Nilai perjuangan Islam PAS – MASJID makin UZUR, BANGUNAN Pas GAH

2827.jpg

Antara masjid uzur yang merentangkan kain pemidang untuk mengutip derma kerana Kerajaan Pas gagal menunaikan tanggungjawab terhadap rumah Allah.

Slogan ‘KEPULANGANMU, KEBANGGAANKU’ yang dipamerkan pada papan tanda besar yang tertera gambar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya sudah lama dibuang.

Ini kerana ianya terlalu memalukan rakyat Kelantan khususnya yang berada di perantauan. Sekaligus memperlihatkan, Kerajaan Pas hanya asyik berkhayal dengan slogan tetapi gagal untuk memakmurkan negeri ini.

Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat kerana Kerajaan Pas terbukti gagal dalam pemerintahan mereka setelah diberi peluang mentadbir negeri selama lebih 16 tahun.

Beberapa fakta di bawah membuktikan kegagalan Kerajaan Pas memerintah negeri. Banggakah pemimpin Pas bila…

Kebanyakan masjid masih lagi berada pada tahap yang uzur, buruk dan tidak terjaga.

– Ada masjid yang masih terbengkalai kerana tidak ada duit untuk disiapkan oleh pihak berwajib. Memang rakyat digalakkan memberi derma kepada masjid, tetapi kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan.

– Rakyat di negeri ini khususnya yang berada di luar Kelantan malu bila rumah Allah tidak diberi perhatian utama oleh Kerajaan Pas. Ini membuktikan Pas berbohong untuk mendaulatkan Islam.

– Dalam masa yang sama, Pas tetap memperalatkan masjid untuk mengekalkan pengaruh mereka di negeri ini. Tak cukup dengan penceramah Pas tempatan, parti itu mengimport penceramah Pas dari luar Kelantan seperti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berceramah di masjid yang uzur (bocor) semasa hari kebesaran Islam. Tak malukah pemimpin Pas dengan tindak tanduk mereka itu?

Paling dikesalkan – bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama ‘cendawan di musim hujan’. Bangunan Pas seperti Putik di Pengkalan Chepa tersergam indah dan dilengkapi dengan kemudahan yang cukup selesa. Begitu juga bangunan Pas di Parlimen Ketereh dan beberapa tempat lain sudah siap dengan begitu cepat.

Di manakah Pas mendapat wang untuk menyiapkan bangunan milik parti itu?

– Rakyat Kelantan terfikir – jika Pas jujur dalam perjuangan Islam, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membina dan memperbaiki rumah ALLAH yang uzur itu.

– Hingga kini, banyak bantuan kepada masjid diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK). Malangnya, terdapat jawatankuasa masjid yang menyokong Pas tidak menghargai sumbangan tersebut.

– Padahal, kalau diharapkan kepada Pas, tentu masjid berkenaan masih berada dalam keadaan yang cukup memalukan umat Islam, khususnya rakyat Kelantan yang berada di perantauan.

Banggakah Kerajaan Pas bila makin ramai rakyat Kelantan, khususnya anak-anak muda yang menganggur? Mereka gagal mendapat pekerjaan kerana Kerajaan Pas tidak mempunyai visi yang jelas untuk mewujudkan peluang baru.

– Pemimpin Pas hanya asyik berceramah dan menaiki pentas untuk menghina UMNO tetapi mereka gagal untuk menjaga rakyat. Bila ramai yang menganggur, wujud pula pelbagai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, mencuri dan kegiatan tidak bermoral.

– Bagaimanapun, rakyat bersyukur kerana Kerajaan Pusat ‘menghadiahkan’ RM7.6 bilion dalam RMK-9 termasuk membina Universiti Malaysia Kelantan (UMK). UMK sudah pasti akan dapat mewujudkan pelbagai aktiviti ekonomi yang pesat kepada penduduk setempat.

Banggakah pemimpin Pas bila melihat tanah rakyat dijual kepada syarikat dari luar Kelantan? Kawasan hutan simpan dan balak dibolot dengan begitu mudah.

– Buktinya, tanah untuk pembukaan Ladang Rakyat dijual dengan harga yang murah dan balak diangkut sewenang-wenangnya. Peserta Ladang Rakyat disogok dengan elaun RM200 tetapi hasilnya belum diperolehi. Mana syarikat sanggup berbuat demikian jika mereka tidak mendapat untung?

– Tanah di Wakaf Che Yeh dibeli oleh MPKB dengan harga yang rendah dan baki bayaran kepada tuan punya tanah ‘ditahan’ atas alasan perundangan. Kemudian tanah itu (bangunan yang dibina) dijual oleh pemaju dengan harga yang berkali ganda sehingga tuan punya tanah membuat demonstrasi sebanyak tiga kali. Pada awalnya, MPKB dengan syarikat swasta itu berjanji untuk membina banyak kemudahan awam termasuk pasar borong, masjid, pusat tahfiz dan lain-lain. Malangnya, masjid diletakkan di lokasi belakang dan bangunan kedai bernilai lebih RM1 juta dibina di kawasan depan.

Persoalannya….

Adilkah Kerajaan Pas?

img_2812.jpgimg_2808.jpg
Bangunan Pas Pengkalan Chepa sedang rancak dibina. Dari mana mereka mendapat wang untuk membina bangunan besar dan indah dengan begitu cepat sekali?

img_2817.jpgimg_2815.jpg
Bangunan Putik milik Pas tersergam indah dengan ‘sekelip mata’ tanpa sebarang masalah.

2828.jpg2824.jpg
Pas Ketereh berjaya membina bangunan yang tersergam indah. Bagaimana dengan masjid Ketereh yang ‘selamat’ dibantu oleh Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Pas tidak berjaya ‘menyelamatkannya’.

Advertisements

8 Respons so far »

  1. 1

    liPAS said,

    pas sekarang ni tgh kumpul harta…..mereka memang dah tahu PRU nnt harapan amat tipis utk mereka nk menang….so, baik kumpul harta……rakyat buat per pikir….pasni rakyat bleh minta ngan BN plak bila BN memerintah nnt….

  2. 2

    kelate said,

    sapo kato masjid uzur??? banyok doh masjid comel srupo masjid besar pasir mas, masjid gua musang hok ore dok bereti sokmo kalu balik dari kl, masjid kecik sikit di kampung batu tinggi kok lanas…..banyok masjid comel

  3. 3

    chempaka said,

    weh kelate…..hok demo sebut tu semua nyer masjid-masjid kawasan wakil rakyat BN (UMNO). masjid besar pasir mas kawasan YB Hanafi Mamat, masjid gua musang kawasan YB Tg Razaleigh Hamzah, masjid kg. batu tinggi kawasan YB Annuar Musa……masjid-masjid kawasan w/rakyat pas pun org2 BN/UMNO jugok dok perbaharui….org2 pas buke nk caro pasal masjid….srupo kata liPAS mereka ni caro nk kumpul harta….harta persendirian dgn harta pas

  4. 4

    tasneem said,

    korg lagi teruk, runtuhkan masjid yang golongan marhaen bina? korg nk undang bala Allah Taala ke?

  5. 5

    makyong said,

    tasneem…..jgn menuduh dan menfitnah sebarangan kalau takda bukti yg kukuh disertai dgn sbb2nya….

  6. 6

    aku said,

    makyong…

    ko nie mmg la x tahu apa2… ko tahu pasal kg beremban? tahu ke tak?
    klu x tahu x payah nak tunjuk bagus sgt…

    klu puak pas dok kumpul harta nape x lapor kn BPR? stahu aku puak umNO yg rakus dok kumpul n curi duit rakyat…

    jgn dok ambik maklumat dr satu pihak je…cari n fikir guna otak..paham?

  7. 7

    hamPAS nyior said,

    hampeh ler si ‘aku’ nih…..nk tunjuk hebat ler tu…..kaloko tahu sgt cuba bg fakta yg sahih…..kalo takat dgr crita dr mulut org dan ko plak dok bwh tempurung baik tkyah ckp byk…..

    org umno kumpul harta pun melalui bisnes tp puak pas nih bisnes gak tp dok jual hak rakyat cam tanah….

  8. 8

    manikurai said,

    MARILAH MARI….. KITA MENGUNDI..
    BUANG SAJA …. KERAJAAN YANG TAK MAMPU BINA MASJID

    MARILAH MARI ….. KITA MENGUNDI
    BUANG SAJA …. KERAJAAN YANG BUAT BANGUNAN PARTI YANG GAH2

    MARILAH MARI KITA MENGUNDI
    TOLAK SAJA KERAJAAN YANG TAK BUAT GAPO SATU

    MARILAH MARI…KITA MENGUNDI
    TOLAK SAJA KERAJAAN YANG GAGAL DIRIKAN NEGARA ISLAM

    MARILAH MARI KITA MENGUNDI
    KALAHKAN KERAJAAN ……YANG PANDAI BUAT SLOGAN …HABUK PUN TARAK

    MARI LAH MARI…. KITA MENGUNDI
    KALAHKAN CALON IMPORT……MENANGKAN ANAK JATI KELANTAN


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: