NIK AZIZ REBAH DIPUKUL AZALINA

Oleh makyong

Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah negeri yang dipimpin oleh seorang Tuan Guru yang mempunyai pengikut fanatik di seluruh negara. Tetapi pemimpin negeri Kelantan ini terpaksa tunduk kepada seorang pemimpin wanita muda!

Satu ketika dulu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Seri Azalina Othman Said dikutuk oleh pihak pembangkang terutama PAS mengenai idea-idea beliau terhadap pembangunan belia dan sukan seperti sukan malam dan sukan untuk wanita.


Banyak pembaharuan yang dibuat oleh Azalina bagi membangunkan lagi sukan negara tetapi niat suci beliau telah dijadikan agenda politik kepada pembangkang untuk mengkritik kerajaan.


Namun, Azalina tetap dengan pendirian teguhnya mewujudkan sukan seperti sepak takraw dan seni mempertahankan diri untuk wanita tanpa menghiraukan tohmahan pihak pembangkang terutama PAS yang mempersoalkan mengenai akan hilangnya kesopanan wanita jika ia diteruskan.


Hari ini persoalan-persoalan demikian sudah beralih kepada situasi yang berbeza. Apa yang berlaku sekarang, selepas kejayaan Sukan Wanita Kebangsaan II dengan penyertaan yang memberangsangkan bagi sepak takraw wanita, PAS tiba-tiba menukar pendirian mereka.


PAS mula mengakui idea dan tindakan Menteri Belia dan Sukan mewujudkan sukan-sukan tersebut untuk wanita tidak memberi kesan negatif kepada adat budaya orang Timur apabila Nik Aziz Nik Mat (mewakili PAS) mula menyarankan wanita Kelantan untuk menyertainya.


Kemanakah hilangnya pendirian PAS yang konon-kononnya akan hilanglah kelembutan dan kesopanan seorang wanita apabila menyertai sepaktakraw, tomoi dan silat?


Ternyata PAS merasakan bahawa mereka sudah terlalu terdesak untuk mendapatkan sokongan dan undi kaum wanita Kelantan sehingga terpaksa mengubah pendirian mereka yang selama ini diada-adakan agar rakyat menampakkan bahawa tindakan kerajaan Pusat selalu salah.


Adakah PAS sudah ketandusan idea untuk membuat sesuatu yang baru mengikut trend terkini bagi mendapatkan sokongan dan undi daripada wanita muda di Kelantan?


Apa yang pasti, PAS sudah mula resah gelisah dan gundah gulana akan perubahan trend pemikiran orang muda kini kerana Pilihanraya Umum 2004 telah membuktikan mereka kalah di kebanyakkan saluran 3 dan 4 iaitu saluran pengundi muda.


Nampaknya Nik Aziz (PAS) sudah rebah hanya dengan “pukulan” seorang wanita!!!

Advertisements

4 Respons so far »

  1. 1

    mohd masri said,

    aslm wbt

    beza sbb sukan tu xterbuka utk dilihat oleh org laki.

  2. 2

    liPAS said,

    w’salam….

    terbuka ker tak tu dah jadi no.2 sbb sebagai pemimpin dia kena pikir dulu sblm buat keputusan dan bantahan atau bangkangan…..sbg contoh takkan dia dh pancung org tu baru dia nk cakap, “sepatutnya kita botakkan kepala dia jer”

    wacha….

  3. 3

    aku said,

    lipas…

    no.2…? klu gitu nak buat apa2 pun agama dok no.2 la? patut la byk sgt masalah rasuah n maksiat blaku di kalang puak2 umNO…agama dia tinggal kat umah masa dia dok buat rasuah… letak agama no.2… tp x heran la umNO kan sekular…politik suku agama suku…

    patut la bini menteri dok laga pipi ngan artis bollywood puak2 umNO senyap je…

    islam had-had hari kata kan…

  4. 4

    hamPAS nyior said,

    aku dh kata si ‘aku’ nih mmg katak bawah tempurung! lipas kp pun dier x paham…..maklum ler dier hanya amik aper yg puak pas ckp tanpa pk betul ker tak pastu masuk dlm kepala otak pastu sebarlah ikut apa yg puak pas kata……

    aku rasa si lipas tu maksudkan yg pertama sekali sbg pemimpin kena pk dulu baik buruknya nk buat sesuatu pastu lps buat keputusan baru ler buat tindakan…..

    wei ‘aku’ ko baca artikel ker tak atau ko terus buat komen atas komen???? ko nih pemalas nk membaca sbb tu ko bodoh jer dok ikut apa puak pas kata…huh


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: