Penghinaan kepada Melayu

dipetik dari Utusan Malaysia

ADALAH sesuatu yang tidak memeranjatkan apabila DAP sekali lagi membawa isu yang menyentuh tentang kepentingan dan sensitiviti Melayu di Malaysia.

Melalui laman web Malaysiakini bertarikh 23 Mei, Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa penjawat awam hanya terdiri daripada orang Melayu yang mengalami masalah pengangguran.

Saya amat bersetuju dengan permintaan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa kenyataan Tony Pua yang disiarkan di Malaysiakini semalam bersifat menghina dan sangat angkuh terhadap lebih sejuta kakitangan awam di negara kita yang tercinta ini.

Kenyataan Tony Pua yang disiarkan di Malaysiakini berhubung dakwaan bahawa perkhidmatan awam hanyalah ‘tapak pembuangan bagi penganggur berijazah golongan Melayu’ – sememangnya satu pernyataan yang bersifat sangat sensitif dari segi politik.

Bukan sekadar pernyataannya yang bersifat sensitif, bahkan satu penghinaan kepada semua kakitangan awam di Malaysia, terutamanya kepada golongan bumiputera.

Tidakkah beliau tahu bahawa sekarang ini, peluang kemasukan ke dalam dunia pekerjaan sektor awam sudah semakin sengit dan banyak persaingannya? Sesi temu duga, ujian dan sebagainya semakin payah dan susah.

Malahan yang telah lulus ujian bertulis kerajaan di kalangan bumiputera sangat ramai tetapi masih belum mendapat panggilan temu duga dengan sektor awam tersebut.

Sememangnya, kenyataan Tony Pua itu langsung tidak berasas dan perlu ditolak sama sekali. Ini kerana buat pengetahuan beliau, ramai kakitangan awam sanggup melepaskan tawaran kerja dengan gaji dan manfaat yang lumayan di sektor swasta disebabkan mahu berkhidmat dan berbakti kepada negara.

Apatah lagi sekiranya ditawarkan gaji yang cukup lumayan di sektor swasta tetapi seringkali dianaktirikan oleh diskriminasi kaum di sektor swasta itu sendiri.

Cuba kita lihat sahaja di dalam persekitaran pekerjaan sektor swasta. Seringkali dipaparkan, iklan-iklan pekerjaan hanya meminta calon-calon yang mempunyai keupayaan untuk bertutur dalam bahasa Mandarin.

Apakah niat dan maksudnya ini? Bagaimana dengan peluang calon-calon yang tidak pernah berpeluang untuk mempelajari bahasa tersebut, terutamanya daripada kaum-kaum bumiputera lain di Malaysia?

Pembaca fikirkanlah, walaupun surat ini telah disiarkan pun, mereka masih terus dengan syarat mereka itu. Ini kerana, kerajaan kita sangat berlemah lembut dalam menangani isu tersebut.

Acap kali ditegur berkenaan perkara ini termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi perkara tersebut terus berleluasa dek kerana kebiadapan syarikat-syarikat yang meletakkan syarat tersebut sebagai salah satu syarat wajib mereka, yang jelas tidak menjaga hati dan sentimen kaum-kaum lain di Malaysia.

Tetapi, mengapakah perkara yang sedemikian tidak diambil peduli pula oleh Tony Pua?

Seperti mana yang telah diperkatakan oleh Khairy, sememangnya amat nyata sekali, Tony Pua hanya memperkecilkan kebolehan, jasa serta sumbangan kakitangan kerajaan kepada negara.

Tony Pua secara tidak langsung telah melemahkan semangat kakitangan kerajaan yang sebenarnya telah memilih jalan yang mulia untuk berkhidmat kepada kerajaan dan negara.

Bahkan sangat jelas di sini bahawa, kata-kata Tony Pua itu juga telah menjejaskan imej perkhidmatan awam pada masa kerajaan bertungkus-lumus untuk memperkenalkan pelbagai langkah bagi meningkatkan lagi mutu sistem penyampaian perkhidmatan tersebut.

Lantaran itu, saya sangat menyokong supaya Tony Pua meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan kerajaan disebabkan kenyataan beliau dalam laman web tersebut.

Sedangkan dua orang ahli Parlimen kerajaan boleh meminta maaf secara terbuka, apatah lagi orang yang bukan berstatus ahli Parlimen dari parti pembangkang ini, yang jelas sangat menyinggung hati semua kakitangan awam di Malaysia.

– AMIR SHAHRIZAT MOHD. AZIZAN, Seremban.

Advertisements

4 Respons so far »

  1. 1

    pedrotan said,

    Apa yang tony utarakan bukan penghinaan kepada Melayu!Anggaplah itu sebagai suatu pandangan dengan hati terbuka.Renungilah pandangan itu bersama2 agar kita dapat memperbaiki negara kita tercinta.

  2. 2

    zack said,

    U must be a BN supporter . so cleaver .

  3. 3

    al-jajawi said,

    Saya juga merasa terhina dengan tuduhan ahli DAP ini–sebagai seorang Melayu yang pernah berkhidmat dengan sebuah badan berkanun (Kerajaan). Walaupun saya ada menulis dalam blog saya perkara-perkara yang boleh dianggap kritis, namun apabila bangsa saya dihina begini oleh seorang ahli politik DAP, saya tidak boleh hanya berdiam. Isu yang dibawa oleh Tony Pua ini adalah satu isu perkauman yang amat tebal. Dia memperlihatkan kebenciannya kepada orang Melayu yang bekerja di sektor awam. Seolah-olah semua Melayu di sektor itu “sudah tidak laku” di mana sektor lain. Tanpa sebarang kajian yang saintifik Tony Pua membuat kesimpulannya berdasarkan semata-mata kepada persepsi dan stereotaipnya terhadap bangsa Melayu. Dia sememangnya patut meminta maaf kepada Perkhidmatan Awam negara ini kerana menghina perkhidmatan itu yang tanpanya, jentera kerajaan akan tergendala. Walaupun terdapat kelemahan di sana sini (seperti perkhidmatan awam di mana sahaja – termasuk USA, UK, dan PRC dll.) namun jaya perkhidmatan awam kepada semua rakyat – baik Melayu, Cina atau India – tidak dapat dinapikan oleh sesiapa. Ini Tony Pua kena tahu sebagai penasihat DAP. Jika pun hendak popular, janganlah menyentuh perkara-perkara yang boleh mencetuskan satu lagi 13 Mei. Belajarlah dari sejarah.

  4. 4

    liPAS said,

    zack, ni bukan pasal BN supporter ker apa tapi maruah orang Melayu…..

    kau ni Melayu ker apa? kalau kau ni melayu, kau ni memang jenis takda semangat orang melayu langsung!


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: