KELANTAN TERUS MEMBANGUN…ALA PAS

Oleh makyong

KOTA BHARU, KOTA BUDAYA
WARISAN ASLI TURUN TEMURUN……

Itulah dua baris lirik sebuah lagu dikir barat yang menceritakan keindahan Kota Bharu yang amat popular pada suatu ketika dulu sehingga seluruh rakyat Malaysia turut menjadikannya sebagai siulan. Ia juga dijadikan motto bandar Kota Bharu ketika itu; Kota Bharu Kota Budaya. Amat tepat dengan mottonya kerana segala warisan nenek moyang masih lagi dipertahankan oleh kerajaan negeri ketika itu.

Apabila kepimpinan bertukar daripada pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada Pas, motto yang lama ditukar menjadi Kelantan : Negeri Serambi Mekah. Motto ini digunapakai oleh kerajaan negeri ketika itu bagi menunjukkan kepada seluruh negara bahawa Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang segalanya berpandu dan berunsurkan Islam sama ada pentadbiran, aktiviti apa-apa perlaksanaan. Motto itu jugalah yang memberi keberanian kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, membuat kenyataan bahawa jika Rasulullah s.a.w masih lagi hidup, sudah pasti Baginda memilih Kelantan sebagai tempat tinggal Baginda kerana Kelantan umpama Mekah!


Kerajaan Pas Kelantan kemudiannya sekali lagi menukar mottonya iaitu Kelantan : Membangun Bersama Islam. Motto itu adalah semata-mata untuk memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaan negeri akan terus membangunkan Kelantan dengan cara Islam. Pembangunan Islam ala Pas itu adalah dengan cara menjual tanah rakyat kepada bangsa asing, membenarkan bangsa asing membina bangunan seperti pusat membeli-belah dan sekaligus menutup periuk nasi peniaga-peniaga Melayu kerana ia dibina di atas tapak yang dikuasai oleh peniaga Melayu dan penjualan kawasan balak di hulu Kelantan bagi menambah tabung parti Pas Kelantan dan poket pemimpin kerajaan Pas Kelantan.


Tahun 2005 sekali lagi rakyat Kelantan diangkat dengan satu perasaan ‘bangga’ apabila kerajaan Pas Kelantan menukar mottonya iaitu Kota Bharu-Bandaraya Islam. Seluruh bandar telah diubah agar motto itu disokong oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan bangsa.


Bangunan-bangunan mula menampakkan ciri-ciri keIslaman seperti mengecat semula pagar Majlis Perbandaran Kota Bharu yang turut ditukar nama kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dengan corak seni islamik. Pintu-pintu gerbang ditukar kepada ukiran yang bermotifkan keIslaman, mercu tanda bandar Kota Bharu juga menampakkan ia sebuah bandaraya Islam iaitu ukiran rehal. Sokongan rakyat juga jelas kelihatan apabila semua bangunan perniagaan diwajibkan melekat stiker Kota Bharu-Bandaraya Islam atau jika melanggar arahan tersebut maka peniaga berkenaan akan dikenakan saman!


Namun apa yang dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan hanyalah untuk pandangan luaran dan secara fizikal sahaja. Ia dilakukan bagi menutup mulut rakyat Kelantan daripada mengungkit tentang janji Pas untuk mentadbir Kelantan berlandaskan Islam.


Hakikatnya Pas Kelantan hanya cuba untuk memperbodohkan rakyatnya. Tapi bukan semudah yang disangka kerana rakyat Kelantan bijak menilai antara kaca dan permata.


Rakyat Kelantan tidak lagi buat-buat tidak nampak apabila bandar Kota Bharu yang menjadi tumpuan bukan sahaja rakyatnya malah pelancong luar dan dalam Malaysia, dipenuhi dengan tikus-tikus yang saiznya lebih besar daripada seekor anak kucing! Bukankah kehadiran tikus-tikus tersebut menandakan kawasan tersebut kotor? Apakah itu yang dimaksudkan oleh Pas melaksanakan pentadbiran yang berlandaskan Islam? Bukankah Islam bersih dan suci bukannya kotor ataupun busuk?


Lebih menghairankan lagi rakyat Kelantan, apabila kerajaan Pas Kelantan menutup salah satu jalan utama berhampiran stesen bas Kota Bharu. Ia amat menyusah serta menyulitkan rakyat kerana terpaksa menggunakan laluan yang lebih jauh untuk kesatu-satu tempat sekitar jalan tersebut. Apabila dipersoal mengenai penutupan jalan tersebut, rakyat dimaklumkan bahawa kerajaan negeri ingin menyediakan tempat beribadat terbuka yang digunakan untuk solat terawikh di bulan Ramadhan.


Alhamdulillah, baguslah kalau niatnya ikhlas dan perancangannya teratur. Tetapi Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Niat sebenar pemimpin kerajaan Kelantan tidaklah seikhlas yang dilakonkan dihadapan rakyat. Mereka membinanya hanya untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Pas telah membuktikan janjinya mentadbir secara Islam. Tetapi disebabkan hati mereka hanya dipenuhi dengan niat untuk menunjuk-nunjuk maka perancangan pun dibuat secara lewa. Tempat ibadat terbuka yang hanya digunakan setahun sekali (bulan Ramadhan) akhirnya menjadi tempat remaja-remaja yang kebanyakannya remaja Melayu (Islam) melepak dan membuat maksiat kerana tiada pemantauan dan penjagaan berterusan di ‘tempat ibadat’ tersebut. Adakah menyediakan kemudahan yang akan melalaikan umat Islam dan meningkatkan maksiat merupakan pentadbiran Islam yang diwar-warkan oleh Pas?

Apakah begini yang dikatakan pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah?


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya.”

Riwayat Abu Daud

Renung dan fikir-fikirkanlah maklumat yang disampaikan. Bukan niat untuk mereka-reka cerita tapi itulah kenyataannya. Ikuti sambungannya di lain artikel….

Advertisements

7 Respons so far »

  1. 1

    liPAS said,

    rakyat Kelantan perlu pikir masa depan anak cucu di Kelantan. jgn hanya fikir kepentingan sendiri…

    rakyat Kelantan sepatutnya dari dulu lagi sudah tahu bahawa Pas adalah parti yg tidak relevan!

  2. 2

    CapLock said,

    PAS tak bagus, UMNO pun tak bagus. Dua-dua politik kotor. Nak memecahbelahkan orang islam adalah. PAS dengan tidak relevannya. UMNO dengan rasuah-rasuahnya.

    Hoi!, baliklah..dah senja dah ni. Pegi mandi.

  3. 3

    tasneem said,

    engkau lagilah tak relevan. masa ni Dataran MPKB org dah tak lepak dah pasal ada projek tgh jalan kat situ. nak kutuk kelantan tp tak ikuti perkkembangan. ape ke bangang ke engkau ni???

  4. 4

    makyong said,

    tasneem…..apa yang saya tulis adalah tindakan Pas yg tidak fikir akibatnya atas apa yg mereka lakukan. kalau nk try n error pun fikr2 jugalah risikonya…

    saya tahu sekarang ni ada 1 projek sedang dijalankan tapi projek apa dan siapa????

  5. 5

    aku said,

    umNO lg x releven…rasuah mcm makan nasi…smp ke hakim pun rasuah… mmg bagus la umNO nie sejak merdeka 50 tahun…

    bagus gila…

  6. 6

    hamPAS nyior said,

    aku rasa si ‘aku’ nih frust sebenarnya sbb pak lah tgh operasi bersihkan rasuah…..frust dier dh tkleh nk merasuah sbb tu dr td dok sebut pasal rasuah…

    ko nih mesti tatau perkembangan semasa pasal pembersihan rasuah nih sbb tu ko bru tau dan baru frust sbb dh tkleh nk g merasuah

  7. 7

    aku rakyat kelantan tidak sebodoh seperti bodohnya kepala otak mak yong dalam berhujah. Habis yang pas buat atas nama kerajaan negeri dicaci, inilah kepala otak umno bila rasa jadi pembangkang, baru tahu selama ni duk buruk-burukkan pas sebagai pembangkang yang kerjanya membangkang. So masuk bakul sendiri mau angkat ka


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: