DANA UNTUK PEMIMPIN PAS ???

Saranan Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hassan Ali supaya setiap ahli parti itu menyumbang minimum RM1,000 seorang hanyalah untuk menyenangkan para pemimpin parti tersebut.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad berkata, sepatutnya pemimpin Pas menunjukkan teladan dengan mengorbankan harta benda mereka terlebih dahulu untuk parti seperti membiayai kos ceramah dan kebajikan rakyat.

‘‘Tetapi sekarang apa yang berlaku sudah terbalik kerana pemimpin boleh dianggap hidup senang lenang tetapi yang kena korbankan harta benda untuk kerja-kerja parti dan memenangkan pemimpin dalam pilihan raya adalah ahli.

‘‘Sepatutnya, merekalah tunjuk teladan kerana masa Rasulullah S.A.W. dulu, baginda yang berkorban segalanya terlebih dahulu, tetapi Pas yang kononnya sebuah parti Islam suruh ahlinya berkorban dahulu sampai minta gadai barang kemas.

‘‘Kita bimbang kalau ahli Pas terutamanya golongan miskin terikut- ikut cakap pemimpin mereka sedangkan wang yang ada sepatutnya digunakan untuk belanja seharian atau persekolahan anak-anak,” katanya.

Jumaat lalu, Hassan mengesyorkan ahli-ahli Pas memberi sumbangan minimum RM1,000 dan mereka yang tidak mampu, boleh melakukannya secara ansuran. Ini kerana katanya, sumbangan RM1 seperti yang dihulurkan oleh ahli-ahli pada setiap ceramah sudah tidak sesuai lagi dalam membantu mengumpulkan dana untuk parti tersebut.

Menurut Hassan, parti memerlukan dana untuk mengubah kerajaan di negara ini dan sumbangan ahli yang ada kalanya hanya satu sen sudah tidak praktikal lagi. Saranan Hasan itu disambut baik Timbalan Pesuruhjaya I Pas Negeri, Datuk Ahmad Yakob kerana baginya, setiap sen sumbangan kepada Pas adalah untuk kerja kebajikan yang pastinya ada ganjarannya di sisi Allah.

Bagaimanapun Ahmad memaklumkan bahawa saranan Hassan itu tidak mungkin akan dilaksanakan di negeri ini sebaliknya menyerahkan kepada ahli untuk menentukan jumlah sumbangan yang hendak diberikan.

Sementara itu, menurut Alwi, pemimpin Pas di negeri ini perlu insaf dan sedar kerana sebagai parti yang berkuasa dan mempunyai kerajaan, seharusnya mereka membantu rakyat agar keluar dari kelompok kemiskinan.

Katanya, kebanyakan kawasan kubu kuat Pas di Kelantan sendiri adalah di kawasan yang mempunyai jumlah penduduk termiskin paling ramai walaupun Pas telah berkuasa lebih 16 tahun di negeri ini.

‘‘Bukan apa, mereka ada kerajaan, tetapi jika kita tengok balik, tidak banyak yang berjaya dilakukan. Sepatutnya ahli-ahli mereka yang miskin inilah dibantu, dan bukan minta pula ahli-ahli mereka bantu parti.

‘‘Habis tu, peruntukan yang besar buat beli kereta Mercedes untuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Exco boleh pula. Kalau baik sangat gunalah peruntukan itu bantu rakyat yang negeri ini yang masih ramai lagi miskin ni,” jelasnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: