama ada Nik Aziz atau Husam Musa, mereka sungguh bijak menggarap cerita. Memburukkan BN dan UMNO bahawa parti keramat ini terlalu banyak kronisme, nepotisme, rasuah dan lain-lain. Tapi sebenarnya sudah nyata lagi bersuluh bahawa mereka lebih teruk daripada BN dan UMNO yang dituduh.


Berwatakkan ulama’ tapi bersifatkan munafik. Menipu dan berlakon untuk meraih sokongan tanpa mempedulikan hukum. Adakah ini yang dikatakan kepimpinan yang akan menggantikan kepimpinan BN sekarang? Adakah kepimpinan sebegini yang akan menerajui Malaysia sedangkan mereka sudah jelas tidak mampu dan tidak layak untuk menjadi lebih baik daripada kepimpinan Negara yang sedia ada? Menggunakan penipuan dan lakonan untuk menerajui Negara. Menggunakan taktik kotor lagi jijik dengan niat mengkuburkan sesama pejuang semata-mata untuk mencapai impian dan memenuhi nafsu bagi mendapat kuasa.


Ternyata bahawa sama ada Husam Musa atau Takiyuddin Hassan sememangnya tidak layak untuk menggantikan tempat sebagai MB Kelantan kerana daripada cara menjual diri masing-masing, mereka berebut kuasa hanya untuk kepentingan diri sendiri. Tambahan pula pemilihan tersebut daripada restu Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang sudah tua lagi nyanyuk!

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    perantau said,

    Husam @ Taki…semuanya gila kuasa dan gila glamor….Nik Aziz plak reti dengar cakap jer….dh tkleh nk pikir sbb dok pikir masalah sendiri yang x settle2

  2. 2

    zueusoff said,

    Makyong !! How long it has been since your last solah ??

  3. 3

    zueusoff said,

    Ya Allah Ya Tuhanku! Ampunilah segala dosaku dan kedua orang tuaku, segala kaum muslimin dan muslimat serta kau kurnikanlah kemenangan kepada semua pejuang islam dalam pilihanraya ini dan hancur leburkanlah musuh-musuh Islam serta pakatan mereka. Butakanlah mata sekelian pengundi hantu janganlah mereka nampak kecuali Bulan Purnama.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: