Selasa, Ogos 28, 2007
· Dikirim dalam PENGAKUAN
Oleh makyong
Beliau bukanlah nama besar dalam politik negara. Beliau cuma tokoh sederhana dalam Pas di era 70-an dan 80-an. Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Paling cekal, katanya, ‘menikmati’ ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam.
Baca baki entri ini »
Jumaat, Ogos 24, 2007
· Dikirim dalam PAS
Oleh makyong
Hari ini, agaknya undang-undang baru akan diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan. Warga asing sama sekali tidak dibenarkan memasuki Kelantan. Patutlah sampai sekarang Kelantan tak maju disebabkan oleh mentaliti pemimpin Pas Kelantan yang sentiasa takut pada bayang-bayang sendiri.
Baca baki entri ini »
Khamis, Ogos 9, 2007
· Dikirim dalam PAS
Oleh baldu_biru
Afundi… Afundi…Afundi…mungkin satu hari nanti Malaysia akan dikejutkan dengan satu program realiti Pas. Pas yang kini sudah ketandusan penceramah-penceramah politik dan pentas ceramahnya sudah mula tidak dapat menarik perhatian ribuan masyarakat umum. Pas yang dulu cukup gah bersuara dengan lantang melalui ceramahnya, kini sudah mula longlai dan semakin hilang taringnya.
Baca baki entri ini »
Isnin, Ogos 6, 2007
· Dikirim dalam MEMBANGUN BERSAMA...
Oleh makyong
Semakin lama kepimpinan Pas Kelantan semakin menampakkan kepincangannya. Sikap ‘buat-buat’ yang ditunjuk oleh pemimpin kerajaan Pas Kelantan sudah tidak mampu disembunyikan lagi. Mereka sudah menunjukkan sikap sebenar dan sudah tidak mampu untuk terus melakonkan sikap ‘buat baik’, ‘buat jujur’, ‘buat ikhlas’, ‘buat alim’, ‘buat sopan’, ‘buat senyum’, ‘buat prihatin’ dan bermacam-macam ‘buat’ lagi termasuk seperti yang dikatakan oleh orang Kelantan, ‘buat cakna’.
Baca baki entri ini »