Pas Kelantan perlu ambil tindakan susulan

dipetik dari Berita Harian

KOTA BHARU: Isu penggondolan Tanah Tinggi Lojing oleh lapan pemaju tanah di situ, tidak selesai dengan tindakan mahkamah yang diambil oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sebaliknya, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah, Kerajaan Pas Kelantan perlu mengambil tindakan susulan terhadap pemilik tanah itu yang didapati melanggar syarat kelulusan pemilikan tanah di kawasan itu.

Beliau berkata, tindakan undang-undang diambil kementerian adalah terhad kerana tanah itu sudah diberi hak milik oleh kerajaan negeri.

“Kementerian sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kesalahan yang dilakukan lapan pemaju yang membangunkan tanah di Lojing kepada Pejabat Peguam Negara, untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.

“Namun, pada masa sama jika benar mahu menyelamatkan Lojing, kerajaan negeri selaku pihak bertanggungjawab memberi hak milik, perlu bertindak terhadap pemilik tanah terbabit.

“Kebanyakan tanah di Lojing ketika ini diusahakan penyewa. Ini jelas menunjukkan pemilik tanah di situ, melanggar syarat dan tujuan asal pemberian tanah itu oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi Kelantan, berkata demikian selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Koperasi Insaniah Kelantan Berhad dengan pembeli Bangunan Hab Koperasi di Hotel Perdana di sini, semalam.

Sazmi berkata, tindakan yang boleh diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pemilik tanah di Lojing terhad kepada kesan pembangunan tanah terhadap alam sekitar terutama pencemaran sungai saja.

Beliau berkata, kerajaan negeri boleh mengambil tindakan lebih keras termasuk mengambil balik tanah, jika pemiliknya dikesan melanggar syarat hak milik yang diberikan sebelum ini.

“Isu penggondolan tanah milik di kawasan itu adalah bidang kuasa kerajaan negeri, JAS hanya boleh mengambil tindakan terhad kepada kesan pembangunan tanah itu apabila ia mencemarkan sungai.

“Kalau mereka menggondolkan tanah tinggi itu, menebang hutan, JAS tiada kuasa menghentikan tindakan itu berbanding kerajaan negeri yang mempunyai kuasa berbuat demikian,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: