HADI TIDAK DIPERCAYAI LAGI?

Oleh Al-Haq

Kalau betul tanggapan umum Abdul Hadi tidak lagi dipercayai oleh para pemimpin PAS, siapakah penggantinya? Mohamad Sabu atau Husam Musa? Atau Mahfuz Omar?


Ada alasan yang kuat mengapa penulis berkata Hadi Awang tidak dipercayai lagi……..

Alasannya beliau menyokong Hasan Shukri secara terang-terangan semasa berlawan dengan Nasharudin Mat Isa untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tahun 2004, tetapi para ahli PAS ketepikan pilihan Hadi Awang tetapi memilih Nasharudin Mat Isa.


Hadi menzahirkan rasa kecewanya tentang hal ini.


Begitu juga bila Hadi cuba menaikkan nama Mustafa Ali untuk Timbalan Presiden PAS, ia ditentang dan ditolak oleh ahli PAS dan Mustafa undur ke belakang.


Dua penglipurlara dan juga pelawak PAS iaitu Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu sudah tentulah tak masuk senarai walaupun mereka berdua adalah tukang maki hamun pemimpin UMNO dan BN bagi PAS!


Hanya seorang lagi pemimpin berwibawa PAS yang ada iaitu Ustaz Dato’ Halim Ab. Rahman pemimpin hebat PAS Pusat yang “dibunuh” oleh Husam Musa di Kelantan. Ab. Halim boleh duduk semeja bersembang dengan orang UMNO. Itulah kelebihannya.


Atau adakah PAS nak naikkan Ustaz Shaifulbahri KTM????


Sama-samalah kita intai nanti…..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: