Pemilihan PKR: Plot drama yang tersusun…?

dipetik dari agendadaily.com

SEBULAN yang lalu, kita telah melihat keupayaan dan kehebatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penari di atas satu pentas terbuka di Ijok.

Diiringi muzik tradisional India dan mendapat sokongan sahabat karibnya, Datuk S Nallakaruppan, Anwar mempersembahkan tarian geleknya kerana menduga calonnya, Tan Sri Khalid Ibrahim menang dalam pilihanraya kecil berkenaan. Namun harapannya berkecai.

Sabtu di Seremban, Anwar tidak menari sempena Kongres Nasional Tahunan keempat partinya – tetapi kali ini memperlihatkan kehebatannya sebagai penasihat dan presiden de facto mencorak dan mengarahkan satu drama politik yang mengejutkan banyak pihak.

Yang paling terkejut tentulah kira-kira 1,500 perwakilan parti yang sudah bersiap sedia untuk memangkah kertas undi memilihnya sebagai presiden parti menggantikan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang telahpun awal-awal lagi memberitahu akan melepaskan jawatan.

Walaupun Pendaftar Pertubuhan telah memutuskan bahawa Anwar tidak dibenarkan bertanding, tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri yang turut menjemput bekas Presiden Indonesia, Gus Dur hadir ke kongres tersebut terus memalu gendang semangat menyatakan beliau tetap bertanding jawatan nombor wahid itu.

Drama inilah sebenarnya yang tidak disedari umum dan juga para perwakilan serta mesyuarat-mesyuarat bahagian sebelum ini. Hanya tiga nama yang dicalonkan iaitu Wan Azizah, Anwar dan Abdul Rahman Othman.

Anwar amat maklum beliau tidak layak bertanding sebarang jawatan termasuk Presiden bagi menerajui parti. Namun, beliau terpaksa mewar-warkan dengan penuh semangat termasuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Kekuatan yang tidak boleh dinafikan pada Anwar ialah kata-katanya amat menyakinkan. Lantaran itu, pencalonan di peringkat bahagian hanya tertumpu kepada beliau yang akhirnya mendapat 120 pencalonan.

Wan Azizah juga dicalonkan. Pencalonan Wan Azizah dilihat adalah lebih bersifat ‘stand-by’ iaitu sekiranya berlaku sesuatu pada Anwar, isterinya ada! Pencalonan Abdul Rahman dari tujuh bahagian sebenarnya adalah pelengkap kerana benarlah kata beliau tiga hari sebelum berlangsungnya kongres bahawa pelik benar dan tidak manis apabila suami-isteri bertanding untuk merebut jawatan presiden.

Memang tidak manis dan belum pernah terjadi di dunia ini suami isteri merebut satu jawatan dalam parti. Maka, muncullah nama Abdul Rahman, bekas Timbalan Presiden sebagai seorang lagi calon.

Lakonan Abdul Rahman diteruskan untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang masam dan pahit. Maka itu beliau menjadi hero sebenar dalam episod tersebut apabila menarik diri daripada bertanding sejurus selepas Anwar mengumumkan tindakan yang sama atas alasan menjaga kepentingan parti kerana khuatir akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Dengan itu, menanglah Wan Azizah tanpa bertanding untuk jawatan Presiden. Anwar pula tetap menang kerana isterinya adalah Presiden tetapi beliaulah sebenarnya bos parti itu.

Demikianlah berakhir plot drama ‘silap mata’ dalam PKR. Sekiranya dari awal lagi Anwar mengumumkan tidak bertanding kerana ‘akur’ dengan larangan undang-undang yang hanya membenarkan beliau aktif berpolitik selepas April 2008, mungkin banyak atau ada calon lain yang hendak mencuba nasib merebut jawatan nombor satu parti.

Jika ada pencalonan lain selain daripada Abdul Rahman, ia menggambarkan betapa ‘loose’nya kepimpinan PKR dan memberi kesan buruk kepada Wan Azizah sendiri selaku Presiden sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1999.

Tatkala lakonan drama PKR sedang rancak berlangsung berlaku pula ‘kisah benar’ yang melibatkan Nallakaruppan. Dua hari sebelum berlangsungnya kongres parti, beliau mengumumkan tindakan keluar parti.

Langkah itu didorong oleh perasaannya yang tidak dapat dibendung lagi kerana sudah dua kali ‘ditikam dari belakang’. Yang menikam belakangnya adalah sahabat karibnya sendiri yang dibelanya iaitu Anwar Ibrahim.

Menurut ahli korprat itu, beliau dijanjikan sebagai calon untuk bertanding di Ijok bulan lalu, tetapi Anwar memujuknya untuk memberi laluan kepada Khalid Ibrahim.

Sebagai rakan sejak 30 tahun lalu, Karuppan akur dengan percaturan sahabatnya itu tanpa mengetahui itulah ‘keris’ pertama yang dihunus dari belakangnya.

Nallakaruppan yang menyertai PKR Ogos tahun lalu, memberitahu beliau juga mendapat laluan atau ‘lampu hijau’ untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Setelah mendapat pencalonan, beliau membuat persiapan rapi ke arah itu.

Tanpa disedari, rakannya juga membuat persiapan rapi dengan menyediakan barisan pemimpin mengikut kehendaknya. Selesai dengan barisan itu, Anwar membisikkan kepada Nallakaruppan supaya berundur kerana ‘line-up’ sudah siap! Inilah keris tikam dari belakang kedua yang diterima oleh ahli korperat tersebut yang pertama kali ingin mencuba menyertai politik secara aktif.

Kini, tahulah Nallakaruppan erti politik sebenar iaiatu gabungan poli + tik. Poli bermaksud berbagai-bagai manakala ‘tik’ datang dari perkataan taktik. Inilah yang dikatakan kepelbagai cara atau helah yang terdapat dalam politik!

Kenapa, sebagai sahabat, Nallakaruppan tidak dimasukkan dalam ‘line-up’ kepimpinan PKR?. Sebagai ahli korperat dan sahabat karib selama 30 tahun, Anwar pasti mengetahui isi perut rakannya itu dan tentulah mempunyai sebab-musababnya sendiri.

Namun, Nallakaruppan sendiri sudah mempunyai jawapan iaitu orang keturunan India tidak ada tempat dalam parti itu.

Maka keluarlah beliau bersama rakan-rakan lain dari parti suami isteri dan kawan-kawan akrab itu. 

Benarkah orang berketurunan India tidak mempunyai tempat dalam PKR – parti yang mendakwa multi-racial itu? Lihatlah carta organisasi parti itu dan lihat di mana kedudukan orang bukan Melayu!

Plot yang dibawa oleh Nallakaruppan adalah kisah benar yang sebenar-benarnya. Ia tidak dirancang lebih awal dan tidak pula ada pengarahnya.

Kongres keempat PKR di Seremban juga menyaksikan betapa parti itu juga tidaklah begitu cekap mengendalikan pengundian seperti mana cekapnya mereka mengkritik pihak-pihak lain.

Ada keputusan yang tidak dapat diumumkan pada hari yang sama, sebaliknya ‘carried forward’ keesokan harinya.

Persoalan sekarang ialah, selepas ini akan adakah lebih banyak kisah benar atau drama-drama swasta yang akan timbul dari PKR? Hanya masa yang akan menentukannya.- 28/5/2007

—————————-

Wan Azizah Presiden…’ saya ketua parti ‘ – Anwar


Sebahagian daripada perwakilan PKR yang menyertai Kongres keempat parti itu di Seremban, semalam

Pemilihan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat di perhimpunan parti itu di Seremban hari ini menyaksikan satu drama lain yang diduga…lain jadinya

Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PKR tanpa bertanding.

Ini setelah pencabar jawatan itu Abdul Rahman Othman tiba-tiba mengumumkan menarik diri dari pemilihan.

Bekas Bendahari PKR menyerahkan surat tarik diri sejurus selepas Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap depan para perwakilan memberitahu beliau menarik diri dari bertanding jawatan itu kerana bimbang parti itu diharamkan.

Anwar menghadapi sekatan undang-undang tidak boleh pegang jawatan sehingga April tahun depan.

Beliau mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan Presiden dan sebelum ini bersungguh-sungguh menegaskan hendak terus bertanding.

Pendaftar Pertubuhan semalam telah menolak permohonannya bagi mendapat pengecualian dari sekatan yang termaktub dibawah undang-undang.

Anwar dalam ucapannya bagaimanapun secara terbuka berkata sekalipun isterinya adalalah Presiden PKR tetapi sebenarnya beliau adalah ketua parti itu.

Menurutnya beliau adalah ketua sebenar PKR sejak keluar dari penjara pada tahun 2004.

Suasana menjelang pemilihan PKR ini dibayangi oleh kekalutan terutama dengan tindakan rakan karib Anwar Datuk S Nalakaruppan mengumukan keluar parti kerana marah diminta oleh Penasihat PKR itu menarik dari pertandingan jawatan Naib Presiden.

Dakwaan wujud campurtangan Anwar dalam mengatur pemilihan juga mencetuskan protes sebilangan calon jawatan Pemuda parti itu.- 26/5/2007

Advertisements

2 Respons so far »

  1. 1

    liPAS said,

    puak2 AI ni memang jenis pelakon! tak abis2 dia dok berlakon masa ada jawatan dulu skrg ni dia nak berlakon jadi penasihat terbaik.

    terbaik kebenda lepas sorang2 penyokong dia letak jawatan lah, keluar parti lah…..baguslah yang dah sedar bahawa hakikatnya PKR ni hanya pentas untuk Anuar Ibrahim dan Wan Azizah serta beberapa kroni dia berlakon…..untuk minta simpati rakyat dan tutup malu dia sebab perbuatan tak bermoral dulu….

  2. 2

    RAJABOLA said,

    apa yang sedang berlaku dalam hal politik PKR sudah dirancang awal awal lagi sebagai satu strategi AI .

    Gus Dur pula memainkan peranan untuk menyakinkan penyokong penyokong AI akan dia tetap kan bertanding walau dia tahu jelas yang dia tidak boleh bertanding lalu sengaja menunjukkan keras kepala nya

    Nallakaruppan pulak tak sedar diri,kata kawan lama takkan tak baca lagi tektik tipu helah AI selama ni.
    kalau ini berlaku pada saya…alang kah malu dan hina nya dibuat pada saya and to all indians…sorry to say this

    lain lah Abd Rahman tu…balachi AI dari dulu lagi dan dia tu Pak turut aje
    seolah olah persentage on profit cuma makan gaji bulan aje so….makes
    tiada perbezaan for him

    bak kata sebaris lagu
    “antuk antuk…geleng geleng…tunduk tunduk…ikut saje”


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: