PRU 12 – PAS GEMENTAR

Oleh makyong


Hari ini, agaknya undang-undang baru akan diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan. Warga asing sama sekali tidak dibenarkan memasuki Kelantan. Patutlah sampai sekarang Kelantan tak maju disebabkan oleh mentaliti pemimpin Pas Kelantan yang sentiasa takut pada bayang-bayang sendiri.

Katanya, kumpulan lelaki asing itu diketuai seorang lelaki yang mendakwa dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan dirinya sebagai Mansur dipercayai sedang mendaftar warga asing itu sebagai warga negara Malaysia. – harakahdaily.net  23 Ogos 2007

Artikel  harakahdaily.net ada mempersoalkan mengenai motif 70 orang lelaki warga asing ke JPN Kelantan. Menyedapkan lagi artikel tersebut, ditambah pula dengan kenyataan Mohd Adzha Ismail bahawa kehadiran warga Burma tersebut adalah untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia.

Nak kata orang Pas bodoh, ada juga yang berpendidikan tinggi. Nak kata orang Pas tak tahu undang-undang negara, semua ahli Pas tu orang Malaysia. Tapi, walaupun orang Malaysia tak semua yang tahu prosedur kewarganegaraan Malaysia tambahan pula orang-orang kampung seperti Mohd Adzha Ismail.

Bukanlah Mohd Adzha yang hendak dipersalahkan kerana segala tindakan beliau tentunya didalangi oleh seseorang. Tapi, tak sangka rupa-rupanya penulis harakahdaily.net adalah penyokong Pas yang bukan dari kalangan penulis profesional, menulis membabi buta, tidak menyiasat tentang kebenaran kenyataan Mohd Adzha.

Seorang lagi penduduk tempatan, Raja Roslan Raja Yaacob, 29 yang kebetulan berada di pejabat JPN mendakwa beliau melihat kumpulan warga asing itu dirakam wajah mereka oleh kakitangan JPN seperti hendak membuat kad pengenalan. . -harakahdaily.net  23 Ogos 2007

Kenyataan Raja Roslan Raja Yaacob, yang juga diterima pakai oleh harakahdaily.net pula; SEPERTI HENDAK MEMBUAT KAD PENGENALAN, menunjukkan perkara itu tidak sahih dan hanya tanggapan Raja Roslan turut digunakan konon-kononnya untuk memperkuatkan lagi artikel tersebut.

Tahukah penulis harakahdaily.net bahawa untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia, ia amat sukar sekali jika dibandingkan untuk mendapat kerakyatan negara-negara lain. Selain daripada perlu menetap di Malaysia melebihi 10 tahun tanpa kembali ke negara asal, mereka yang ingin menjadi warganegara Malaysia juga perlu menjalani beberapa prosedur yang akan mengambil masa beberapa bulan dan boleh mencapai ke angka tahun.

Betapa bodohnya penulis harakahdaily.net yang tidak mengetahui bahawa Jabatan Pendaftaran Negara bukan sahaja tempat membuat kad pengenalan (warganegara) tetapi pendaftaran-pendaftaran lain seperti PR (permanent resident). Taraf penduduk tetap (PR) tidak membolehkan atau membenarkan seseorang itu mempunyai hak untuk mengundi.

Takkanlah sehingga ke tahap itu Pas menggelabah untuk menghadapi pilihanraya umum sehingga tidak dapat berfikir dengan waras terutama perkara-perkara yang sudah diketahui umum seperti fungsi JPN.

Takkanlah sehingga ke tahap menunjukkan bahawa penulis harakahdaily.net serta pemimpin-pemimpin Pas itu terlalu bodoh sehingga tidak memahami fungsi dan tugas JPN serta KDN?

Advertisements

2 Respons so far »

  1. 1

    liPAS said,

    cepatnya Pas melatah……rakyat dah tahu bahawa Pas begitu takut untuk menghadapi pilihanraya umum tapi takkanlah sampai perkara yang belum tahu hujung pangkalnya pun nak dijadikan isu….

  2. 2

    rickset said,

    mg ni lipah….org kate gitu gning mg aggup skmo…hari ni terbukti doh rakyat lebih suke pembangkang dari kerajaan…mg patut sedor r….


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: