APA NAK JADI……Dewan Ulama Pas ibarat tin kosong – Perwakilan

KOTA BHARU 2 Jun – Perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas kecewa dengan Dewan Ulama parti itu yang kewujudannya diibaratkan seperti tin kosong.

Wakil Perak, Misbahul Munir Masduki berkata, Dewan Ulama parti itu hanya hidup dalam kepompong mereka sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutama ketika berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan umat Islam.

“Kepimpinan ulama yang dicanang oleh parti Pas tidak harus hanya menjadi tin kosong melalui kewujudan Dewan Ulama, apabila aktiviti mereka lebih tertumpu di surau dan markas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan terima kasih ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-53 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Misbahul Munir turut membangkitkan kegagalan Dewan Ulama parti itu menyatakan pendirian serta pandangan mereka tentang pelaburan Internet sehingga ahli-ahli parti terus ternanti-nanti.

“Laman web Dewan Ulama juga tidak dikemas kini. Ulama secara individu juga tidak ada laman web yang boleh diketengahkan bagi membela isu-isu melibatkan rakyat Malaysia,” katanya.

Tegas beliau, ulama Pas perlu berperanan lebih proaktif sesuai dengan status mereka termasuk menerbitkan karya atau buku-buku ilmiah dan jurnal bagi mengupas isu-isu semasa.

Katanya, selain mencelikkan rakyat, langkah itu juga dapat menjawab banyak isu mengenai peranan Dewan Ulama yang tidak termampu dimuatkan kesemuanya dalam akhbar rasmi Pas, Harakah.

“Tidak dinafikan ada yang menjawab atas dasar individu yang menyentuh isu seperti rasuah dan sebagainya. Tetapi, Dewan Ulama perlu menghuraikan dosa rasuah dan sebagainya supaya rakyat jijik,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh Dewan Ulama Pas dalam menarik sokongan orang bukan Islam terhadap parti itu.

Sementara itu Pas Pahang mencadangkan supaya slogan ‘kepimpinan ulama’ ditukarkan kerana ia akhirnya seolah-olah menyekat individu-individu berpotensi daripada kalangan yang bukan berpendidikan agama memegang jawatan dalam parti itu.

Wakilnya, Hamzah Jaafar yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Jerantut berkata, hakikatnya ada kalanya golongan bukan ustaz lebih berpotensi untuk diangkat sebagai pemimpin kerana keperibadian dan kebolehan mereka tetapi ada ahli rasa serba salah hendak berbuat demikian.

“Sedangkan slogan kepimpinan ulama bukanlah bermaksud sedemikian tetapi kerana kegagalan ahli untuk memahaminya maka ia berlaku sebaliknya.

“Jadi saya cadangkan supaya kita tukar daripada ‘kepimpinan ulama’ kepada ‘kepimpinan Islam’ yang boleh memberikan tafsiran yang lebih luas dan seterusnya mengelakkan daripada UMNO menguarkanuarkan pertembungan ulama dan profesional dalam parti kita,” katanya.

Advertisements

8 Respons so far »

  1. 1

    liPAS said,

    hah, kalau pengikut setia pun kata Dewan Ulama ni ibarat ‘tin kosong’ maka betollah tu……

    kalau dah DU pun cam tin kosong maknanya selama ni pemimpin PAS pun hanya dok ketok tin kosong tu jerlah…..bunyi jer bising tapi haprak pun takda

  2. 3

    liPAS said,

    hahahahah sheih lagi….memang kau dasar pencarut dan pemaki terhebat dunia…..

  3. 4

    anakmalaysia said,

    pe mende le ko ni sheih.. xde modal nak ckp ape ke..? dah nampak sinar kebenaran pada UMNO..? heheheh..

  4. 5

    aku said,

    sinar apa nya….sinar umNO dh makin malap….hehehehe…
    teruk lagi umNO dok canang islam had-had hari…tp hakikat nya sama je mcm sblm islam had-had hari… mcm dok ketok tong sampah yg kosong je…bunyi lg bisik tp haprak pun x de tp bau busuk ada la hehehehehe

  5. 6

    hamPAS nyior said,

    takyah komen byk lah si ‘aku’ si katak bawah tempurung….dah sah org2 pas sdiri, pengikut kuat pas plak tu (kalo perwakilan mesti org kuat) kata dewan ulama ni ibarat tin kosong……sah lah tu……

  6. 7

    Bulan Bintang said,

    kan utusan dah kena saman sebab tabur fitbah isu ni..hahahaha..padan muka utusan..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: