AKADEMI PENCERAMAH PAS

Oleh baldu_biru

Afundi… Afundi…Afundi…mungkin satu hari nanti Malaysia akan dikejutkan dengan satu program realiti Pas. Pas yang kini sudah ketandusan penceramah-penceramah politik dan pentas ceramahnya sudah mula tidak dapat menarik perhatian ribuan masyarakat umum. Pas yang dulu cukup gah bersuara dengan lantang melalui ceramahnya, kini sudah mula longlai dan semakin hilang taringnya.

Dengar khabarnya, Pas ingin mengrekrut semula barisan penceramah-penceramah berwibawa dan membawa ke seluruh pelusuk negara untuk mencari kembali populariti murahan yang semakin hilang. Adakah Pas akan menubuhkan satu akademi untuk mengrekrut penceramah-penceramah mereka? Adakah penceramah-penceramah Pas ini akan diberi didikan dan ajaran bagaimana untuk menfitnah, menghina dan mengutuk kepimpinan kerajaan masa kini?


Jika kita teliti dengan jelas, Pas hanya menggunakan ceramah mereka untuk kepentingan parti. Di manakah janji Pas yang selama ini berjuang untuk Islam. Apakah cukup dengan ceramah sahaja, sudah membuktikan Pas berjuang untuk Islam.


Sebenarnya masyarakat kini sudah lali dengan ceramah-ceramah Pas. Selain bertujuan untuk mencari keahlian baru dan menegakkan kebenaran parti, rupa-rupanya ada udang disebalik batu, dimana disitulah juga derma ikhlas akan dikutip. Kononnya derma ini untuk jihad.


Dalam usaha mencari sokongan daripada rakyat, Pas cenderung mengambil jalan singkat yang tidak bermaruah untuk menarik sokongan rakyat terhadap mereka. Pas tidak dapat memisahkan atau membezakan antara memperjuangkan matlamat parti atau mencapai kemenangan semata-mata.


Sebagai contoh, pernah diantara ahli parti Pas suatu masa dulu memanipulasi tafsiran Al-Quran sehingga keluar dakwaan bahawa ahli-ahli UMNO-BN itu adalah kafir, sembahyang berimamkan orang UMNO-BN tidak sah dan nikah dengan menggunakan imam kerajaan juga tidak sah. Ini diakui sendiri oleh pemimpin Pas, Nik Aziz. Ini semua dilakukan semata-mata untuk menanamkan rasa benci kepada parti UMNO-BN. Mereka menggunakan agama bagi menakut-nakutkan orang ramai dari menyertai atau menyokong UMNO-BN.


Sebagai sumbangan kepada Islam, Pas boleh membuat pelbagai cara contohnya dengan membina sebanyak mungkin masjid untuk kemudahan dan keselesaan umat Islam di Malaysia. Tetapi perkara ini tidak pernah diberi keutamaan oleh Pas kerana ia tidak meningkatkan kepopularan parti itu dikalangan rakyat.


Maka dengan itu, Pas sengaja mencari perkara yang jelas tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan seperti perlaksanaan hukum hudud dan Negara Islam secara mutlak. Malah bekas pemimpin Pas, Allahyarham Fadhil Nor sendiri mengakui perlaksanaan secara mutlak Negara Islam bukanlah boleh dibentuk dalam masa yang singkat.


Tambahan pula Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Disamping itu Malaysia juga mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Walaupun begitu, Islam tetap agama persekutuan dan orang Islam juga yang menjadi Ketua Negara. Ini sudah melengkapkan syarat-syarat sebuah negara Islam.


Namun, terdapat juga ahli parti Pas yang ikhlas memperjuangkan Islam. Mereka tidak mementingkan kemenangan sebaliknya mahu Islam itu tersebar dan dihayati oleh manusia.


Sebenarnya seorang manusia yang beriman dan bertakwa, tidak akan mengira parti yang disokong. Apa yang penting menegakkan agama dan perlaksanaan yang mana mempraktikkan hukum Allah seperti hudud tercapai cuma, cara dan pendekatan ke arah untuk mencapainya saja mungkin berbeza.


Malah pada zaman Khalifah Omar pun, hukum hudud potong tangan telah ditangguhkan buat sementara kerana keadaan tertentu yang tidak mengizinkan. Oleh itu perlaksanaan hukum hudud bukanlah keutamaan kalau suasana tidak mengizinkan.


Pas juga menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat untuk menarik sokongan orang ramai, apabila mengatakan sesiapa yang menyokong UMNO-BN boleh menjadi kafir, murtad dan sebagainya. Bagi mereka yang kurang ilmu di dada ataupun yang mudah terpengaruh, pastinya dengan mudah terpengaruh dakyah mereka ini.


Pernah di suatu masa dulu bila kerajaan pimpinan BN menubuhkan Bank Islam, maka kedengaran komen parti Pas mengatakan membina Bank Islam di negara ini samalah seperti memasak daging halal bersama daging babi. Walaupun parti Pas adalah dikatakan pendokong Islam tetapi kerana takutkan rugi dari segi sokongan politik mereka tetap memperlecehkan usaha kerajaan BN untuk mewujudkan Bank Islam yang mengamalkan penyelarasan kewangan secara islamik.


Pas yang dikatakan memperjuangkan agama juga bertindak dengan cara yang tak bermaruah yang tak selaras dengan nilai Islam. Jadilah politik mereka sebagaimana dikatakan bertopengkan agama. Kita sendiri boleh menilai sejauh mana kepimpinan Pas selama ini.

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    anok_kelate said,

    hahaahhahha dh ketandusam idea puak2 pas nih……pasni kita tgk ler saper jd juara APPas (kalu ore kelate maksud hampas)


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: