KELANTAN DIHANTUI LEMBAGA

Oleh makyong

Semakin lama kepimpinan Pas Kelantan semakin menampakkan kepincangannya. Sikap ‘buat-buat’ yang ditunjuk oleh pemimpin kerajaan Pas Kelantan sudah tidak mampu disembunyikan lagi. Mereka sudah menunjukkan sikap sebenar dan sudah tidak mampu untuk terus melakonkan sikap ‘buat baik’, ‘buat jujur’, ‘buat ikhlas’, ‘buat alim’, ‘buat sopan’, ‘buat senyum’, ‘buat prihatin’ dan bermacam-macam ‘buat’ lagi termasuk seperti yang dikatakan oleh orang Kelantan, ‘buat cakna’.

Jelas segala apa yang pemimpin Pas Kelantan laksanakan hanyalah untuk mendapatkan undi kerana mereka langsung tidak menjaga sensitiviti rakyat terutama orang Islam di Kelantan. Disebabkan undi adalah segala-galanya bagi mereka, maka tidak hairanlah mereka akan memberi apa sahaja walaupun terpaksa menggadai negeri!


Mereka sanggup menjual tanah rakyat, mereka sanggup menutup periuk nasi rakyat (terutama orang Melayu) dan mereka sanggup menjadikan Kelantan tempat berhimpunnya segala patung-patung sembahan sehingga ada yang dianugerahkan PATUNG KEDUA TERBESAR DI DUNIA! Bangganya Nik Aziz dan pemimpin kerajaan Kelantan yang lain kerana patung-patung di Kelantan juga dianugerahkan PATUNG TERBESAR DI ASIA dan PATUNG TERBESAR DI ASIA!


Tidak salah menghormati agama lain malah dalam Islam pun menggalakkan kita menghormati sesama manusia walaupun berlainan kepercayaan. Tetapi biarlah kena pada tempatnya, biarlah kena pada motto negeri, biarlah kena pada Perlembagaan Negara.

Takkanlah disebabkan terlalu menghormati agama lain maka keperluan agama sendiri diabaikan. Tidak pula pemimpin kerajaan Pas Kelantan memperbanyakkan masjid-masjid yang besar lagi indah dan selesa agar orang-orang Islam dapat beribadat dengan hati yang senang dan khusyuk. Masjid-masjid besar yang ada sekarang pun seperti Masjid Besar Kota Bharu, Masjid Besar Pasir Mas, Masjid Besar Gua Musang, Masjid Besar Kubang Kerian adalah hasil usaha dan peninggalan pemimpin BN. Kalau ia hasil usaha Pas sudah tentu ia akan dicat warna hijau sebagaimana Pas mengarahkan agar semua masjid-masjid dan surau yang sudah sedia ada di kampung dengan warna hijau.

Sebuah negeri yang dikatakan melaksana pentadbiran dan perundangan berlandaskan Islam atau Al-Quran dan As-Sunnah berjaya mencipta sejarah sebagai negeri yang mempunyai Patung Sembahan Terbesar Yang Terbanyak, bukannya Masjid Besar Terbanyak atau Masjid Terbesar atau Masjid Tercantik atau sekurang-kurangnya Masjid Terbersih! Kalau tidak pun mungkin berusaha mencipta sejarah sebagai Bandar Zero Maksiat!


Seperti yang dikatakan sebelum ini, pemimpin kerajaan Pas Kelantan hanya berpura-pura dihadapan rakyat kerana undi. Kalau benar mereka ikhlas untuk mengembangkan syiar Islam, pastinya mereka menyediakan kemudahan beribadat yang lebih selesa bagi orang Islam dan dibina di kawasan yang menjadi tumpuan agar senang untuk beribadat tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kerajaan Pas Kelantan telah membenarkan agama lain membina tempat ibadat yang besar dan dipenuhi patung-patung sembahan di kawasan tumpuan dan berada di tepi jalan utama!


Tidak hairanlah kalau selepas ini dalam keadaan Pilihanraya Umum makin dekat, kerajaan Pas Kelantan sekali lagi menukar mottonya kepada KELANTAN : NEGERI SERAMBI PATUNG agar mendapat undi daripada pengundi yang bukan beragama Islam pula.


Sesungguhnya Rasulullah telah memerintahkan ‘Ali bin Abi Thalib dengan sabdanya: “Jangan engkau biarkan sebuah patung pun kecuali engkau hancurkan dan jangan pula engkau biarkan kuburan yang ditinggikan kecuali engkau ratakan (dengan tanah).”

patung_kelantan.jpg

Patung-patung yang dibangunkan lebih hebat dari pembangunan masjid-masjid di Kelantan

img_2807.jpgimg_2806.jpg

Tempat ibadat (bukan Islam) yang didirikan di kawasan tumpuan orang ramai, tepi jalan utama

Advertisements

18 Respons so far »

  1. 1

    Persiapan said,

    😆
    Salam Kenal dari Indonesia ❗

  2. 2

    kuntakinte said,

    Wow, nampaknya pembangunan yang di bawa Pas mengkagumkan sehingga menarik perhatian saudara dari Indon….

  3. 3

    aku said,

    ko g blajar agama dulu ngan tok guru…nmpk sgt ilmu x de… org fikiran sempit mcm ko lah myebab nya blaku perbalahan kaum dan agama…

    x payah dok jg pgampu umNO sgt gak weh…malu skit gak

  4. 4

    hamPAS nyior said,

    hahahhahha si katak bawah tempurung nk ajar org soh g blaja agama dgn tok guru…tok guru mana? tok guru pas??? kalo tok guru pas baik tkyah sbb mesti dier akan kata yg baik2 jer pasal perbuatan pasa walaupun salah..

    apa kata ko yg gi blaja kat mana2 tak kira tok guru ker, cikgu ker pasu jgn lupa tgk berita kat tv dan baca suratkhabar supaya ko tahu perkembangan semasa

  5. 5

    hafiz said,

    saudara, apa keperluan untuk mendirikn masjid yg besar? masjid yang cantik?
    jika kebesaran dan kecantikan masjid itu hanyalah 2 saf makmum setiap waktu solat jemaah.

  6. 6

    MOHD ROZAIAN BIN HUSIN said,

    betapa bangganya menjadi anak kelantan.negeri bersandarkan ajaran islam,negeri maju dan cantik sekali.keindahan negeri,budaya dan sikap rakyatnya memantapkan lagi kelantan sebagai sebuah negeri yang terbilang dan unggul

  7. 7

    MUHAMMAd RABBANi said,

    pada bulan puasa masjid besar x penuh masa solat terawikh.. khemah pas penuh lak kat stadium…. baek korang robohkan suma masjid.. xyah ada masjid.. solat dalam khemah suma.. banggang bin bodoh.. patung2 zaman BN mana leh dapat tinggi dari kubah masjid. Dapat je kat PAS. dah lagi tinggi dari kubah masjid..Negeri kelantan Serambi mekah kepala korang. patung2 lagi menyerlah dari masjid. kelantan negeri sami boleh laa.

    Orang PAS suma otak ijau cam lumut-lumut.. Korang leh lawat kawasan TUMPAT , tempat aku lahir.. PAtung Lagi banyak dari masjid.. patung lagi tinggi dari masjid. kawasan ibadat diorang lagi besar dari kawasan masjid..

    xyah laa jadi negeri islam.. pirahhh!!!

  8. 9

    sengalnyekamu said,

    sengalnye kamu wahai saudara
    patung itu bukanlah patung2 baru didirikan, tetapi dari zaman dahulu kala..
    dikala Siam,lepas tu Thai menjajah Kelantan..(Siam dan Thai dua tamadun lain)
    dan saudara..setakat mendirikan sebuah rumah agama utk bangsa lain beribadah adakah salah..itulah nama die demokrasi..kebebasan beragama..bukankah dahulu kala pun Nabi s.a.w mengharamkan rumah ibadah agama lain dirobohkan..

    harap saudara bertaubat tidak lah memburukkan saudara seIslam anda..sekian saudara terima kasih

  9. 10

    Qoim said,

    hah..sengal..sengal..patung pun jadi isu ke..apee la…diorang buat patung utk diorang sembah..ko tak yah bising2 kat sini..kalo org kelantan yg sembah mmg la salah..sengal..yg kat batu caves tu tak nampak pulak..sengal..

  10. 11

    J-RUL said,

    hmmm….lau ilmu tu xckup jgn sdap2 je p merapu….Allah swt pun amt murka lau org suka fitnah…lau ko nk taw dosa fitnah tu lg besar dr dosa mmbunuh…baek ko brtaubat la…kiamat pun da xlama da…ade ke Allah swt suruh kita org islm hapus kn agam laen????islam tdk pernah memaksa…itu hak dye…kte sbgai org islm xboleh mnghalang diorng mngamal kn kprcayaan mereka selagi itu tdk mnggangu org len or agama islam…dr ko duk fitnah ak nsihatkn ko kembali la pd jln yg benar…iaitu bertaubat lah sblm trlambt….dunia nie bkn abadi…akhirt lah yg kekal abadi…lau ko ase ko ske dk dlm neraka buat slame2nye ko truskn lah…

  11. 12

    izza said,

    tMpt dImana bUmi aku BerPijak SekaranG terLalU bYk mASjiD Yg GAh…Cantik…MoDEn….tP ssH nK tgK diPenUhI rAmai oWg…
    kNApe pAtung kt KLantaN je namPAk..kt TmpT laiN xNAmpak kE…????
    kPd saPe2 Yg mGutuk KlaNtan tu cpT2 la TAubaT…sBelum Smpai kE HujuNg nYAwa…

  12. 13

    along said,

    kecek dok sahut nga akal… ginih laa.. ore piyoh atah palo nga eambut jutaa… ore jd tok imey nga ore smaye sore dumoh, ore pakai juboh sokmo nga ore pakai sluar jin n kot, bilo otok senok ,sumbat napok hok buruk jah… ore melayu otok sumbat klu bak2 agama.. igt etek kito nih … alim sgt korr nok kato ore hok ado agamo.. kito asa pong dok cukupp….

  13. 14

    dinpokai said,

    salam, nak tanya sikit saudara ni tumpat kat mana??? kalau saudara ada akal yg waras jangan pertikaikan kebebasan beragama. apa saudara lupa kepimpinan Rasul ? … apa saudara fikir keagongan negara islam ketika di bawah kepimpinan Rasul? ….. jangan cakap kalau takde ilmu saudara. buat malu ore tumpat jah…..

  14. 15

    mais kedah said,

    agama dan politik adalah dua perkara yang berbeza.. patung kat klantan pun tak berkaitan dgn rumah ibadat agama lain. malah patung tersebut tak main politik n makan rasuah dah tak bergerak untuk memusnahkan kediaman n rumah ibadat orang yang berlainan agama dgnnya.. jadi kenapa salahkan patung? kat kelantan aman damai di bawah pimpinan tok guru. islam dan bukan islam semua hormat tok guru.. Orang BN nak pancing undi pun jangan la guna unsur perkauman dan agama…(atau ini memang cara BN memecah belahkan islam dan bukan islam demi undi?

  15. 16

    UMNO PUKI said,

    BODOH!! PERGI HISAP KONEK BAPAK KAU LA PUKI!! Patung lord murugan kt batu caves tu lg besau. patung kedua trbesar kt ASIA?? KIMAK MANA KO DPT INFO SUME?? Penah baca buku x JUBOR???? ORG RACIST X BEROTAK CAM KO NI PATUT MATI KNA SALIB Je… Pstu bg puak2 UMNO smbah ko…

  16. 17

    Zonn said,

    Sorry to disappoint you, bro, tapi takdak pulak patung2 kelantan yg ko bangga2kan tu kat dalam senarai ni: http://www.environmentalgraffiti.com/featured/biggest-buddhas-on-earth/17118

    haih… kalau patung kat kelantan tu nombor dua terbesar di dunia, maksudnya patung Jesus kat Brazil tu takde la besar mana ek? nampak cam besar nak mampos dalam TV!

  17. 18

    Admin lapa soho…phuii…xsoh dok cetus perbalahe agamo la nate admin bengong


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: